30 Mei 2015

Alhamdulillah...Rezeki Lagi...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...semalam diumumkan pemenang-pemenang bagi Pertandingan Menulis Esei Cakna Produktiviti yang dianjurkan oleh Malaysian Productiviti Corporation...aku dah masuk contest ni dari pertama kali dianjurkan.

Kali pertama aku masuk, tiada tempat, semua sama ja...so dapat la saguhati kat situ...kali kedua aku masuk, dapat tempat saguhati..Alhamdulillah..rezeki lagi...

Then kali ketiga...dapat tempat kedua...dan yang terakhir ni..dapat saguhati..

Almost five month juga la tunggu result..mulanya result akan diumumkan pada Mac, then postpone ke April, then Mei...Alhamdulillah..rezeki masih dekat aku walaupun sekadar saguhati...



actually..aku agak berbangga juga la...sebab yang ni satu Malaysia punya pertandingan..ke global??

Sebab pemenang tempat kedua..orang Malaysia yang stay di Australia...kiranya..dapat saguhati pun kira hebat jugak la kan penulisan aku...hahaha







Alhamdulillah...sedikit kita memberi..lebih banyak kita menerima...
posted from Bloggeroid

27 Mei 2015

Jauhkan Aku Dari Sikap Sebegitu...

Assalamualaikum...

Pagi ni, aku kena cover satu majlis dekat Ipoh ni..event kecil, so..tak ramai media yang cover...aku jumpa sorang senior reporter dari media lain...sembang la...

Dia ajak aku interview seorang ni sebab kononnya nanti akan 'masyuk' sikit...kira nak cari side income la...tapi tak dapat sebab katanya, orang yang diinterview tu tertinggal wallet and kami disuruh tunggu, tapi aku terus masuk ke dalam dewan sebab event dah nak mula...so aku tak tahu la senior tu dapat ke tak..

Senior aku sebelum interview tu cakap la...dia nak cover event or VIP yang boleh 'masyuk'..dia siap cakap lagi, VIP mana yang dapat, Datuk mana yang kedekut and so on..



Bila dah habis event..dia pergi kejar satu Datuk ni yang datang event ni dekat kereta..and i know..he got something..aku tak ikut..malas..

Masa aku berjalan ke motor..aku terfikir..dia ikhlas ke buat kerja ni? Kau diberi gaji untuk buat kerja, boleh claim kalau kerja jauh..tapi tetap kau cari duit lebih macam tu...

Bagi aku..bila dia buat macam tu, dia dah jatuhkan martabat wartawan tu sendiri..tak beretika...



Memang sekarang kos hidup makin mahal, tapi rasanya..kalau kau ikhlas bekerja, kau tak perlu risau..gaji yang kau dapat tu lebih dari cukup,insya Allah.

Tapi kalau kau dapat masa kau cover event tu, means, kau diberi, bukannya kau meminta..itu bonus la..but make sure media lain pun dapat jugak, baru adil...

Bagi aku..jadi media ni murah rezeki..boleh kata setiap event aku pergi, akan dijamu..so..dah boleh jimat kat situ..aku pernah tiga hari jimat duit makan...sebab events yang aku pergi, semuanya ada makanan...



Kalau events tu tengah hari, for sure akan ada lunch, macam tu juga malam..kalau petang..tak tentu...

Aku harap..aku dijauhkan sikap yang meminta-minta macam tu...menjatuhkan maruah wartawan tu sendiri...

Aku masuk bidang ni sebab aku minat, aku suka menulis..bukan sebab nak cari side income dengan menjatuhkan airmuka aku sendiri...

Semoga aku dijauhkan dari sikap se
posted from Bloggeroid

25 Mei 2015

Sebulan Sebelum Habis Praktikal

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik..lebih kurang sebulan ja lagi untuk aku habiskan praktikal dekat PerakToday.com ...

