29 Jun 2015

Jodoh Pilihan Keluarga...

Assalamualaikum...

Jodoh lagi??hahahaha...topik yang agak menarik aku rasa untuk rakan-rakan sebaya dengan aku yang masih single...



Bagi aku..jodoh pilihan keluarga, terutamanya dari ibubapa adalah yang terbaik...aku bukan nak kata jodoh yang kita cari sendiri tu tak baik...cuma bila jodoh dari yang dipilih ibu bapa ni..bagi aku, lagi berkat sebab dapat restu dari ibubapa kita...

Well..kalau pilihan kita sendiri pun..mesti dapat restu jugak kan dari ibubapa sendiri...cuma bila dari ibubapa ni...restu dia special sikit...

Maksud aku...ibubapa kita pun mesti dah kenal dengan perempuan tu, and they know what kind of partner yang sesuai dengan anak dia...

Setiap ibubapa tahu mana yang terbaik untuk anak-anak dia...and naluri ibubapa tak pernah salah (selalunya)..sebab tu aku nak kalau boleh...biar mak abah yang carikan isteri untuk aku...



Maybe salah satu sebab aku minta mak abah cari sebab aku tak yakin dengan diri aku dalam bab-bab memikat ni...tapi..antara sebab lain..biarlah mak abah buat pilihan untuk aku...sebab selama ni pun...aku yang buat pilihan untuk diri aku..why not..untuk kali ni, aku biarkan mak abah yang pilih untuk aku...

Mungkin pilihan yang mereka buat ni, boleh buat mak abah bahagia...betul tak? Lagi pun..aku tahu..mak abah mesti pilih yang terbaik untuk jadi suri hidup aku...

Cuba fikir..mak abah mana dalam dunia ni nak pilih yang tak baik untuk anak-anak dia?of course semua mak ayah di dunia ni akan pilih yang terbaik untuk anak-anak dia..sebab tu aku yakin dengan jodoh pilihan keluarga....

Ini cuma pendapat peribadi...mungkin ada yang berbeza pendapat dengan aku..itu terpulang pada diri masing-masing...
posted from Bloggeroid

27 Jun 2015

Tiada Lagi Kedai Mamak Selepas Jam 12 Malam...

Assalamualaikum...

Wahhh...kecoh media sosial hari ni pasal kenyataan 'kurang cerdik' salah seorang ahli politik kita tentang kedai mamak...hahaha....



Ini keratan yang aku ambil dari thevocket.com yang diambil dari Bernama...lepas aku baca je..aku dah macam...

"What the ......"

Alasannya apa?hahaha..sangat lawak kot...



Just my opinion...kedai makan yang beroperasi 24 jam ni bukan satu masalah sosial pun...kalau tengok puncanya..banyak lagi, kelab-kelab hiburan bercambah, pusat-pusat karoke lagi...itu tak termasuk kelab-kelab dangdut...apa salahnya kedai mamak tu beroperasi 24 jam?

Kalau nak banteras gejala sosial sekalipun, masih banyak lagi tempat yang boleh diserbu atau diketatkan lagi peraturan..takkan kedai mamak atau kedai makan yang beroperasi lepas jam 12 malam jadi punca kepada masalah sosial?



Fikir logik..takkan kedai mamak tu jadi port untuk anak muda minum arak secara terbuka, makan pil ecstacy, ambil dadah?

Kadang-kadang kenyataan macam ni tak dirancang atau dalam erti kata lain, spontan je keluar..tapi...kita semua pernah dengar kan ayat ni...

"Fikir dahulu sebelum cakap..."

Kalau tak fikir..macam ni la...jadi troll...hahaha...bila kita jadi public figure, orang ramai akan ambil tahu apa saja yang kita cakap dan buat...

Niat memang baik, untuk banteras gejala sosial..tapi jangan la sampai nak libatkan pihak yang tiada kaitan...

Banteras induk terlebih dahulu...tapi kalau lepas ni mamak memang tak boleh operasi lepas jam 12.00 malam...goodbye la..kena lepak kat disco la lepas ni...



Dalam keratan yang sama..dah dinyatakan pusat hiburan jugak akan diberi notis baharu nanti jika ianya dilaksanakan...itu aku setuju...

