31 Julai 2015

Movie Review : Mission Impossible - Rogue Nation

Sejujurnya, aku bukan peminat filem aksi yang macam ni...aku lebih suka tengok filem yang santai dan kelakar..cuma filem ni, aku teringin sangat nak tengok sebab aku terbaca di sebalik tabir di mana Ton Cruise beraksi sendiri dekat kapal terbang yang berlepas tu...



Lepas je solat Jumaat, aku terus ke Ipoh Parade..nasib tiket pukul 2.35 masih ada dan terus beli masa tu jugak...dan bertemankan Conbo A, aku habiskan masa dua jam setengah untuk filem tu...



Bagi bukan penggemar filem aksi, bagi aku filem ni dah cukup untuk lepaskan tekanan waktu kerja...cuma dalam filem ni, tak ada sangat babak-babak yang mendebarkan, dan mungkin takda langsung berbanding Jurassic World dan Fast Furious 7...

Aksi-aksi yang ditunjukkan pun, orang cakap masih boleh layan la...dan aku pun macam tak faham sangat di awal cerita ni...mungkin sebab aku tak ikut filem ni dari awal...

Dan dalam filem ni aku dapat tiga pengajaran yang aku rasa sangat berguna untuk kita...

1. Jangan mudah percaya dengan orang yang baru kita kenal.

2. Persahabatan itu lebih penting walaupun kau terpaksa korbankan nyawa kau sendiri.

3. Beri peluang kepada orang yang dah buat jahat dekat kau untuk dia betulkan semula kesilapan dia.

Dan apa yang menarik bagi aku, filem ni ada menyebut tentang Malaysia di mana ada satu babak dilakukan di puncak Menara Kuala Lumpur...agak bangga di situ...hahaha...

Tapi untuk keseluruhan, aku puas hati juga dengan filem ni...aku bagi 3.5 bintang...hahahaha...ringkaskan review aku...itu je...
posted from Bloggeroid

30 Julai 2015

Kerana Cita-Cita Aku Lupakan...

Kalau diikutkan, esok kena ke KL untuk satu interview di Jalan Duta...mulanya aku sangat-sangat seronok dan sangat tak sabar nak pergi..ya la..first time kot dapat panggilan temuduga...



Gaji yang ditawarkan pun agak tinggi berbanding tempat aku kerja sekarang ni...tinggi la sikit...kalau aku bujang dan duduk dekat KL, aku rasa dengan gaji banyak tu cukup la untuk aku sorang...

Tapi bila aku fikir balik sedalam-dalamnya masa dalam perjalanan aku ke KTM untuk beli tiket ETS, aku terus batalkan niat aku untuk pergi temuduga tu...

Sebabnya...dari aku sekolah sampai Diploma, aku memang nak jadi wartawan...kalau aku pergi dan rezeki aku dapat kerja dekat situ, aku akan fikir semula nak terima ke tak...



Walaupun kerja aku dekat situ tetap sebagai penulis, tetapi bukan dalam bidang kewartawanan...aku lebih suka keluar cari berita daripada (mungkin) duduk dekat pejabat dan tulis cuma pada satu isu...

Walaupun aku tak tahu lagi skop kerja macam mana, tapi aku rasa, aku masih belum bersedia untuk terima kemungkinan yang akan terjadi...

Lagipun pengalaman aku kurang kalau nak masuk ke situ, jadi lebih baik aku kekal dengan kerja aku dekat Perak Today sekarang ni...bos dan member pejabat pun okay..tak bagi masalah dekat aku sangat...



Lagipun, baru sebulan aku kerja, tak termasuk praktikal, dekat sini, apa pulak kata bos aku..walaupun sebelum ni, senior aku ada cakap

"Kalau dapat kerja tempat lain, pergi ja..."

Tak apa la...mungkin rezeki aku dekat tempat lain...mungkin bila dah agak bosan kerja sebagai wartawan dan ada banyak pengalaman sikit, aku akan masuk ke Komunikasi Korporat...
posted from Bloggeroid

Kenapa Kucing Jalanan Datang Dekat Kita?