Macam-macam yang aku dapat belajar kat sini...lepas ni..aku tak tahu la ke mana hala tuju aku...kalau rezeki aku murah..mungkin aku akan kerja di sini..insha Allah...



Lepas ni dah betul-betul kena fikir untuk masa depan aku...kena fikir bab kerja, rumah, kereta, kahwin...

Oopsss...kahwin?errr...lambat lagi kot..nak kukuhkan ekonomi dulu...nak bawak mak abah pergi Mekah dulu..baru fikir bab kahwin...lagi pun...calon pun takda kan?

Sekarang..masa untuk cari kerja...sesiapa yang ada kerja kosong...sila bagitahu aku ya..bahagian HR ke, Corporate Comm ke, wartawan ke...halo-halo sama gua ok...
posted from Bloggeroid

21 Mei 2015

Kisah Terlepas Bas Ekspress

Assalamualaikum...

For the first time in my life sepanjang aku jadi pengguna bas ekspress...semalam first time aku tertinggal bas...kau rasa??

Nasib aku tak gelabah...sebab aku tau last bus Shah Alam ke Ipoh pukul 9.45 malam..

Alkisahnya macam ni...aku ke Shah Alam as usual la..jumpa Sir Nizam untuk Academic Writing...lepas jumpa tu, aku lepak la kat bilik member aku sementara tunggu dia balik kerja...

Tiket bas Shah Alam-Ipoh pukul 7.45 malam..member aku balik kerja pukul 6.30 baru dia sampai Kolej Teratai..so okay la...ada masa lagi...

Dekat-dekat pukul 7.00 tu, kawan aku ajak g makan dulu...aku dah macam... "sempat ke?"..tapi..pergi je la..maybe sempat...

Tunggu order and makan, dekat 7.40 baru selesai makan...shit..sempat ke...dari Seksyen 7 ke Seksyen 13 dalam masa 5 minit...

Member aku cakap..jangan risau, lebih dari cukup masa yang ada...maklum la..member motor baru kan...



Pecut punya pecut..7.47 sampai..kelam kabut cari bas...tapi...takda..hahaha...member aku dah muka bersalah dah..muka lain macam gila..

Tak pernah aku tengok dia macam tu...kahkahkah...so..terpaksa la beli tiket bas baru...harga RM23.90, tapi dapat diskaun RM5.00...kesian punya pasal...



Member aku bersalah gila muka..siap tanya aku nak apa-apa tak, dia nak belikan...kahkahkah...

Dia rasa bersalah la kot sebab dia ajak g makan tadi...aku paksa dia balik kolej sebab aku tau dia penat..dengan baru balik kerja lagi...

Lepak la aku sorang dekat bus stop tu...sampai Ipoh pukul 1.00 pagi and i need to walked around 20 minutes..

Itu ja kisah tertinggal bas..first time woii..ahhaah
posted from Bloggeroid

16 Mei 2015

Selamat Hari Guru 2015, Jom Imbau Kenangan Zaman Sekolah

Assalamualaikum...

16 Mei tiba lagi...setiap tahun...tarikh ni mesti akan ditunggu oleh semua orang kan..oopsss...ke aku ja yang tunggu??hahaha
SMK Alor Pongsu..setiap tahun mesti banjir..
sebab tu sekolah aku famous...

Hari Guru...hari yang paling istimewa buat semua pelajar untuk menghargai guru masing-masing..yup..sepatutnya kita menghargai guru-guru kita setiap masa macamkita hormati kedua ibubapa kita.. cuma, Hari Guru ni ditetapkan pada tarikh yang sama setiap tahun sebagai apa orang cakap..tarikh rasmi la...macam Hari Ibu dan Hari Bapa la kan..

ok..jom..aku nak imbau kenangan yang paling best semasa aku sekolah dulu...

