31 Ogos 2015

Tetap tunaikan janji walaupun terlambat...

Lepas maghrib tadi aku terus ke dobi sebab baju-baju aku semua dah berbau dan dah seminggu tak berbasuh...lepas je masukkan baju dalam mesin, aku tengok banyak je anak-anak kucing yang aku cerita dalam entry lepas dok main-main...dan *papppp* terus teringat janji aku dekat anak-anak kucing tu sebelum ni...

Aku pun apa lagi, terus ke kedai runcit dan cari makanan kucing...aku takut jugak takda yang pek kecik-kecik tu..dan Alhamdulillah...ada jugak...aku beli la dalam dua tiga paket sebab aku tengok ada 3 ekor je kucing kat situ...

Bila aku balik semula ke dobi tu, kucing-kucing tu macam tahu je ada 'kenduri'...takpe la..nak buat macam mana, makan yang mana ada la kan...



Lepas je makan, terus dua ekor anak kucing tu panjat badan aku, dan ada sekor tu panjat bahu aku...hahaha...macam hari tu...



Bagi aku, kalau kita dah berjanji, walaupun dengan binatang, tunaikan...lewat macam mana sekalipun, jangan sesekali lupakan janji yang dah dibuat..

Aku pun bukan baik sangat, bukan apa, takut janji kita tu nanti dituntut dekat sana nanti..


posted from Bloggeroid

Selamat Hari Merdeka 2015



Setiap masa yang berdetik,
setiap waktu yang terus berjalan,
setiap langkah yang diorak,
setiap kata yang diucap,
setiap benih yang disemai,
setiap pemimpin yang berubah,
setiap dugaan yang menimpa,
setiap anak yang melihat dunia,

aku tetap sayang Negara Malaysia yang tercinta...

walau tiada keringat yang mengalir,
walau tiada darah yang menitis,
walau tiada titis airmata yang mengalir,
walau tidak ku angkat senjata,
walau aku belum wujud di dunia,
aku tetap cinta Negaraku Malaysia...

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2015...

be strong Malaysians,
Get Well Soon Malaysia...

#kelabbloggerbenashaari #DramaHidupFMR #sehatisejiwa #MalaysiaIndependenceDay #Merdeka #Merdeka #Merdeka #MalaysiaMerdeka58
posted from Bloggeroid

28 Ogos 2015

Nasihat Untuk Mereka Yang Nak Kahwin Awal



Kahwin...siapa yang tak nak kahwin kan??semua nak termasuklah golongan LGBT yang ada sesetengah negara 'menghalalkan' perkahwinan tersebut...orang cakap seronok kalau dah berkahwin...seronok macam mana?wallahua'alam...sebab aku pun belum kahwin lagi...

Tapi, kalau sembang bab kahwin ni, orang muda paling excited nak kahwin, termasuklah budak-budak yang belum cukup umur...ya la...siap boleh main kahwin-kahwin lagi...apa dia ingat kahwin ni perkara main-main...hahahaha...

Macam pelajar Universiti, masa tengah belajar dekat U ni la semua sibuk cari bakal imam, bakal makmum, tulang rusuk bergetar, merecik dan sebagainya, tapi..bila sebut bab kahwin muda ni, bersedia ke kita, golongan muda ni nak tempuh alam lain (bukan alam barzakh ya)...sampaikan elok ja tamat konvokesyen atau sebelum konvokesyen, dah dapat kad undangan...

1. Persediaan mental

Orang muda yang nak berkahwin awal ni kena sedia dari segi mental...sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami dan isteri. Jangan hanya disebabkan nak hubungan seks yang halal, kita tak bersedia dari segi yang lain-lain.

Tanggungjawab sebagai seorang suami atau isteri sangat berat...walaupun aku ni belum berkahwin, tapi disebabkan aku ni suka membaca dan dengar cerita dari kawan-kawan seusia yang dah berkahwin, aku dapat rasakan yang tanggungjawab seorang suami atau isteri ni sangat berat...

Suami kena jaga kebajikan isteri..makan,pakai, rumah, kelengkapan dan sebagainya...kerja kuat..itu belum dapat anak lagi..dah dapat anak nanti, lagi besar tanggungjawab...tanggungjawab di dunia dah satu hal, tanggungjawab untuk di akhirat nanti dah tentu-tentu kena dititikberatkan jugak...