Jadi..kita tunggu sahaja apa yang akan ditetapkan...nampaknya masa World Cup nanti, sunyi la mamak...hahahaha...
posted from Bloggeroid

26 Jun 2015

Ceteknya Pemikiran Manusia...

Assalamualaikum...

Betapa ceteknya pemikiran kita sebagai manusia ni bila kita tahu secara umum sahaja sesuatu perkara...apa yang terlintas di fikiran kita, itu yang kita ucap..sedangkan, ianya lebih hebat lagi daripada tu...

Contohnya...bila kita sebut kita kerja 7Eleven..orang akan ingat kita ni duduk di cashier or jadi budak store..sedangkan hakikatnya, kita kerja dibahagian HR, Corporate Comm and sebagainya...

Atau lain..kita cakap kita kerja kilang..orang akan ingat kita sebagai operator pegeluaran..tapi the truth is...kita supervisor kat kilang tu...



Bukan untuk menjatuhkan mereka-mereka yang bekerja sebagai cashier or operator pengeluaran, sebab tanpa mereka pun, macam mana sesebuah syarikat tu nak maju..cuma persepsi masyarakat ni terlalu cepat untuk menilai sesuatu yang sebenarnya lebih lagi dari tu...

Sebab apa yang kita nyatakan tu, adalah benda pertama yang terlintas di fikiran kita..sebab kita dah terbiasa dengan semua tu...so tak pelik la...

Nasihat aku..sebelum nak luahkan first perception kita, cuba la bertanya terlebih dahulu..bukan apa..kadang-kadang first impression kita ni salah...am I right?
posted from Bloggeroid

25 Jun 2015

Cari Calon Menantu...

Assalamualaikum...

Well..another hint from my mom...hahahaha... selepas sekian lama mak tak bagi hint, hari ni lepas bukak puasa mak bagi hint...

Hint apa?hint nak tengok calon menantu yang terakhir...hahahah...mak cakap, achik dah tengok and tau dah siapa calon menantu..tapi aku?bayang pun belum nampak...hahahaha...

Well..even sekarang aku dah 24 tahun...aku tak terfikir pun lagi nak ada satu hubungan yang serius...tipu la kalau aku cakap aku tak cemburu tengok kawan-kawan yang dah kahwin, dah bertunang and couple semua tu..tapi bagi aku..itu tak penting bagi aku...



Apa yang penting bagi aku sekarang ni, kebahagiaan mak and abah and cita-cita aku untuk jadi wartawan yang berjaya..well..cita-cita aku dah tercapai sebenarnya.. Alhamdulillah...

So sekarang ni..cuma kebahagiaan mak dan abah...aku nak tengok mak dengan abah bangga dengan kejayaan kami semua, which is bukan kejayaan aku saja, tapi kejayaan kami enam beradik...

Bab jodoh, aku tak nak fikir sebab itu semua kan rahsia Allah..aku hanya menerima...tapi aku bukanlah tunggu saja, aku pun mencari jugak...cuma tak yakin...tak yakin dengan ciri fizikal aku yang macam ni, ada orang nak dengan aku...hahaha...tapi jodoh tu kan rahsia Allah..



Jawapan aku dekat mak tadi...aku suruh mak tolong carikan kalau mak and abah nak tengok calon menantu...sebab sekarang aku cuma nak fokus pada kerjaya aku..biar aku ada satu pendapatan yang stabil...baru aku nak cari bakal jodoh aku...

Lagipun..aku tahu aku ni banyal kekurangan, bukan dari segi duniawi ja, tapi dari segi ukhrawi pun aku masih banyak kekurangan..kalau aku sendiri pun banyak kekurangan, macam mana aku nak pimpin anak orang and anak-anak aku nanti?

Atau dalam erti kata lain, aku belum bersedia..insya Allah..sampai masanya..aku akan bersedia dari segala aspek...doakan..
posted from Bloggeroid

23 Jun 2015

Perasaan Di Kampung...

Assalamualaikum...

Balik kampung ni, perasaan dia lain macam sikit..actually bukan sikit..tapi banyak..hahaha..rasa seronok dan malas...