Tadi, selepas je Maghrib, aku ke dobi untuk basuh baju...dobi yang aku pergi ni, dobi layan diri, jadi aku kena tunggu la mesin tu basuh baju-baju aku...sambil menunggu tu, aku pergi la lepak dekat luar dobi, malas nak duduk dalam dobi...

Elok je aku duduk dekat luar tu, datang dua tiga ekor anak kucing, comel gila macam aku...jinak pulak tu...dia datang duduk atas riba aku...



Aku rasa kucing ni mungkin ada orang buang kot..sebab jinak...walaupun aku ada turunkan kucing tu dari riba aku, tapi dia naik balik, siap panjat sampai ke bahu aku...

Aku rasa anak-anak kucing tu lapar kot...tapi aku tak bawak makanan..ya la, sebelum ni aku pergi takda pun anak-anak kucing...yang ada cuma ibu kucing ja...hahaha...



Bila anak-anak kucing tu macam dah jinak dengan aku, tiba-tiba aku teringat post di Facebook yang sebelum ni ramai orang kongsi...nak cari dan scroll balik, aku rasa memang aku tak jumpa la...jadi aku guna khidmat Abang Google...jumpa...mungkin ini ada betulnya jugak...tapi.. Wallahhu 'alam...

'Kenapa Kucing Selalu Datang Semasa Di Kedai Makan'

Seringkali bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Apa yang anda rasa pada ketika itu? Bila kucing mula mengiau dan menggesel kepalanya ke kaki anda. Pasti akan terdetik dalam hati kita merasakan suatu perasaan yang menjengkelkan.

Sebelum anda ingin menghalau kucing itu atau menyepak dengan kaki anda, ingatlah 3 tanda ini agar anda berfikiran positif.



Pertama

Allah sedang beritahu kepada kita bahawa makanan yang kita makan itu, bukan semuanya rezeki untuk kita. Sebahagiannya adalah hak dan rezeki untuk kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita, bukan kepada orang lain.



Kedua

Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.



Ketiga

Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan kemudian berlalu pergi.

Ingatlah wahai teman, setiap rezeki yang Allah kurniakan kepada kita itu bukan semuanya hak kita. Sebaliknya, setiap rezeki yang kita dapat itu sebahagiannya milik hamba Allah yang lain. Rezeki yang kita dapat itu sebenarnya, sebahagiannya adalah amanah yang Allah telah berikan kepada kita untuk kita sampaikan kepada orang lain.

~Sumber Google / Facebook~


Aku setuju dengan pendapat ni...dalam hiduo ni, kita kena berkongsi dengan semua tentang apa yang kita ada...tak mampu banyak, kita bagi sedikit...

Aku dah janji dengan anak-anak kucing tu..kalau aku ke dobi tu lagi, aku akan bawakkan makanan..insya Allah...

Niat hati nak bela kucing-kucing tu..tapi peraturan rumah sewa tak boleh..bela dari jauh la nampaknya...
posted from Bloggeroid

29 Julai 2015

Dah Ada Facebook Page Sendiri...


Akhirnya...setelah teragak-agak sekian lama, aku buat jugak Facebook page untuk blog aku sendiri...hahaha..mulanya tak nak buat sebab aku bukan terkenal pun, pageview sikit, follower tak seberapa...tapi, kisah pulak kan aku...janji aku ada...

Tengok, walaupun baru buat, aku dah ada 67 Likes...muahahahaha....sebenarnya aku guna Page yang aku buat tiga empat tahun lepas...masa tu Facebook baru wujud, jadi cuba la buat page yang merapu-merapu tu..akhirnya, ada jugak gunanya Facebook page yang aku buat dulu tu...

Walaupun blog aku tak terkenal macam blogger-blogger lain, aku tetap buat jugak..tak kisah apa orang nak cakap, janji aku puas...aku menulis bukan sebab nakkan nama (itu separuh tipu), tapi sebab kepuasan...orang baca tak baca, aku tak kisah..janji aku puas...itu je...