Isteri...kena sedia dari segi emosi yang stabil dan sebagainya...bersedia dari segala aspek untuk menjadi isteri yang solehah dan juga bakal ibu...

Ada yang aku tengok kawan-kawan aku yang kahwin awal, macam tak kahwin..maksudnya tak nampak ciri-ciri orang dah berkahwin...tak dinafikan, ada sesetengah orang muda yang dah kahwin, akan nampak kematangan dia masa menyembang atau sebagainya, tapi ada sesetengah tu, macam tak berubah langsung.

Aku bukan nak bangkang orang yang kahwin awal...kalau rasa dah bersedia, teruskan...asalkan kau dah bersedia untuk pikul satu tanggungjawab yang lain berbanding masa kau belajar..

2. Persiapan fizikal

Persiapan dari segi fizikal...bab ekonomi, rumah dan sebagainya...itu kau kena fikir jugak...kau nak jaga anak orang...kau dah ambil dia dari keluarga dia dan sekarang kau kena bertanggunjawab untuk memastikan kebahagian dia macam mana dia bahagia dengan keluarga dia...

Untuk permulaan, bab rumah mungkin kau oleh 'hold' dulu sementara nak tunggu ekonomi kau betul-betul kukuh...tapi dari segi yang lain...perbelanjaan harian dan sebagainya...takkan sekadar nak cukup-cukup makan ja...kena juga ada simpanan untuk waktu-waktu terdesak...

Ada yang aku tengok bila dah kahwin, duduk dengan keluarga sendiri atau mertua...bukan tak boleh, tapi sampai bila? Sampai masa, kau kena hidup berdikari sendiri...kecuali la kalau atas alasan yang munasabah dan konkrit...

Nasihat aku...kalau nak kahwin, bukan bersedia dari segi mental ja, fizikal pun kena sedia..memang betul, kita nak bina masjid, Allah akan permudahkan...tapi takkan nak tggu ja bantuan...usaha tu kena ada... Allah takkan ubah nasib seseorang/kaum tu kalau kita tak berusaha untuk berubah sendiri

~ini cuma pendapat peribadi aku sendiri...mungkin ada yang setuju, ada yang tidak setuju...terserah...~
posted from Bloggeroid

27 Ogos 2015

Denda zaman sekolah dulu-dulu

Tadi tengah aku usha Facebook masa lepak sorang-sorang dekat pejabat, aku jumpa beberapa gambar dekat Sukan Star terus aku teringat zaman sekolah...teringat zaman sekolah rendah dengan sekolah menengah...


Yang ni aku pernah kena dari darjah satu sampai tingkatan 5...selalunya kena bila tak siap kerja sekolah atau cikgu-cikgu nak tengok kami belajar ke tak topik yang dia nak ajar hari tu...selalunya kalau denda macam ni, semua akan cepat-cepat jawab sebab soalan-soalan yang senang cikgu akan tanya awal-awal...kalau tak dapat jawab, memang kena berdiri la sepanjang waktu cikgu tu mengajar...lenguh kaki..kadang-kadang aku curi-curi duduk bila cikgu tengah menulis kat papan hitam...


Haaa...denda ni aku kena masa sekolah rendah...gila kau kalau sampai sekolah menengah aku kena berdiri atas kerusi, mau patah kerusi tu tampung berat aku yang macam panda ni...hahahaha...


Sama macam denda kedua, hanya sekolah rendah ja aku merasa berdiri atas meja...lagi takut kalau meja aku betul-betul bawah kipas ..takut terputus kepala...tak pasal-pasal jadi kes lain pulak nanti...


Untuk denda ni, aku tak pernah lagi kena...sebabnya aku budak baik sepanjang aku bersekolah..tapi aku dapat rasa perasaan malunya bila kena berdiri kat depan masa perhimpunan...memang tunduk ja...aku tau sebab kawan-kawan aku ramai yang kena...


Aku tak pasti aku pernah kena ke tak denda ni...tapi rasanya tak pernah...


Denda ni paling selalu aku pernah kena, tambah-tambah lagi masa darjah satu sampai darjah 3...sebab salah eja ja pun...kena buat dua hingga tiga mukasurat pembetulan..kalau tak perkataan, satu ayat terus...lenguh tangan weh...


Pungut sampah ni boleh kata setiap minggu aku kena masa sekolah menengah..sebabnya aku tak bawa baju masa Pendidikan Jasmani...ya la..aku bukan minat sukan, sebab tu badan aku macam panda...kalau tak kena kutip sampah, kena sapu daun kering...berpeluh jugak, sama macam aku main bola...