masa masuk Deklamasi Sajak dekat Kampung
sempena Hari Kemerdekaan

A. Sepanjang aku bersekolah...aku aktif dalam
1. Deklamasi Sajak (Sekolah Rendah sampai Tingkatan 5)
2. Pidato Bahasa Melayu dan Syarahan Agama (Tingkatan 2 hingga Tingkatan 5)
3. Debat (Tingkatan 3 dan Tingkatan 4)
4. Pantun (Tingkatan 4)
5. Drama Bahasa Inggeris (Tingkatan 3 sampai Tingkatan 5)
Tapi aku tak pernah aktif dalam sukan...thanks to Cikgu Fariza Husna dan Ustazah Ahda Ambak dan Sir Santhananthan and Sir Johny sebab bagi peluang untuk aktif dalam public speaking dan Drama...


B. Cikgu Matematik yang aku selalu ingat...
1. Cikgu Kamisah - SK Alor Pongsu (cubit)
2. Cikgu Farahiyah - SMK Alor Pongsu (cubit)
3. Cikgu Ruzilawati - SMK Alor Pongsu (cubit dan membebel)
4. Cikgu Fitri - SMK Alor Pongsu (Tampar Belakang dan Tarik Sideburn)
Tu semua denda yang aku pernah kena sebab tak buat kerja sekolah..hahaha...

C. Masa form 5, aku pernah kena gunting rambut dengan Cikgu Fitri sebab rambut panjang...sekali dekat tapak perhimpunan, sekali kat dalam kelas and waktu tu...aku KETUA PELAJAR...

D. Aku jadi pengawas sekolah dari Tingkatan Satu sampai Tingkatan 5. sepatutnya aku tak dipilih untuk menjadi pengawas...tapi disebabkan teringin nak pakai seluar slack hitam dan baju biru beserta vest dan tie, so aku pun apply la untuk jadi pengawas...sebulan jadi pengawas pelatih.
Masa Tingkatan 4, aku dinaikkan pangkat jadi Bendahari, pergi kutip hutang dari kelas ke kelas...ehh..bukan hutang...denda..hahaha...then hujung tahun aku jadi pemangku Ketua Pelajar sebagai persediaan aku untuk naik ke pangkat tersebut.

E. Aku selalu jadi pengacara majlis untuk perhimpunan setiap hari Isnin dekat sekolah

F. Aku lead untuk buat aktiviti sukaneka untuk Hari Guru

G. First time aku ke Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah aku untuk terima sijil Anugerah Kepimpinan..sebelum ni, aku tak pernah ke Majlis tu sebab aku bukanlah pandai sangat pun.

H. Aku paling tak suka kalau hari tu ada PJK, sebab aku tak suka bersukan. kalau main bola, aku akan jadi tunggul dan aku selalu kena cakar sampah dekat belakang sekolah sebab tak bawak baju sukan.

I. Pernah kena ugut dengan gangster sekolah, kononnya, sebab tulis nama senior tu dalam buku denda atas alasan baju sekolah takda lencana

J. Masa sekolah rendah, aku adalah seorang pengawas Pusat Sumber..pakai baju kuning cair.

K. Disebabkan takut nak keluar ke tandas, aku kencing dalam kelas..masa tu Darjah Satu..hahaha..bila cikgu tanya, aku jawab air botol tumpah..
Esok tu, satu kelas bau hancing, terus kena marah dengan cikgu..cikgu pesan, kalau nak ke tandas, tolong bagitahu.