Jadi, anda semua dijemput untuk 'Like' Facebook Page aku dekat Drama Hidup FMR ....terima kasih...

24 Julai 2015

Hala Tuju Selepas Tamat Degree...



Fuhhh..sekarang ni bila selesai semua kerja untuk Degree...aku terfikir..apa yang aku nak buat lepas ni...mulanya, memang aku nak sambung Master, tapi...aku rasa macam awal sangat...mungkin bagi sesetengah orang, sementara umur masih muda ni dan masih tak banyak komitmen, lebih baik sambung dulu, takut bila dah ada komitmen, semangat nak sambung belajar tu dah takda...

Aku pun fikir macam tu...tapi bila fikir-fikir balik, rasanya aku belum bersedia lagi...memang buat masa ni aku takda komitmen yang besar dan berat, tapi aku fikir pasal duit dan mak abah...

Selama aku belajar dari sekolah rendah sampai la habis Degree ni, aku tak pernah dapat mana-mana biasiswa...Diploma dan Degree pun aku dapat PTPTN...jadi mana aku nak ambil duit untuk aku sambung Master? Kalau aku kaya, banyak duit, pandai sikit, mungkin aku akan teruskan, tapu, rasanya macam tak kot..

Aku akan tunggu dulu untuk beberapa tahun lagi sementara nak stabil semua...bagi mak abah merasa dengan gaji aku, baru aku fikir nak sambung Master...

Buat masa sekarang ni, aku kerja dulu...Alhamdulillah, aku kerja dengan Perak Today sekarang ni...rezeki sampai awal, dapat la mak abah merasa serba sedikit hasil titik peluh aku sendiri...

Rancangan aku, untuk Master aku akan sambung dekat luar negara..dengar cerita untuk bidang aku, dekat Cardiff Universiti antara yang terkenal la...okay jugak tu...tapi aku nak sambung dekat Australia...hahahaa..aku tak tahu kenapa aku teringin sangat nak ke Australia...

Sekarang ni, hala tuju aku selepas Degree, aku nak kerja dulu..Insya Allah, lepas dah dapat kerja yang aku selesa, aku akan sambung Master sebelum umur 30...insya Allah..akan dipermudahkan....
posted from Bloggeroid

22 Julai 2015

Academic Writing Selesai 100%...

Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah...syukur dah selesai dah semuanya...tengah hari tadi dah selesai aku hantar Academic Writing aku dan hilang sudah tanggungjawab aku sebagai pelajar...harapnya macam tu lah....



Bila dah selesai semua, ringan kepala otak ni, kalau tak, aku masih terfikir bila nak selesai semua ni sebab aku nak fokus benda lain pulak...dan hari ni, dah selesai semuanya...penat lelah selama 4 bulan lebih sikit aku rasa dah habis..dah boleh tarik nafas lega...





Aku nak ucap terima kasih dekat semua yang sudi tolong aku untuk selesaikan semua ni, dan tukang bagi semangat...terima kasih sangat-sangat...walaupun rasa penat gila...tapi lega...



Raza, we did it...kita berjaya tamatkan..tahniah untuk kita berdua...hahahaha...insya Allah..keputusannya nanti akan memuaskan kita...



Owh...sebelum tu..terima kasih dekat Shofi sebab sudi datang jumpak aku dekat KL Sentral walaupun habis kerja lambat dan rushing sebabnya dia sampai 10 minit lagi sebelum train berlepas...hohoho...terharu rasa (so bitchy)...hahaahha



Tiga empat kali berpeluk tadi sementara aku nak masuk Gate A kat KL Sentral...lepas ni rindu la nak panggil 'bitch' depan-depan...dalam Whatsapp tak sama...hahaha....

Okay..sekarang fokus masa depan pulak...hidup perlu diteruskan...




posted from Bloggeroid

Tun Mahathir Berlakon Filem 'Kapsul'

Wahhh..idola aku berlakon...memang aku confirm pergi tengok cerita ni masa hari pertama ditayangkan pada 17 September ni...setahu aku la, Tun Mahathir adalah pemimpin (bekas pemimpin) pertama dalam dunia ni yang berlakon filem...