Fuhhh..yang ni paling budak-budak lelaki takut kalau kena...pedih weh...rasa macam nak tercabut kulit...siapa yang rambut pendek, selamat la..tapi digantikan dengan denda lain...


Denda aku tak pernah kena lagi..macam aku cakap, aku ni budak baik masa sekolah dan aku pulak Ketua Pelajar, dan aku la yang kutip denda dari budak-budak...


Yang ni tak pernah kena...


Jalan itik sepanjang koridor...lenguh lutut weh...bangun tu, lembik lutut...pernah kena masa darjah 6 kalau tak silap...


Ketuk ketampi...denda paling popular masa sekolah rendah sampai sekolah menengah...aku pernah kena..selalunya untuk subjek Matematik..satu silap, 5 atau 10 kali ketuk ketampi...lepas tu, budak-budak kelas akan kira ramai-ramai sambil gelak...


Pumping?hahahaha....aku pumping, perut turun dulu..bukan dada..dan cikgu serta kawan-kawan lain, ketawa macam tak ingat dunia gelak kat aku...dem it...


Walaupun aku Ketua Pelajar, dua kali aku kena gunting rambut dengan Cikgu Disiplin, Cikgu Fitri..mula-mula aku kena lepas perhimpunan, bertobek jugak la, kedua, masa dalam kelas...lepas tu serik dah nak simpan rambut panjang walaupun tak panjang sangat....

Bagi aku, disebabkan denda-denda ni la yang jadikan aku macam sekarang ni..walaupun masih terkapai-kapai lagi nak mencari halatuju, sekurang-kurangnya aku dah berjaya sedikit...

Tapi kalau tengok sekarang ni, budak-budak sangat manja..pantang kena 'sentuh' sikit dengan cikgu, terus report kat mak ayah dan polis...semua manja...

Aku dulu, kalau report dekat mak dan abah, kalau tak dapat 'bonus' pun..ayat yang selalu mak abah bagi..

"Padan la, hang pun tak buat kerja sekolah"

Nak cakap apa lagi?baik diam ja...terima kasih cikgu atas denda-denda yang cikgu bagi...saya dah capai apa yang saya nak sekarang ni...
posted from Bloggeroid

25 Ogos 2015

Food Review : Nasi Kerabu Steroid, Ipoh

Aku cukup mengidam nak makan nasi kerabu seminggu ni...dah berapa kali aku rancang nak makan dekat Angsana Mall, Ipoh sebab kat situ ada kedai Kelantan, jadi mungkin ada nasi kerabu. Semalam nak pergi, dah hujan, hari ni nak pergi, tengok-tengok ada assignment mengejut pukul 2.30 petang, jadi aku makan tengah hari dekat Tesco belakang pejabat aku ja. Aku pergi dengan kawan sepejabat aku sebabnya dorang cakap ada nasi kerabu dekat situ...

Sampai ja dekat medan selera Tesco Ipoh Garden ni, aku terus ke gerai  nasi kerabu..aku tengok lauk dia..perghhh..banyak pilihan kot... lupa pulak, nasi kerabu dekat Tesco ni, dipanggil Nasi Kerabu Steroid...jangan tanya aku kenapa, hahahaha...dan nama lauk-lauk dia memang lain dari yang lain.


Apa yang menarik kat Nasi Kerabu Steroid ni, lauk-lauk yang ada nama dia lain sikit, contoh nama lauk dia macam yang ni,
STEROID AYAM KAMPONG DARA GORENG BERKEMBAN.... 
STEROID DAGENG BAKOR AYOR ASSAM KAMPONG MELAYU
dan ada beberapa lagi lauk yang memang unik namanya...aku dan kakak-kakak pejabat aku pesan nasi kerabu berlainan setiap orang...


Pekerja yang serve kami dekat kedai ni, aku rasa boss Nasi Kerabu Steroid ni, tapi tak mengaku bila aku tanya..yang seronok bila kita singgah kat gerai dia, dia akan terangkan satu persatu lauk yang ada untuk set nasi kerabu dan nasi dagang.

dan apa yang lebih buat kita nampak rapat dengan tokey kedai ni, dia akan cadangkan kalau untuk daging bakar, kena letak dengan air asam, kalau untuk ayam kampung berkemban tu kena match kan dengan sambal tempoyak dan lain-lain.