Tau tak aku malas??nak buat apa pun malas..nak update blog pun malas..arghhh....



Aku pun tak tau apa punca aku jadi malas nak buat semua benda..rasa macam.nak tidur ja....
posted from Bloggeroid

22 Jun 2015

15 #RamadhanPickUpline Terbaik 2015

Assalamualaikum...

Makin menarik pulak aku tengok pickupline Ramadhan kali ni...nampak kekreatifan anak-anak muda kita sekarang ni..cewahh...ni aku ambil dari #pickuplineRamadhan yang aku rasa best..hahaha...

1. "Ada 'u' dalam 'juadah'. Takde 'u' jadi la 'jadah'. So apa jadah berbuka puasa tanpa u. So shall we?" 😂😂
#RamadhanPickUpLines

2. "Awak solat tarawih dekat masjid mana?"
"Insha Allah dekat masjid yg kita bina."
😊
#RamadhanPickUpLines

3. "You don't have to pay for Zakat Fitrah anymore."
"Why?"
"Because from now on, you're part of my fitrah."
#RamadhanPickUpLines

4. its sunnah to eat sweet things when iftar,
but unfortunately,i cant eat u cause u r the sweetest thing i ever had #RamadhanPickUpLines

5. "You dah beli kurma untuk berbuka?"
"No, but it's okay, you're the only date I need" #RamadhanPickUpLines

6. "Awak, Ramadhan dah nak habis dah"
"So?"
"So let's say goodbye to dates and let's get married"
#RamadhanPickUpLines

7. 😏 #RamadhanPickUpLines

"Bae, is your name Azan? Cos I'm waiting for you."

8."Saya tahu bulan puasa tiada hantu tetapi kecantikan awak ni menghantui saya..."
#RamadhanPickupLines

9. Awak nak buka apa? Saya nak awak buka pintu hati awak untuk saya. #RamadhanPickUpLines

10. “Nak belajar anyam ketupat?”
“Taknak.”
“Kenapa?”
“Takut bila tgn kita tersentuh, teranyam pula rasa cinta.”
#RamadhanPickUpLines"

11. "Ustaz saya nak bayar zakat untuk 2 orang"

"Siapa lagi sorang?"

"Anak ustaz"

#RamadhanPickUpLines

12. Can't see anak bulan cause all I see is you. #RamadhanPickupLines

13. saya ada resepi nak dikongsikan dgn awak dibulan ramadhan yg mulia ni.

apa dia?

resepi kebahagiaan awak & saya :P

#ramadhanpickuplines

14. Yusof Taiyoob chose Safia and Safina to be his dates. Me? I choose you. #ramadhanpickuplines #Ramadan2015

15. "awk, saya tak balik kmpg saya tahun ni"

'ehh kenapa pulak?'

"Sbb saya nk berkampung dlm hati awk"

#RamadhanPickupLines
posted from Bloggeroid

21 Jun 2015

Assignment Terakhir @ Perak Today

Assalamualaikum...

Officially...dah habis praktikal...hahaha...Alhamdulillah..dah selamat and selesai semuanya...

Tugas terakhir?cover event iftar di rumah MB...ambik kau..pukul 11 baru habis event..tapi takpe...hari terakhir...



Ni story terakhir yang aku cover, as practical student la..lepas ni..dah tak kisah dah event apa pun..hahaha..janji ada makan free...boleh macam tu...

Tapi kan..apa yang best tentang event last aku as practical student ni...aku makan dalam talam, which is one of the Sunnah..betulkan aku kalau aku salah...



Satu talam, share 4 orang..sangat rasa pernuafakatan di situ..cewahhh...muafakat la sangat kan...seronok kot makan macam ni...

Ni kali kedua aku share makan dalam talam..kali pertama masa aku join explorace dulu time sekolah...

Okay..mata pun dah berat..selamat malam..selamat berpuasa semua...


posted from Bloggeroid

20 Jun 2015

Hari Terakhir Praktikal @ Perak Today

Assalamualaikum...

Well...today is the last day for my internship..finally...pejam celik pejam celik...dekat empat bulan jugak aku praktikal dekat sini...



Lot of things I learned...lot of things I knew...and lot of experienced I gained throughout my practical training...