Maksud aku ialah seorang Perdana Menteri atau Presiden yang berlakon dalam filem..kalau cerita Pitch Perfect 2, mungkin video Barack Obama tu diambil dari mana-mana persembahan dan bukannya dia berlakon secara terus dalam filem tu...faham kan maksud aku?hahaha...

Ok..ni aku ambil dari Harian Metro...



Tun M lakon filem Kapsul

Kuala Lumpur: Syarikat produksi Two Tones Sdn Bhd mencipta sejarah apabila berjaya melamar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, 90, membintangi filem terbitan mereka berjudul Kapsul.

Filem arahan Allahyarham Martis Mohd Ali itu akan menemui penonton seluruh negara mulai 17 September depan.

Penerbitnya Amru Najmi Osman, ketika dihubungi berkata, penampilan Tun M dalam filem itu tidak ada kaitan dengan keadaan politik semasa.

"Kemunculan Tun M melengkapkan jalan cerita filem ini berdasarkan kapsul masa Wawasan 2020 ditanam beliau di Monumen Putrajaya semasa pentadbirannya.

"Saya percaya penampilan Tun M memberi impak kepada keseluruhan filem ini kerana ia punya mesej tersendiri dan bukan sekadar filem kosong," katanya.

Dalam filem ini, Tun M terbabit dalam lima babak termasuk dia berdialog dengan pelakon utamanya Faizal Hussein.

Terdahulu, berita pembabitan Tun di dalam filem ini mula diperkatakan selepas wajah beliau terpampang di poster filem berkenaan.

Menurut Amru, Tun M bersetuju membintangi filem ini disebabkan jalan ceritanya memaparkan perjuangan bangsa Melayu sejak zaman dulu.

Filem yang menjalani penggambaran tahun lalu ini adalah hasil intepretasi Martis berkenaan bentuk fizikal kapsul dan isi kandungan yang tercatat dalam kapsul itu mengenai amanat Tun Dr Mahathir menjelang tahun 2020.

Jom semua, kita serbu panggung wayang yang terdekat 17 September ni...
posted from Bloggeroid

4.30 Pagi Aku Dah Terpacak Di Stesen KTM Ipoh

Fuhhh...pukul 4.30 pagi aku dah terpacak depan Stesen KTM Ipoh ni untuk ke Shah Alam...tapi kena transit dulu la dekat KL Sentral...



Mulanya aku ingat takda la orang dekat Stesen KTM ni sebab ETS pertama dari Ipoh ke KL Sentral pukul 5.15 pagi, dan kalau ada pun mungkin golongan orang bekerja...rupanya aku salah...

Sampai je sini, aku tengok dah ramai orang sampai...kalau aku sampai pukul 4.30 pagi pun dah ramai orang, dorang ni datang pukul berapa?adoiii...awal gilaaaa...



Tujuan aku ke Shah Alam? Apa lagi kalau bukan sebab Academic Writing...orang lain dah hantar lama dah, tapi aku baru nak hantar...tak kisah la..janji dapat hantar dan aku dapat bekerja dengan tenang...hahahaha...



Harap-harap dengan segala pengorbanan aku ulang alik Shah Alam selama beberapa kali ni dengan helmet kena curi, tayar motor pecah dekat Meru, duit dan masa berbaloi la dengan keputusan aku nanti..insya Allah...
posted from Bloggeroid

21 Julai 2015

Tips Merancang Kewangan Dengan Baik...

Bila dah kerja ni, aku kena fikirkan tentang 'hala tuju' duit gaji yang aku akan perolehi nanti..ya la..gaji aku bukannya besar pun..cuma cukup-cukup makan ja untuk aku hidup dekat Ipoh ni...

Tambahan lagi untuk 'benda' baru yang aku akan dapat sikit masa lagi, aku kena rancang elok-elok...



