28 Februari 2015

Nasib Anak Bongsu...

Assalamualaikum...

Well..aku anak bongsu dalam keluarga..anak last dari enam beradik..atas aku..ada 2 orang kakak dan 3 orang abang...

Well, i'm not telling you about my family background..hahaha...

Selalunya, orang akan ingat anak bongsu ni manja dan apa yang aku nak, aku akan dapat...hahaha..anggapan macam tu tak sesuai untuk aku ya...

Since aku kecik, aku tak pernah dapat apa yang aku nak kecuali time birthday or usaha aku sendiri.. ataupun..aku usahakan separuh, separuh lagi abah or mak tambah...so..aku tetap kena usaha sendiri..



As anak bongsu, sejak aku masuk degree baru aku sedaq betapa beruntungnya aku...tapi dalam masa yang sama..aku rasa bersalah pulak...

Bukan apa..dengan keadaan ekonomi abah yang...yahhh...aku ada abang and kakak aku yang sudi hulurkan bantuan untuk aku masa duit PTPTN dah habis...

Yahh..seriously aku segan nak minta kat abah dengan keadaan abah sebulan dua..thats why aku terpaksa minta kat kakak-kakak aku...kadang-kadang abang aku akan bagi jugak kalau aku pergi rumah dorang...

Tapi..ada tapinya..abang and kakak aku semua dah kahwin and dorang pun ada tanggungjawab masing-masing...and duit yang dorang bagi tu, boleh guna untuk keluarga dorang berbanding aku..

Tambah lagi, kakak and abang aku dalam masa yang sama duk tolong abah...lagi aku rasa bersalah...Tapi..aku takda pilihan..aku terpaksa..

Cuma aku berdoa satu ja..harap-harap aku dapat kerja secepat mungkin..supaya aku dapat balas jasa mak abah, kakak-kakak aku, abang-abang aku...sungguh..i cant wait to end my degree..so that aku takkan menyusahkan sesiapa...

Aku harap aku dapat grad on time..insya Allah...amin...
posted from Bloggeroid

27 Februari 2015

Malu Untuk Menegur...

Assalamualaikum...

Antara sikap orang Melayu yag terkenal adalah pemalu..betul tak? Tak dinafikan..sikap malu tu perlu ada dalam setiap orang..tak kira la Melayu ke, Cina or India...tapi..bertempat ke malu tu?

Bagi aku, kadang-kadang aku malu nak tegur orang kalau orang ada buat silap depan aku..sebab aku tak tau nak tegur macam mana.

Bukan apa..takut nanti, kalau aku tegur, dia jadi kecik hati pulak and mungkin dia rasa diri dia lekeh...tak tegur...nanti jadi lain pulak or might become worse..

So aku tak tahu nak buat macam mana..last sekali..mengumpat kat belakang tanpa mention nama...hahahha.. boleh?

Mungkin aku takda keberanian kot untuk menegur sebab aku sendiri pun tak berapa nak betul...so..takut orang yang aku nak tegur tu, downkan aku balik..hahahahha
posted from Bloggeroid

21 Februari 2015

Kelainan di Melaka dan Nilai

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku join companu trip abang aku ke Melaka dan Nilai..saja bawak orang kampung...

Well..aku tak nak cerita sangat tempat-tempat yang aku pergi, sebab biasa sangat...jadi aku akan bagitahu tentang tempat yang bagi aku menarik dan lain sikit...

Mini Malaysia & Mini Asean

Tempat pertama lawatan kami adalah di Mini Malaysia dan Mini Asean. Harga tiket adalah RM16.90..tapi disebabkan kami datang as a group, so dapat la harga RM10.00 seorang...





Tapi masa aku pergi, Mini Asean masih dalam reconstruction. So cuma ada Mini Malaysia. Mini Malaysia ni menunjukkan setiap ciri-ciri unik rumah yang mewakili setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Dan dalam setiap rumah akan ada TV untuk penerangan kepada pengunjung, dan hampir setiap rumah akan ada setiap makanan tradisional untuk dijual kepada pengunjung.











Dalam ni, pengunjung diberi kemudahan dan pengalaman lain macam naik kereta kuda, menunggang kuda dan merasa naik motor tu..apa nama entah...

Harga untuk kereta kuda RM5.00 seorang, menunggang kuda RM20.00/ride (tak silap aku la.. ) dan RM25.00/ride untuk motor tu..





So bagi yang ke Melaka, boleh lah kesini selain daripada du Bandar Hilir tu. Aku tak nak cerita pasal Bandar Hilir sebab dah biasa..hehehe..

Kilang Chocolate di Nilai, Negeri Sembilan

Okay..lepas di Melaka, biasa la bawa makcik-makcik pergi bershopping di Nilai. Lepas tu, driver bawak kami ke Kilang Chocolate, aku tak pasti di mana tapi tak jauh dari kawasan shopping di Nilai.