Aku jumpa macam-macam perangai...deal dengan macam-macam orang...ada beberapa perangai yang buatkan perasaan aku mati untuk terus masuk bidang ni...

Tapi, bila aku fikir balik, stay dalam bidang ni pun seronok..yang penting...jimat duit makan...am I right??of course aku betul...hahahaha



Well itu bukan alasan utama kalau aku nak teruskan dalam bidang ni, but its all about my passion into this industry...dari sekolah sampai Diploma...aku dah bayangkan dah aku akan jadi wartawan...

Tapi rupanya..bidang ni pun tak seindah yang disangka...orang cakap...indah khabar dari rupa...

Well...sekarang, aku cuma nak fokus on my Academic Writing and practical report...I have a week to settle down all this things..and may Allah will ease me in every single things thaf I am doing...insya Allah...
posted from Bloggeroid

19 Jun 2015

Tips Menghadiri Temuduga

Assalamualaikum...

Pagi tadi aku saja scroll Facebook..terjumpa la dengan satu tips yang sepupu aku share...aku rasa sangat berguna untuk aku yang akan menghadiri temuduga untuk masa depan aku sendiri...tapi dalam masa yang sama...macam tak best la pulak kan kalau aku sorang ja yang tahu tips ni...jom..kita sama-sama tengok tips ni..

Actually..ini adalah soalan-soalan yang diajukan oleh majikan kepada kita..ada cara jawapan yang bijak dan jawapan yang kurang bijak...hehehehe..jom tengok...
















Bagi aku, ini memang soalan-soalan yang akan ditanya walaupun buat masa ni, aku tak pernah pergi sebarang temuduga secara formal...

Apa-apa pun..diharapkan tips ini membantu untuk anda semua....

17 Jun 2015

Niat Puasa Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum...



Adakah niat puasa Ramadhan wajib di ulang setiap malam? Adakah harus berniat untuk sebulan sekaligus?

Mengikut pandangan jumhur ulama' (termasuk Mazhab Syafi’ie): niat puasa wajib dilakukan pada setiap malam. Tidak memadai niat sekaligus untuk keseluruhan bulan Ramadhan.
Ini kerana setiap hari Ramadhan itu adalah ibadah yg tersendiri.

Namun mengikut Nazhab Imam Malik: harus berniat puasa untuk sebulan sekaligus iaitu pada malam pertama Ramadhan.

Menurut Mazhab Syafi’ie: digalakkan berniat puasa sebulan sekaligus itu tetapi bukanlah untuk mengelak dari berniat pada setiap malam. Ia hanya sebagai langkah berhati-hati jika ditakdirkan terlupa niat pada mana-mana malam dari Ramadhan.

Dengan adanya niat sekaligus itu, dapatlah dielakkan dari terbatal puasa kerana terlupa itu iaitu dengan bertaklid kepada mazhab yang mengharuskan niat sekaligus itu.

Kesimpulannya, menurut mazhab Syafi’ie: niat puasa wajib dilakukan pada setiap malam. Adapun niat puasa sekaligus itu hanyalah sebagai langkah berhati-hati.

*maklumat dari Whatsapp and Facebook..kalau salah, sila beritahu...sharing is caring...

Selamat berpuasa semua...
posted from Bloggeroid

Jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Bagi Negeri Perak 2015 / 1436H

Assalamualaikum....

Semalam pengumuman puasa dah dibuat...dan aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang umat Islam yang akan menyambut puasa...


Di sini aku selitkan jadual waktu Imsak dan Berbuka puasa bagi seluruh negeri Perak sebab, aku kan orang Perak..heheheh...



Selamat Berpuasa semua....

16 Jun 2015

Orang-Orang Yang Beruntung....

Assalamualaikum...

Pagi tadi, aku ke Mydin Meru Raya untuk satu event BAIDURI dengan anak-anak dari Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dari seluruh Perak yang dipanggil Program Ceria Lebaran PDK- BAIDURI Perak..

Mereka ni dibawa ke Mydin untuk membeli baju-baju raya secara percuma di Mydin.

Well seperti yang kita tahu, PDK ni untuk golongan-golongan OKU yang membantu mereka dari segi pendidikan and so on..