Ini cuma anggaran kasar yang aku buat la berdasarkan gaji yang aku anggarkan akan dapat dalam RM$$$$ la...pelikkan...aku dah kerja, tapi tak tahu gaji berapa...hahaha

Kiraan aku ni berdasarkan gaji minimum yang aku jangkakan aku akan dapat...jadi...tips yang aku selalu dapat ialah, kita kena tetapkan berapa banyak untuk sesuatu tu...

Contoh macam yang aku buat ini la...sewa bilik berapa, PTPTN, motor, dan lain-lain lagi...diharapkan, aku akan dapat ikut apa yang aku tetapkan ni...

Bila ada ni, sekurang-kurangnya kita tahu di mana had kita, dekat mana wang yang kita keluarkan ..betul tak?

Ini cara paling mudah la..mungkin ada cara lain yang lebih berkesan, mungkin boleh berkongsi....

posted from Bloggeroid

20 Julai 2015

Kompilasi Cerita Raya 2015

Sekejap ja..dah masuk hari raya keempat dan aku pun dah mula kerja semula...baru aku rasa apa makna cuti yang sebenar-benar cuti bila dah bekerja ni...

Cuti semester dengan cuti masa bekerja sangat berbeza...aku dah faham apa perasaan 'monday blues'...hahaha...

Ok...teruskan...hari pertama raya...aku tak kemana pun..lepas sembahyang raya..terus duduk kat rumah..tunggu budak-budak datang...







Bila dengar ja budak-budak bagi salam kan..aku keluar terus tanya.."nak makan ka nak duit raya?' ....hahahaa..tanpa segan silu duit raya yang diminta...huhuhu...

Tapi aku bagi syarat, suruh makan dulu...kalau tak..takda duit raya...lepas sembahyang jumaat, aku ke rumah dua orang kawan sekolah aku...lepas tu malam...duduk rumah layan tetamu datang...

Raya kedua...jap..ingat jap...okay...raya kedua lepas zohor, aku dan kawan-kawan ziarah ke rumah Cikgu Yani, cikgu sekolah menengah...



Walaupun dah dekat 8 tahun tinggalkan sekolah, aku akan cuba ingat dengan cikgu-cikgu yang lain...tapi buat masa ni, cuma cikgu yani ja yang aku 'selalu' bertanya khabar...

Lepas tu, lepak-lepak rumah kawan aku sambil makan KFC, baru balik rehat..



Raya ketiga...raya ketiga agak penat..kalau boleh aku nak rehat, sebab esoknya nak balik ke Ipoh sebab dah kerja...tapi bila kawan-kawan nak datang..terus tak jadi rehat...

Kawan kelas aku masa sekolah datang dan jugak kawan dekat UiTM Shah Alam pun datang...lepas tu kawan-kawan MPMP...terus di'jelajah'nya kawasan utara sampai ke tengah malam...











Habis sudah kompilasi cerita raya 2015 aku...mudahkan bila buat dalam 1 entry..hahahaha...nampak tak malas?

Jadi, aku nak ucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan dari sekolah tadika, sekolah rendah,sekolah menengah,Diploma dan juga ijazah serta yang mengenali diri ini...mohon diampunkan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan kita...

Selamat Hari Raya....
posted from Bloggeroid

16 Julai 2015

Rezeki Di Hari Raya...

Alhamdulillah...sekejap ja dah sebulan kita berpuasa dan esok, dah raya...harap-harap kita masih berkesempatan la untuk jumpa Ramadhan lagi tahun hadapan...

Alhamdulillah sekali lagi, walaupun aku baru mula kerja dua minggu di tempat sekarang ni dan belum sempat merasa gaji...tapi kalau dah nama pun rezeki, pasti ada jugak kan?

Dengan rezeki yang dapat tak seberapa tu la...aku dapat bagi duit raya untuk pertama kalinya dekat mak, abah, anak-anak buah dan jugak sesiapa yang sempat...



Mungkin isi dalamnya tak seberapa...tapi itu je la yang aku termampu...kalau aku dah dapat gaji, mungkin banyak sikit isinya..tapi, rezeki itu ja yang ada...hehehehe...