L. Masa sekolah rendah, bila cikgu suruh bagitahu nama mak abah dekat kawan-kawan kelas, aku sebut nama abah ja, nama mak aku jawab taktau sebab ada seorang budak kelas aku tu, nama dia sama dengan mak aku, so aku malu nak cakap nama mak aku..masa tu Darjah Satu.hahaha...bodohnya time tu...

cute kan aku??
Itu ja kot...hari ni, status Facebook aku semua throwback zaman sekolah..sebenarnya banyak lagi kenangan-kenangan yang aku ingat, tapi tak tertulis...hahaha...sungguh, aku sangat rindu zaman sekolah..

rindu nak kena cubit dengan cikgu-cikgu sebab tak siap kerja sekolah, kena pergi ambil buku latihan kat bilik guru, pergi pejabat sekolah tekan loceng, keluar rehat awal sebab nak jaga budak-budak suruh beratur kat kantin (tapi budak lelaki tak pernah dengar cakap), rindu nak tunggu kat pagar sekolah untuk tulis nama sebab datang lambat and banyak lagi la...

budak sekolah sekarang ni terlalu manja..pantang cubit sikit, dah report kat mak and ayah..sedangkan itu salah dia sendiri..takut nanti bila dalam kesusahan, dia tak mampu nak tanggung. plus..dia takkan sedar kesilapan apa yang dia dah buat. 

Pulang dengan kejayaan ye..berjaya bawa pulang awek...
ps:gambar sekolah rendah, awek ni dah kawen...
Bila dia tak rasa semua tu, dia takkan menghargai jasa cikgu-cikgu dia..dia takkan ada cerita yang menarik untuk diceritakan dekat anak-anak dia nanti...

Terima kasih cikgu-cikgu yang sudi mengajar saya sampai saya berjaya jejakkan kaki dekat Unviersiti..terima kasih buat pensyarah dekat Universiti yang banyak membantu sampai saya berjaya habiskan Diploma Pengurusan Pelancongan dan jugak hampir untuk habiskan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan)..thank you so much...

ps: gambar-gambar lain tak banyak, sebab ada dalam laptop, 
aku update guna pc office ja...hahaha..
gambar pun dari FB






12 Mei 2015

#shoppingraya2015 : Jom Bantu Golongan Kurang Bernasib Baik

Assalamualaikum....

Sedar tak sedar...tak sampai sebulan ja lagi kita dah nak puasa..then..dalam tak sedar.. eh eh..dah dekat raya la...

Bagi kita yang masih mampu berbaju baru dan bersama-sama keluarga tersayang...mesti rasa seronok kan?

Tapi..macam mana dengan golongan-golongan yang kurang bernasib baik?

They deserve to feel happy masa hari kemenangan tu..so..why not kita..yang ada rezeki lebih ni..bersama-sama berkongsi kegembiraan dengan mereka...

Projek Iqra' Semalaysia dah lancarkan satu kempen untuk membantu golongan-golongan ini..jom..apa kata kita sama-sama hulurkan bantuan...



Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tak lama lagi, Persatuan Kebajikan Projek Iqra' Semalaysia ingin mengumpul tajaan untuk:

1. Anak yatim asnaf
2. Anak-anak asnaf
3. Ibu tunggal

Rumah kebajikan yang terlibat adalah di Kuantan, Batu Caves, Gombak, Puchong, Shah Alam, Nilai dan Johor Bharu.

Untuk lebih lanjut, anda boleh menghubungi nombor di bawah:
- Solleh (0176702033)
- Sharifah (0172748904)
- Khairul anuar (0167361067)

Mohon disebarkan. Moga Allah memberkati usaha murni kita. Terima kasih.

www.projekiqra.com

@projekiqra
#projekiqra
#kelabbloggerbenashaari
#sahabatiqra
#sukarelawan
#socialmedia
#volunteer
#charity
#shoppingraya2015
posted from Bloggeroid

11 Mei 2015

Macam Inikah Sikap Kita??

Assalamualaikum...

Rajin pulak aku update hari ni..hahaha..

Ok...straight to the point..semalam ramai yang update pasal hari ibu kan??aku tak nak sentuh bab hukum-hakam sambut hari ibu ni..sebab aku pun tak pandai sangat bab-bab agama ni...

Cuma pagi ni masa aku scroll Instagram..ternampak post dari Imam Muda Asyraf...deep kot gambar yang dia up tu...