Sepanjang aku cover event ni, aku dapat rasa sesuatu..mereka ni sangat beruntung...di dunia dan juga akhirat, insya Allah...



Dekat dunia ni, ada banyak pihak, NGO terutamanya yang sudi membantu dan menghulurkan bantuan untuk golongan-golongan ni..macam-macam bantuan yang diorang ni dapat..

Itu baru dari segi bantuan dari NGO, dari Kerajaan, tak termasuk lagi...tambah bulan-bulan puasa ni, lagi murah rezeki mereka...



Aku dapat tengok betapa seronoknya dorang ni memilih baju, songkok, sampin, tudung and so on...

Dalam hati aku dah terfikir...

"Walaupun mereka kekurangan sesuatu di dunia, rupanya dalam masa yang sama, Allah dah lebihkan mereka ni di dunia dan di akhirat, Insya Allah..."

Nasib kita...wallahualam....
posted from Bloggeroid

Movie Review: Jurassic World

Assalamualaikum...

Finally...yeahhh..finally...dapat jugak aku tengok cerita ni, Jurassic World...again..alone..hahahaha...lepas je habis kerja, aku terus ke AEON Kinta City untuk tengok movie yang dah berapa kali tertangguh...

Sampai ja..terus beli tiket...tapi..ni first time aku guna debit card...sebab penjaga counter tu tanya aku guna Maybank ke tak...terus aku bagi ATM Card aku..debit dari situ terus...





Okay..review start...nothing to say..aku bagi 5* untuk filem ni...menarik, mantap and nampak real...aku tak tahu la kalau aku tengok 3D macam mana...

Sepanjang filem ni, aku pulak yang rasa nervous...aku pulak yang rasa excited and so on...all the dinasours, memang nampak real bagi aku...

Ending dia bagi aku, menarik jugak..unexpected yang dinasour tu akan mati macam tu...ada mainan emosi di penghujung cerita...itu aku dapat rasa dia punya kesedihan tu...



And katanya, filem ni dikecam sebab create satu dinasour yang tak pernah wujud..bagi aku..itu ridiculous..ya la..kita buat pasal keadaan zaman sekarang ni...so, tak mustahil la mereka boleh cipta dinasour baru..am i right??

Okay..conclusionnya...filem ni sangat-sangat berbaloi untuk ditonton...even if the ticket price mahal..bagi aku..sangat berbaloi....
posted from Bloggeroid

14 Jun 2015

Aku Tak Sebaik Yang Disangka...

Assalamualaikum...

Apa perasaan korang semua bila orang yang kenal anda, tak kisah la baru kenal or dah lama kenal, anggap korang ni baik?

Ada yang suka, ada yang rasa kurang selesa...tapi bagi aku, aku kurang selesa bila orang anggap aku ni baik...



Sebab apa? Sebab aku tahu diri aku macam mana...aku tahu jahat aku macam mana...dan disebabkan itu, aku tak selesa bila orang menganggap aku ni baik...

Yup..itu pandangan mereka untuk menganggap aku ni baik, tapi...aku takut aku akan kecewakan mereka bila mereka melihat sisi gelap diri aku nanti...

Apa yang aku bantu, itu cuma sikap aku yang aku sendiri tak sangka aku akan buat semua tu...it just a spontaneous masa aku buat sesuatu kebaikan tu..kebaikan??aku tak rasa pun apa yang aku buat tu satu kebaikan...

Apa yang aku buat tu cuma bagi aku, aku patut buat..tanggungjawab aku untuk buat benda tu...

Bukan apa, macam aku cakap tadi, aku takut mengecewakan mereka yang menganggap aku ni baik, tetapi sebenarnya, aku ni taklah sebaik yang disangka...
posted from Bloggeroid

Tiket Jurassic World Sold Out

Assalamualaikum...



Arghhh...stressnya..hari ni plan nak pergi tengok wayang lepas habis kerja...then..aku tak expect la yang tiket akan sold out...itu la padahnya bila lupa password cinema online tu...

Kalau tak, boleh je beli online tiket tu...dah postpone banyak hari dah ni nak tengok cerita ni...