Mulanya memang rasa pelik

"Aik...takkan nasik kerabu makan dengan air asam atau sambal tempoyak..gila ke apa?" 

itu yang terlintas dalam fikiran aku....tapi aku ikutkan juga cadangan tokey kedai tu...dan ternyata...tokey kedai tu tak tipu...memang sangat sedap...



macam aku, ambil daging bakar, daging bakar dia memang lembut, cicah dengan air asam yang betul-betul kaww pekat, pedas..sampai licin aku makan. macam steroid ayam kampung berkemban tu, ada buah petai dan ayam tu ada perisa petai sikit. tapi tak kuat..ayam bakar pun sedap...

senang cakap, ayam, daging yang diperap, memang sedap, terasa bahan perapan dia, terutama yang ayam kampung berkemban tu, terasa petai dan bawang dalam isi ayam tu...

Ni adalah Steroid dia, dari kiri: budu (kot), sambal tempoyak, air assam
Nasi Kukus Steroid ni pun ada servis penghantaran jugak, tapi waktu orang tak ramai di Tesco dan ada pick-up point dia di sekitar Ipoh.

Harga?? bagi aku, harga Nasi Kerabu Steroid ni memang masih mampu beli..tapi kalau rasa mahal, bagi aku cuba rasa dulu, aku berani jamin yang korang akan cakap berbaloi dengan kesedapan Nasi Kerabu ni.

Kalau orang Ipoh nak rasa, boleh datang dekat Tesco Ipoh Garden dan terus ke kedai 'Noodle House' dekat medan selera dalam tu.


Korang boleh ke Facebook tokey Nasi Kerabu Steroid ni untuk tengok menu-menu yang ada dan nama lauk-pauk yang unik tapi sedap...aku akan ke sini setiap minggu...pasti...


23 Ogos 2015

Ulam-ulam kampung

Hanya dekat kampung ja aku dapat makan ulam-ulam yang sedap...kalau masa aku belajar dulu, nak makan ulam petai, aku akan fikir dua tiga kali...bukan apa..korang faham-faham la bila makan ulam-ulam yang berbau ni, bila buang air bau pun boleh tahan la kan...jadi nak elakkan aku sendiri termalu, aku tahankan ja walaupun menitik air liur ni tengok petai kat kedai makan...

Hari ni, aku balik kampung, kaw-kaw punya aku makan ulam...sambal udang campur petai, buah genuak atau buah kerdas...puas aku makan hari ni...





Dan lagi satu, bila kat kampung, aku lebih sukakan makanan kampung...ada ikan kering, sambal belacan dah cukup...





Tapi bila dah asam pedas keladi, air asam, keli goreng, sambal udang campur petai dan ulam-ulam...aku jadi keliru nak makan yang mana satu...rambang mata...itu nak makan, ini nak makan...



Dan akhinya, untuk aku merasa semua makanan, bertambah la nasi masa makan tengah hari tadi...dua kali tambah...macam mana nak kurus ni...


posted from Bloggeroid

22 Ogos 2015

Perangai malas di kampung...

Setiap kali balik kampung...aku akan jadi TERSANGATTTTTTTTT la malas...bukan malas apa, malas nak update semua sosial media aku termasuklah blog...yang peliknya..bila dekat Ipoh, ada pulak bahan untuk aku update blog...



Aku tak tahu kenapa..mungkin sebab aku betul-betul nak rehat dari semua sosial media ni ataupun aku nak habiskan masa untuk rehat yang sebetul-betulnya rehat...ini bukan masa aku kerja ja tau, tapi masa aku belajar pun...jadi malas nak update media sosial aku...

Sedangkan, kalau nak.diikutkan, dekat kampung aku ada sambungan internet yang lagi stabil berbanding kat Ipoh dan Shah Alam..sebabnya, kat rumah aku ada wifi (walaupun Streamyx) berbanding pakai data plan...tapi tahap malas kat kampung lagi tinggi dari kat Ipoh dan Shah Alam...



Sebab tu, kalau tengok timeline blog aku... Januari - Februari dan Julai- September bulan aku yang jarang update blog...

Kadang-kadang aku ada je bahan nak update...tapi malasnya tu tak tahu nak cakap tahap mana...hahahaha...ini pun nasib baik aku install apps Bloggeroid dari Playstore...jadi tak payah bukak laptop dah untuk update blog...
posted from Bloggeroid

20 Ogos 2015

Ke Mana Wang Zakat Kita Disalurkan?