Alhamdulillah...niat yang baik, akan dipermudahkan...cuma lepas ni..aku dah tak dapat duit raya, cuma kena hulurkan pulak duit raya...hahahaha...tak kisah..yang penting...semua gembira...
posted from Bloggeroid

13 Julai 2015

JPJ Fokus 7 Kesalahan Sepanjang Musim Perayaan

Raya dah dekat...mesti semua nak balik kampung kan?tapi dalam keseronokan kita nak balik kampung, pastikan 7 kesalahan ni kita cuba elakkan sepanjang perjalanan kita nak balik ke kampung...bukan apa....takut nanti, duit yang kita nak gunakan untuk belanja semasa raya nanti, terpaksa bayar kompaun atau saman...















Ini aku ambil dari Facebook rasmi JPJ sendiri...bukannya rekaan atau dari mesej viral yang orang kecoh-kecohkan dekat Whatsapp...

Lagi satu, JPJ buat ni pun bukannya nak cari duit poket untuk 'tampung' hutang negara (kononnya)..tapi untuk keselamatan kita semua...kalau tak nak bayar saman, SILA PATUHI PERATURAN yang dah ditetapkan...

Terima kasih...
posted from Bloggeroid

Isu LowYatt : Jangan Ambil Tindakan Sendiri

Semalam kecoh dekat media sosial tentang kes 'penipuan' dan 'kecurian' telefon bimbit di Plaza Lowyatt yang sangat terkenal dengan penjualan barang-barang eletronik, terutama sekali handphone...macam-macam versi cerita kita dengar dari media sosial...ada yang kata budak tu ditipu penjual, ada yang kata budak tu mencuri...ada banyak sangat cerita sampai kita tak tahu nak percaya yang mana satu.

Orang kita pulak, tak kisah la siapa pun, jenis cepat melatah dan pantang dicuit. Pantang dengar isu sikit yang kononnya menyentuh isu sensitif, terus melatah tak kena tempat. Macam isu di Lowyatt ni, bagi aku itu bukan isu perkauman seperti yang dimainkan oleh beberapa page politik di Facebook, tapi cuma isu diantara penjual dan pengguna.
Gambar Facebook
Ada sesetengah pihak yang mainkan isu ni sebagai perkauman yang aku sikit pun tak tahu macam mana boleh kaitkan dengan perkauman. Ya betul..memang penjual tu berbangsa Cina, tapi cuba fikir balik..orang Cina je ke yang menipu dalam berniaga? apa peniaga Melayu dengan India tak menipu?

Tindakan orang ramai yang pergi 'menyerang' Lowyatt tengah malam tadi tu untuk apa? kenapa perlu buat tindakan yang macam tu?tindakan orang ramai yang 'menyerang' Lowyatt tu memburukkan lagi keadaan... Polis dah janji untuk buat siasatan, jadi tak perlu la kita buat tindakan sendiri yang akan burukkan lagi keadaan sesama kaum dekat negara ni.

Dari pengalaman aku sendiri...aku dah jumpa ramai peniaga, Melayu Cina dan India.. ada yang jujur ada yang menipu....semua ni bergantung pada peniaga tu sendiri...kalau dia ikhlas, dia takkan menipu...

Kalau pengguna tu betul-betul ditipu, kononnya, dia tak boleh la terus pergi serang macam tu. Angkut satu kampung ke Lowyatt, untuk apa? Kan dah ada Tribunal Pengguna untuk bantu pengguna yang ditipu dan ditindas.
Gambar Facebook

Dengan buat serangan-serangan macam tu...mereka seolah-olah cuba menidakkan undang-undang yang ada dekat negara ni. Polis dah cakap, siasatan akan dibuat dan sebagai rakyat Malaysia, tak perlu la kita buat provokasi-provokasi yang macam tu.

Cukup la dengan kejadian 13 Mei 1969 yang lepas. takkan kita nak ulang lagi kot isu macam tu...kalau dulu mungkin disebabkan politik, jadi boleh la dikatakan 'okay' jika perang perkauman terjadi, tapi sekarang ni, takkan sebab sebiji telefon, kita nak bermusuh...