Lokasi kilang ni di kawasan kilang/perumahan lama...dan apa yang aku diberitahu oleh driver bas, owner dia adalah Melayu. Dan memang betul.

Ada beberapa perisa kat sini macam strawberry, durian, butterscotch, dark chocolate and ada cookies jugak

Harga pun murah. RM 7.00 sekotak dan RM20.00 untuk 3 kotak.







Rasa chocolate dia memang sedap. Dengan harga yang murah bagi aku, so memang berbaloi. Tak tipu...hehehe

Well...ini saja bagi aku kelainan di Nilai dan Melaka, mungkin ada yang dah pernah pergi dan aku je yang baru pergi...

Tapi bagi aku, paling best di Nilai la sebab aku hantu chocolate...

Okay, tu je...thanks for reading....
posted from Bloggeroid

17 Februari 2015

Countdown : Praktikal Training vs Academic Writing

Assalamualaikum...

Pejam celik pejam celik dah tinggal seminggu lebih je before aku mula praktikal training deka Perak Today, sebuah news portal or online news yang banyak cover pasal negeri Perak. Banyak cover ye, bukan news tu semua pasal negeri Perak.

Dan minggu depan, aku akan ke Shah Alam untuk propose tajuk dekat advisor untuk aku punya Academic Writing. Adoii... dah la dengar macam-macam cerita dari senior pasal advisor aku ni...rasa cuak pulak...


Ini second time aku praktikal, tapi dalam industri yang berbeza. Aku still tak dapat bayangkan lagi macam mana aku nak interview orang dan call untuk dapatkan berita.

Walaupun masa study dah buat assignment pergi interview semua, tapi bila dalam dunia sebenar, aku yakin, semuanya berbeza, so...aku kena latih diri untuk deal dengan orang-orang yang patut....hahahaa

good luck firdaus untuk practical training....

13 Februari 2015

Final Step : Internship and Academic Writing

Assalamualaikum...

Alhamdulillah..selepas beberapa minggu cuti semester..result exam pun dah keluar...ada few subject yang aku yakin lulus dan ada yang 50-50...

Dan Alhamdulillah..keputusannya macam kat bawah ni...



So..aku boleh teruskan ke langkah yang terakhir sebelum aku grad...Internship dan jugak Academic Writig (AW)

sebelum result keluar, aku cuak jugak, sebab last week ramai kawan-kawan aku dah confirm tempat intern..dan aku belum lagi.

And petang tadi..aku mesej dengan Ketua Program untuk sequence aku..dan alhamdulillah...



So..lepas jadi orang penang untuk 2 tahun setengah, orang manjung/Pangkor untuk 7 bulan, orang shah alam selama 2 tahun setengah, and now..jadi orang ipoh pulak untuk 4 bulan..

And kalau ada rezeki..mungkin lebih lagi..harap terus jadi orang ipoh la kot...insya Allah...

Sekarang ni..cuma kena proceed untuk AW ja..tajuk dah ada..cuma belum proposed lagi dekat sir..

Semoga Allah permudahkan segala urusan aku dan kawan-kawan dunia akhirat..insya Allah...amin...
posted from Bloggeroid

07 Februari 2015

RT dan FAV Paling Banyak di Twitter

Assalamualaikum...

For the first time in my life and sepanjang aku jadi Twitter user...ni adalah first time aku dapat RT and FAV paling banyak..



Sebelum ni aku rasa..dalam berapa ja..tak lebih 10 rasanya...ahahha....

Semua ni penangan MLM2014 semalam...
posted from Bloggeroid

04 Februari 2015

Duit dan Usaha

Assalamualaikum...

Kan senang dam seronok kalau duit tu tumbuh dan dipetik dari pokok...cuma semai je anak pokok duit tu dan tunggu masa untuk dipetik...



Tapi...bila duit ni senang diperoleh, manusia akan jadi lebih leka dan tidak pernah berusaha untuk memperbaiki hidupnya sendiri.

Bila kita dapat duit dengan usaha kita sendiri, setiap sen dan ringgit yang kita nak belanjakan tu akan lebih dihargai ,sebab kita tau macam mana susahnya nak dapatkan duit tu...

Jadi, sayangilah duit anda...
posted from Bloggeroid

03 Februari 2015

Saya Nak Kahwin Dengan Wanita Dari.....

Assalamualaikum...

Saya nak kahwin dengan wanita dari....

Perlis
* sebab boleh pergi Thailand selalu...

Kedah
* sebab boleh pergi Langkawi dan shopping coklat selalu...

Pulau Pinang
* sebab boleh makan nasik kandar selalu...

Perak
* sebab boleh balik kampung selalu...

Selangor
* sebab boleh mendaki Broga selalu...

Kuala Lumpur
* sebab bandarnya tak pernah 'mati'...

Negeri Sembilan
* sebab boleh makan masak lemak cili padi selalu...

Melaka
* sebab boleh makan asam pedas selalu...

Johor
* sebab boleh makan daging masak hitam, laksa Johor dan tengok tarian zapin selalu...