Dalam kita dok tengok kat surat khabar tentang pungutan zakat yang berpuluh juta setiap tahun, kita tertanya-tanya...ke mana wang zakat kita pergi...ye la...mesti akan ada yang dengar keluarga susah (Islam) yang susah-susah dekat mana-mana dalam Malaysia ni...jadi kita tertanya-tanya...

"Kenapa tak guna duit zakat yang ada untum bantu mereka ni?"...

Apa yang aku nak tulis ni adalah dari hasil berita yang aku tulis tentang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sepanjang aku cover majlis MAIPk ni...

Daripada setiap majlis MAIPk yang aku pergi, baru aku dapat tahu yang MAIPk sentiasa membantu golongan yang susah ni (asnaf) untuk keluar dari dunia kemiskinan mereka...

Antara projek yang dah dibuat oleh MAIPk macam Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A), bukak kedai dobi dan yang terbaru, bukak D'Asnaf Cafe yang diuruskan oleh golongan-golongan asnaf yang menggunakan duit zakat dari orang ramai...

Dan lain, MAIPk jugak ada bangunkan Madrasah atau sekolah agama di perkampungan orang asli di Tasik Banding untuk mereka yang dah memeluk Islam.

Dari pemerhatian aku, MAIPk dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara yang aktif menggunakan duit zakat dengan sewajarnya...aku tak cakap yang pusat zakat negeri lain guna duit zakat untuk perkara lain atau tak membantu golongan yang memerlukan, tapi ini cuma apa yang aku nampak...

Macam LZS, aku tahu bantuan yang diberikan melalui Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang sentiasa 'laju' menghulurkan bantuan bila tahu ada orang yang memerlukan...sama macam MAIPk dan aku rasa, sama macam majlis zakat di negeri-negeri lain..cuma tak diwar-warkan...

Macam D'Asnaf Cafe ni, semua produk yang dijual, termasuklah pekerjanya adalah golongan asnaf..jadi dari sini dah nampak yang MAIPk membantu golongan ni dengan menggunakan wang zakat...jadi kita tak perlu risau ke mana wang zakat kita pergi...

Macam MAIPk, mereka tak berikan bantuan dalam bentuk wang, tapi bagi modal untuk golongan ni berniaga supaya dapat bergantung pada sumber yang lain selain daripada bantuan zakat.

Apa yang aku dimaklumkan, ada beberapa golongan asnaf ni dah berjaya dan minta bantuan zakat bulanan kepada mereka ni dihentikan sebab mereka dah mampu berdiri sendiri, malah ada yang dah bayar zakat pun...

Macam ada pepatah ni la...

"Kalau anda memberi ikan, dia cuma dapat makan untuk sehari sahaja...tapi kalau anda mengajarnya memancing, maka dia akan dapat makan untuk setiap hari..." lebih kurang macam tu la bunyinya...

Kat sini...aku sediakan link yang MAIPk dah buat dan semua berita ni, aku yang tulis...

1. http://peraktoday.com.my/2015/08/maipk-sasar-1-daerah-1-pusat-dialisis/

2. http://peraktoday.com.my/2015/07/maipk-belanja-rm73-juta-hingga-jun-2015/

3. http://peraktoday.com.my/2015/07/maipk-komited-bantu-usahawan-asnaf/

4. http://peraktoday.com.my/2015/08/kerajaan-negeri-maipk-sedia-dana-baikpulih-surau-2/

5. http://peraktoday.com.my/2015/08/dasnaf-cafe-bantu-golongan-asnaf/

Dan ini pulak tentang LZS yang dibuat oleh Ben Ashaari dan beberapa blogger dari KBBA...owh lupa nak bagitahu...KBBA adalah rakan media sosial rasmi untuk LZS...jadi, jangan main-main dengan blogger ya...sebab blogger pun memainkan peranan untuk hebahan yan bermanfaat...