Terus aku repost dekat IG aku n upkan dekat FB serta share dekat group whatsapp...memang terbaik..

Terus..aku teringat status Amran Fans semalam..memang kena dengan gambar yang Imam Muda Asyraf up kan tu..



Relate kan?sebab tu orang cakap apa yang dipostkan dekat media sosial..tak sama dengan apa yang realiti...yang di media sosial tu mungkin cuma lakonan semata-mata..

Kesimpulannya..tepuk dada tanya selera..jangan mudah percaya dengan apa yang ada di media sosial tu..sebab..mungkin apa yang kita lihat tu,mungkin lakonan semata-mata....
posted from Bloggeroid

Jangan Pernah Menyerah Dengan Keadaan

'Kendati tergantung awan di langit.
Telah terlanjur ku bentang layar.
Walau badai datang menggunung.
Walau berdentum guruh di langit,
walau bumi berkeping dua,
tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

#deep gila puisi ni...

Apa yang aku faham..walau apa pun keadaan yang kita hadapi, apa pun dugaan dan cabaran yang mendatang..jangan sesekali mengalah...

Jangan patah semangat..keputusan telah dibuat..maka, jangan la mudah sangat nak mengalah..segala cabaran yang dihadapi tu, akan buatkan kita lebih kuat untuk menghadapi masa-masa yang mendatang..

Walau apa pun yang terjadi..jangan sesekali menyerah dengan keadaan...Allah dah tentukan apa yang akan kita lalui..maka..hadapi dengan tenang...

Ini adalah falsafah Bugis yang aku dengar semalam..
posted from Bloggeroid

08 Mei 2015

Masalah Seorang Blogger

Assalamualaikum...



Ada yang minat nak jadi blogger? Mesti ada kan??takkan nak baca je...mesti ada terlintas dalam fikiran korang untuk jadi blogger...

Masa aku mula-mula berblog ni..boleh kata tiap-tiap hari aku update blog..maklum la..excited gila ada online diari...

Tapi..lama-lama..dah malas dah...hahaha...tak tahu la kenapa...mungkin jarang dapat komen, or Nuffnang tak naik seposen pun...dulu la...

Aku rasa..aku pernah tak update blog dekat dua bulan rasanya..sebab tak da mood...

Then sambung semula...punca tak update cuma dua..

1. Ada topik, mood tak ada
Yang ni paling selalu...aku ada ja topik nak update...tambah lagi aku rasa topik tu best..tapi takda idea nak tulis macam mana..or else, nak bukak blog pun malas...

Nasib la aku tak terikat dengan mana-mana pengiklan yang perlukan aku advertise kan produk dorang..kalau tak..confirm takda kesan...

Benda ni selalu jadi bila aku selalu dalam keadaan penat or tension...

But sometimes, dalam keadaan macam tu pun..still ada mood nak update..tapi..gaya bahasa...bangla punya style la..hahaahah...



2. Ada mood, tak ada topik
Keadaan macam ni pun masalah jugal sebenarnya...kita dah semangat bukak blogspot ni..dah click dah 'New Post' then...tab tu terbiar beberapa ketika...

Puncanya??taktahu nak tulis apa..semangat ada...tapi takda topik..contoh paling mudah..kau dah masuk jamban, tapi tak berak...muahahahaha

So..kalau keadaan macam ni..normally...aku akan update jugak..tapi yang merapu meraban...merepek tak tentu hala..

Itu je la masalah seorang blogger which is..aku la...byeeee...
posted from Bloggeroid

04 Mei 2015

Pertabalan Sultan Perak Ke-35

Assalamualaikum...

Simple update...one of the reason why aku nak praktikal di Perak adalah sebab nak cover Pertabalan Sultan Perak yang baru, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.



Ye la..first time kot...plus..dengan guna kuasa media..aku senang untuk dapat access...