Gambar Facebook
Rakyat Malaysia ni sebenarnya tak bersikap perkauman, tapi orang kita ni cepat sangat melatah. pantang dicuit, pantang diusik, pantang disentuh sikit, terus terlompat. sedangkan tiada isu besar pun yang hendak ditakutkan sangat.

Dekat sini aku tunjukkan satu video yang sebenarnya rakyat Malaysia tak racist, yang racist cuma beberapa orang je terutama politicians... boleh click kat sini untuk tengok video tu..

Bagi aku..tak salah untuk bersikap perkauman, tapi tengok la apa isu yang dimainkan...jangan semua isu kau nak mainkan isu perkauman...takut nanti...Malaysia dah tak aman....


12 Julai 2015

India Yang Peramah...

Aku sengaja balik lambat hari ni sebab nak buka puasa kat mamak...bukan apa..malas nak pergi bazar...boleh macam tu? lepas je berbuka dan selesaikan apa yang patut...aku pergi gunting rambut...rimas rambut panjang-panjang ni...

Aku pun pergi la cari kedai India untuk gunting rambut...nak pergi saloon...sama je macam mamak..cuma suasana je la lain sikit...aku cari kedai gunting rambut kat kawasan rumah aku...nasib la bukak...

Sampai je, tak ada orang...jadi tak la lama sangat kena tunggu...sampai je giliran aku...India tu tanya macam-macam..biasa laa...tanya kampung kat mana, balik ke tak raya ni, kerja apa...

Mulanya..aku ingat dia tak banyak tanya dah..rupanya...menyembang sampai aku habis gunting rambut...macam-macam yang dibualkan..dari hal kampung aku kat Bagan Serai...sampai la ke isu semasa, iaitu isu Najib, orang muda, harga barang...

Apa yang dia cakap tu betul..dan aku setuju apa yang dia cakap tu...buat pertama kalinya..aku menyembang lama dengan tukang gunting rambut...sebelum ni masa kat Shah Alam..aku selalu pergi satu saloon ni "Dynasty" yang mana pekerja dia golongan "akak-akak" gitu...

Tak banyak menyembang pun...tapi dengan Uncle India ni...rancak pulak menyembang..dia siap ajak pergi lepak minum lagi bila aku ada masa nanti...hahaha...

Memang lepas ni, aku akan selalu ke kedai tu...seronok bila orang tengah gunting rambut, sambil menyembang...

Tapi yang bestnya..bab dia urut kepala...layan je..aku cukip suka bila ada orang urut atau main-main kepala...tapi bukan kasar la...macam urut atau belai-belai rambut aku la...layan je..silap-silap boleh tertido aku...hahaha

Tapi kedai gunting rambut India yang aku takut sikit bila dia nak letupkan tengkuk tu...aku takut sikit...aku fikir kepala aku akan senget terus...hahahaha...
posted from Bloggeroid

11 Julai 2015

Raya Tak Bergaji...

Disebabkan raya tengah bulan dan aku pun baru bekerja dua minggu..makanya..raya ni aku takda duit...hahahaha...sedih kan ayat??

Ingat raya tahun ni dapat la bagi duit raya buat pertama kalinya untuk anak-anak buah aku, dekat mak abah...tapi...macam tak dapat ja...

Aku nak dapat duit raya?mungkin tak dah kot tahun ni...sebabnya..aku dah kerja...tapi..kerja pun...masih tak sempat merasa gaji...



Tunggu raya haji je la...baru bagi..kiranya...duit raya untuk anak-anak buah aku, dan mak abah, aku tunda...tunggu raya haji...hehehe...

Nak buat macam mana...dah kerja sebelum raya...terpaksa la tunda untuk bagi duit raya...tapi kan..rezeki Allah kan luas...mana tahu dalam seminggu sebelum raya ni..tiba-tiba jatuh rezeki dari langit dapat duit raya...Alhamdulillah...
posted from Bloggeroid

Makanan Orang Kampung...