1. http://www.benashaari.com/2015/07/zakat-oh-zakat.html?m=1

2. http://ninamirza.blogspot.com/2015/04/anda-bayar-zakat-program-zikra-2015.html?m=1

3. http://www.bonikacak.com/2015/04/lembaga-zakat-selangor-susah-nak.html?m=1

4. http://www.blogieta.com/2015/07/bantuan-lembaga-zakat-selangor.html?m=1

5. http://www.azurarahman.com/2015/04/projek-zikra-lembaga-zakat-selangor-dan.html?m=1

Jujurnya, aku tak dapat sebarang bayaran daripada mana-mana pihak untuk naikkan mereka...aku buat berdasarkan pemerhatian aku dan jugak hasil kerja aku selama ni...

Jadi, kepada umat Islam di luar sana, jangan risau tentang ke mana wang zakat anda pergi...semua wang zakat yang kita bayar, akan diberikan kepada mereka yang memerlukan...

Okay..mungkin ada yang tertanya-tanya...siapa golongan asnaf tu?? Kat sini aku senaraikan 8 golongan asnaf...aku ambil info ni daripada laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

1. FAKIR

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. MISKIN

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. AMIL

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. MUALLAF

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :

a) Beragama Islam

+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

b) Bukan beragama Islam

+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.


5. AL-RIQAB

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. AL-GHARIMIN

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. IBNU SABIL

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
posted from Bloggeroid

Beza Kawan dan Sahabat



Nak cari kawan bukannya susah, dalam masa seminit kita dah berkawan...tapi nak cari sahabat ni, cukup susah...perlu ambil masa untuk naikkan seorang 'KAWAN' tu kepada 'SAHABAT'...

Bukan apa, takut bila kita jatuh, dia menjatuhkan kita lagi...tapi kalau sahabat, dia akan bantu kita untuk bangun semula...
posted from Bloggeroid

19 Ogos 2015

Food Review : FoodLab, Taman Cempaka Ipoh

Wahhh..agak lama rasanya aku tak buat food review...ya la..asyik makan dekat mamak ja, takkan nak review kedai mamak pulak kan?hahaha...

Okay, lepas habis Sidang DUN, dan balik ke pejabat untuk selesaikan apa yang patut, aku dengan kakak-kakak pejabat aku ke satu Cafe di Taman Cempaka, Ipoh. Cafe ni kepunyaan kenalan media aku, Emma...

Lokasi kedai ni di belakang RTM Ipoh dan atas kedai topup yang ada signboard 'Yes'..memang agak susah sikit la nak perasan...



Apa yang menarik tentang FoodLab Cafe ni, ianya bergabung dengan Saloon milik kawan kepada Emma...jangan risau, takkan ada rambut dalam makanan sebab saloon tu di bahagian lain tapi masih dalam bangunan yang sama...




Nampak kain hitam tu?dalam tu la saloon..jadi sesiapa yang nak tunggu awek or pakwe gunting rambut, boleh la makan-makan dekat sini...

Dari segi menu dan harga..aku perasan satu kalau pasal Cafe Hipster dekat Ipoh ni, menu mesti tak banyak...mungkin untuk cepatkan hidangan kepada pelanggan...sama macam FoodLab, makanan dan minuman yang ditawarkan tak banyak pilihan...


Ini senarai menu yang ada dekat FoodLab...apa yang menarik tentang harga dekat Cafe ni, semua jenis makanan dekat situ dijual dengan harga RM5.00 dan minuman, RM3.00...jadi bajet bawah RM10.00 dan cukup untuk menjamu selera dekat sini...

Berdasarkan apa yang tuan empunya Cafe ni cadangkan, Burger Sarang adalah cadangan yang terbaik untuk dicuba dekat sini, tapi, aku tak order yang tu, aku order Chop Chicken dan Teh Latte...

Senior pejabat aku pulak order Burger Sarang dengan Kopi Ais Pekat Melekat dan Milo Kuat...









Okay...makanan kat sini nak kata menepati citarasa aku dalam 70% ja...tapi yang pasti, aku suka blackpepper sauce dia untuk Chicken Chop...memang sedap...kalau burger yang dicadangkan, aku rasa boleh tahan...lepas ni kalau aku pergi lagi, aku akan cuba spaghetti pulak..nak tengok macam mana rasanya...



Owh...kalau korang nak gunting rambut kat sini, saloon dia adalah unisex, laki perempuan boleh gunting rambut kat sini...



Cuma yang kurangnya dekat sini, aku rasa dari segi keluasan Cafe..agak sempit..cuma ada dalam 4 meja...mungkin disebabkan ruang kedai yang sempit..tapi untuk permulaan, bagus la...

Okay..itu saja..terima kasih...


posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...