Nak tengok masa first day keluar, dah aku kat Shah Alam..second day, dah letih baru sampai dari Shah Alam, nak tengok hari sabtu, mengantuk sebab sabtu pagi-pagi dah kena ke Bidor sebab assignment...hari ni??sold out pulak...

So..plannya, harap-harap esok dapat pergi tengok cerita ni..nak tengok as soon as possible sebab semua cerita Jurassic Park aku dah tengok...takkan yang ni tak tengok pulak kan??
posted from Bloggeroid

Pengalaman Berpuasa Di Perantauan

Assalamualaikum...
Insya Allah dalam masa tak beberapa hari lagi, jika di izinkan Allah, kita akan menyambut bulan Ramadhan..masa inilah segala amal ibadat kita boleh dilipatgandakan...

Bila cakap pasal puasa ni kan, mesti ada pengalaman puasa yang kita tak boleh lupa terutama bila jauh dari family..kalau masa kecik-kecik dulu...tipu la kalau tak pernah minum air paip dekat toilet..lepas tu, keluar buat-buat letih..tipu sangat kau tak pernah kan??hahahaha

aku ingat lagi masa aku berpuasa buat pertama kalinya di perantauan...cewahh..perantauan la sangat kan..sedangkan kat Pulau Pinang ja pun...untuk makluman korang...aku ni tak pernah duduk asrama..dari sekolah rendah sampai sekolah menengah, semua dekat sekolah harian biasa... so pengalaman pertama aku puasa di perantauan masa aku diploma..

Masa semester satu, aku terpaksa, for the first time in my life, aku berpuasa dekat asrama di UiTM Pulau Pinang... aku demam kau tahu tak??hahaha... ye la..tak pernah-pernah first day puasa jauh dari family..masa sahur and berbuka puasa...rasa sebak ja dada...bersahur dengan berbuka puasa sorang-sorang..ehh..dengan kawan-kawan...

Aku demam tiga hari sebab macam culture shock, puasa jauh dari family...sedangkan duduk kat Penang je pun..dari kampus ke rumah aku dalam sejam je...hahaha..aku mesej dengan akak aku..akak aku cakap kalau tak larat, bukak je la puasa..hahaha..tak nak aku...

masa dekat Penang, aku kerap ke Bazaar Ramadhah dekat Masjid Perda sebab situ besar and banyak gerai..

itu kisah dekat asrama.. masa aku stay dekat rumah sewa, kawan aku lagi best..first day puasa bila azan je..dia tak makan dulu..tapi cari rokok..hahahaha...kami gelak je dekat dia...katanya, sebab sehari suntuk tak berasap...hahahah...

selalunya bila habis kelas lewat petang, kami akan terus ke bazaar..tapi hari itu entah kenapa rajin pulak nak balik rumah sewa dulu..pukul 7 baru nak ke bazaar..memang takda apa dah dekat bazaar tu..kuih-kuih je...jadi la untuk berbuka...

Tapi bila dekat dah masuk degree dekat UiTM Shah Alam..benda dah biasa sebab sepanjang Diploma, aku berpuasa selama 3 kali dekat kampus..
Dekat Shah Alam, aku rasa aku tak pernah buka puasa dengan housemate aku...semuanya aku menumpang di bilik Shofi..dekat Shah Alam, kami rotate Bazaar Ramadhan.. Seksyen 7, Seksyen 17, Seksyen 2..semuanya kat situ...

Kalau masa Diploma, aku rasa boleh kira berapa kali aku pergi tarawikh dekat masjid...hahaha..tapi masa degree, maybe dah insaf sikit kot..rajin la pergi tarawikh dekat masjid UiTM.


Well...itu saja la cerita and pengalaman aku berpuasa di perantauan. for the first timer macam aku yang tak pernah berpuasa tanpa family, memang akan rasa sedih..hahaha..sobsobsob..tapi, one day kita terpaksa lalui jugak..lagi pun...bagi aku..berbuka puasa dengan kawan-kawan ni seronok jugak..sambil makan, sambil sembang-sembang and cuit makanan sorang sikit..terasa lagi rapat ukhwah sesama kawan-kawan...

Kepada semua...selamat menyambut Ramadhan pada tahun ini ya...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...