Tapi kan..masa dah apply dengan Jabatan Penerangan..akak senior aku cakap..aku tak dapat pass media untuk pertabalan, sebab aku cuma student praktikal..

And agak sedih sikit la tak dapat cover...hahahaha..sikit je..tak lebih...

Then..last two weeks aku di assignkan untuk cover persiapan untuk pertabalan di Istana Iskandariah...well..memang excited la..



Aku fikir, kalau tak dapat cover time pertabalan, dapat cover persiapan pun tak apa la kan...

But then..last week...tetiba aku dihulur sesuatu...jeng jeng jeng jeng....



Akhirnya..aku ditipu...rupanya aku dapat ja pass media...and dapat..

So hari ni..first time cover dekat Dewan Bandaraya Ipoh..aku excited tengok Tuanku Sultan and Permaisuri Perak depan mata..dekat pulak tu..

Tapi..aku lagi excited tengok Putera and Puteri Tuanku...comel gila...yang Putera banyak ikut muka Tuanku Permaisuri, yang Puteri, ikut muka Tuanku Sultan..comel gila...

And they are speaking...aku dapat dengar tadi...aku ni yang dah 24 tahun..speaking pun berterabur lagi..hahahaha..










posted from Bloggeroid

01 Mei 2015

Buku Amran Fans

Assalamualaikum...

Compare to Catatan Mat Luthfi...aku cuma dapat beli buku tu lepas sebulan dilancarkan..tetapi..

Buku Amran Fans pulak..aku dapat seminggu selepas dilancarkan..thanks to Syam sebab tolong belikan untuk aku dekat PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa KL.





Harga cuma RM25 saja..tapi kan...semalam Meran bising kat FB and IG...sebab ada orang ambil kesempatan dengan jual buku dia...

Sebab apa?? Cuba tengok bawah ni...



Nampak tak beza dia?both buku tu memang dikeluarkan oleh Dubook..colour and black&white...tapi harga yang berbeza..



So kalau korang nak beli..tanya dulu...buku tu..colour or black and white..kalau black and white and dia jual lebih dalam seringgit dua tu..okay la..untuk duit minyak dia beli and pos buku tu...

Aku pun tak baca lagi buku ni..bila nak baca entah la..banyak lagi buku kat rumah tu tak baca lagi...

Tapi lepas selak sikit-sikit..semuanya status-status Meran yang dulu...so macam recall balik la..hhahaha

Tapi kan...sejak buku ni dilancarkan..makin ramai tertanya-tanya..siapakan Amran yang sebenarnya??

Mungkinkah.......
posted from Bloggeroid

Buku Amran Fans

Assalamualaikum...

Compare to Catatan Mat Luthfi...aku cuma dapat beli buku tu lepas sebulan dilancarkan..tetapi..

Buku Amran Fans pulak..aku dapat seminggu selepas dilancarkan..thanks to Syam sebab tolong belikan untuk aku dekat PWTC sempena Pesta Buku Antarabangsa KL.





Harga cuma RM25 saja..tapi kan...semalam Meran bising kat FB and IG...sebab ada orang ambil kesempatan dengan jual buku dia...

Sebab apa?? Cuba tengok bawah ni...



Nampak tak beza dia?both buku tu memang dikeluarkan oleh Dubook..colour and black&white...tapi harga yang berbeza..



So kalau korang nak beli..tanya dulu...buku tu..colour or black and white..kalau black and white and dia jual lebih dalam seringgit dua tu..okay la..untuk duit minyak dia beli and pos buku tu...

Aku pun tak baca lagi buku ni..bila nak baca entah la..banyak lagi buku kat rumah tu tak baca lagi...

Tapi lepas selak sikit-sikit..semuanya status-status Meran yang dulu...so macam recall balik la..hhahaha

Tapi kan...sejak buku ni dilancarkan..makin ramai tertanya-tanya..siapakan Amran yang sebenarnya??

Mungkinkah.......
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...