Raya pun dah dekat...mesti semua tak sabar nak balik kampung kan??betul tak...aku yang 'jauh' di perantauan ni pun tak sabar nak balik kampung...rindu masakan kampung..cewahh...

Bila balik kampung ni...mesti teringin nak makan makanan kampung kan...ya la..asyik makan makanan moden je..ayam masak merah, daging masak hitam, chicken chop...apa kata sekali ni..kita tengok makanan-makanan kampung...

Kat sini aku nak tunjukkan makanan kampung kegemaran aku...

1. Ikan Kering


Ikan kering memang kegemaran aku...tambah lagi kalau ikan sepat kering dan jugak ikan haruan curut kering...makan masa panas-panas dan rangup lagi...pergghhh...heaven...cukup la ada ikan kering, ulam dan sambal belacan...bertambah weh...

2. Ulam-ulaman


Ni lagi satu...ulam pun kegemaran aku jugak...tapi tak semua ulam aku makan...kegemaran aku...daun cabang tiga atau tenggek burung, daun selom, pucuk genuak atau kerdas, jering, petai dan beberapa lagi...kalau aku sebut, korang tak tahu kot ulam apa..ya la..bahasa kampung kan...hahaha...ulam ni cicah dengan sambal belacan yang pedas..makan pulak dengan ikan kering...kau tak bertambah nasik saja lagi la...

3. Ikan pekasam


Jujurnya...aku tak suka makan ikan pekasam...bukan sebab bau...tapi entah..tak sesuai dengan tekak aku..tapi kalau aku betul-betul teringin, baru aku akan makan...ikan pekasam ni ada macam cara untuk buat..tapi kalau kat kampung aku...dorang perap dengan beras kisar yang dah digoreng...cara masak?korang goreng, potong bawang dan cili kering...heaven kot...lagi satu orang cakap..perah limau..lagi terangkat...

4. Pulut kerabu


Pulut kerabu ni memang makanan orang utara...aku peminat nombor satu makanan ni...macam mana nak terangkan...pulut, makan sekali dengan kelapa parut yang dah digaul dengan garam, dan dimakan sekali dengan ikan goreng, ikan kering atau ikan pekasam..kalau ikut selera aku..aku lebih suka kalau makan dengan ikan goreng yang semalam punya...ahahaha...selalunya pulut kerabu ni orang makan masa sarapan pagi...

5. Kerabu


makanan yang memang menjadi kegilaan aku, yang memang aku takkan tolak ialah kerabu...semua jenis kerabu, terutamanya kerabu pucuk paku campur dengan kerang atau perut...kalau ada kerabu, aku akan makan dengan ikan goreng...cukup dua tu...kerabu lain yang aku suka...kerabu paku rawan, kerabu daun selom, kerabu kaki ayam...

6. Pajeri


Aku tak tahu kalau bahasa bandar panggil apa..rasanya pajeri jugak kot...pajeri nenas dan pajeri rebung memang kegemaran aku...pajeri terung, tak kena dengan tekak aku...hahaha..walaupun kuahnya sama...pajeri ni kalau ikut selera aku..cukup dengan ada pajeri, ikan sardin goreng dan kicap...bertambah jugak...

7. Masak lemak labu


Akhir sekali...masak lemak labj manis...kau akan rasa manis labu tu dalam buah labu dan kuah tu...aku akan tuangkan sedikit kicap kalau makan masak lemak labu ni...terangkap weh...

Mungkin setiap orang ada makanan kampung yang memang digemari..mungkin ada sesetengah orang tak boleh terima makanan kampung...tapi aku?memang tak boleh kalau tak jumpa makanan kampung...tambah-tambah lagi sambal belacan...itu memang kena ada...walaupun bukan setiap hari...

Kalau aku nak cari isteri...aku nak cari yang pandai masak makanan kampung...kalau tak pandai pun takpa..janji suka makanan kampung...ada sesiapa yang sudi???

Ps:gambar semua ihsan dari Mr Google
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...