Terengganu
* sebab boleh makan otak-otak dan sata yang original selalu...

Kelantan
* sebab boleh makan nasi kerabu selalu...

Sarawak
* sebab boleh makan terubuk masin selalu...

Sabah
* sebab boleh bercuti di pulau-pulau yang cantik selalu...

Hahaha..ini cuma gurauan semata-mata...tak kesah jodoh aku dari negeri mana sekalipun..aku tetap terima...
posted from Bloggeroid

02 Februari 2015

Tips Menulis Karangan Dan Esei

Assalamualaikum...

well.. it just my opinion. aku nak bagi suggestion pun tak layak rasanya sebab aku pun bukan berbakat sangat dalam menulis.. cuma diberi sedikit kelebihan dari Allah untuk menulis.. well..tak nak buang masa.

Tips yang aku berikan ni mungkin berguna untuk adik-adik yang nak exam, especially SPM and STPM. some might be useful, and some maybe not.

Okay. antara tips-tips yang abang selalu guna semasa menulis artikel atau dalam exam adalah.

1. Gunakan perkataan yang simple 
Selalu bila kita menulis, kita selalu merasakan yang perkataan yang bombastik akan buatkan artikel dan karangan kita tu akan jadi hebat, macam penulis yang popular. Tapi bagi abang, anggapan itu adalah salah. Kalau kita buat untuk ucapan Perdana Menteri or YB, itu mungkin okay, tapi kalau artikel yang berbentuk umum, cukup la guna perkataan-perkataan yang mudah untuk difahami, tetap menarik dan sedap untuk membaca.

Perkataan yang bombastik ni akan jadi menyakitkan minda pembaca dan juga berisiko besar yang pembaca tidak akan faham tentang mesej yang hendak disampaikan. jadi, untuk mengelakkan itu daripada berlaku, lebih baik guna perkataan-perkataan yang simple. tapi adik-adik kena ingat, perkataan yang simple tu bukannya bahasa pasar atau bahasa sehari-harian kita.

2. Susunan ayat yang tersusun
Dah tu, bila tak guna perkataan yang bombastik, macam mana nak bagi artikel dan karangan tu nampak hebat? Okay, untuk menampakkan artikel itu hebat, adik-adik kena pandai untuk susun semula ayat-ayat yang adik nak gunakan itu supaya nampak hebat dan sedap untuk dibaca.

Elakkan guna ayat yang selalu digunakan dan yang cliche. Sebelum menulis, pastikan adik tahu apa yang adik nak tulis. kertas jawapan akan nampak buruk kalau adik terlalu banyak gunakan liquid paper ataupun potongan ayat. jadi, fikir sebelum menulis supaya ayat yang adik nak tulis lebih tersusun dan nampak cantik.

3. Susunan isi dalam karangan
Susunan isi ataupun point utama ni sangat mudah nak di re-arrangekan kalau menaip. sebab kita boleh cut & paste. dan re-arrange ni boleh dilakukan bila dah siap artikel dan karangan yang dah ditulis.

tapi kalau tulis tangan, adik kena buat contengan di tempat lain dulu tentang isi utama adik-adik. orang kata buat mind-mapping. tapi, abang tak pandai buat mind-mapping ni. abang lebih suka buat '-' ataupun '*'. lebih mudah dan tak buang masa. so dari situ, abang boleh re-arrange isi mana yang perlu dijadikan yang pertama dan lain-lain.

4. Bilangan ayat dalam perenggan
Okay, ini satu lagi. selama abang belajar dekat Universiti ni, satu yang abang perasan, dalam setiap perenggan, maximum ayat adalah sebanyak lima ayat. tak lebih dan paling minimum dalam satu perenggan adalah dua ayat.

Perenggan yang panjang akan  buatkan pembaca akan lebih suka skip membaca keseluruhan cerita dan karangan, jadi untuk elakkan itu daripada berlaku, dalam satu perenggan, cuma tulis dua ke lima ayat sahaja. tapi untuk adik-adik di peringkat sekolah, mungkin lima ayat dah cukup berbaloi.

Okay, abang rasa itu sahaja kot. kalau ada yang abang rasa abang perlu tambah, abang akan tambah okay. harap dapat membantu dan kalau ada yang tak setuju, minta maaf la, ini cuma pendapat peribadi daripada manusia yang masih belajar. 

bye...

01 Februari 2015

Aktiviti Cuti Semester...

Assalamualaikum...

Well..hampir dua minggu cuti sem..memang bosan kot...tapi baru dua minggu..aku ingat macam dah sebulan..hahahaha...

First week cuti..aku pergi bercuti dekat Pangkor macam dalam entri aku sebelum ni..

Then..balik dari bercuti tu..aku menggila mancing dekat parit yang ada dekat kampung aku..hampir tiap petang aku mancing..alhamdulillah..rezeki...







So..balance cuti masih sebulan..tunggu je la lagi sebulan...

Tu je..bye....
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...