29 Januari 2015

Berkahwin Atas Pilihan Keluarga

Assalamualaikum...

saja terfikir topik ni tadi lepas balik dengan parents aku dari Kedah siang tadi...masa dekat rumah saudara aku..mak aku tanya dekat saudara aku..ada tak sesiapa untuk mak aku masuk meminang...calonnya adalah aku sebab aku sorang ja yang single lagi dalam family aku...kononnya nak buat sekali aku dengan abang aku...

walaupun pada dasarnya aku tak setuju untuk buat dua sekali dengan abang aku..tapi sekarang ni..aku terima ja...cuma masalahnya..adalah siapa? aku still single dan malas mencari...

okay..back to the topic...berkahwin atas pilihan keluarga. apa pendapat anda? mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak setuju. setiap orang ada pendapat masing-masing, termasuk jugak aku.

bagi aku, berkahwin atas pilihan keluarga adalah satu pilihan yang baik. ya..mungkin ada yang beranggapan kahwin atas pilihan keluarga ni adalah satu tradisi kolot dan tak sesuai dipraktikkan orang zaman sekarang. mungkin ya.

tapi kita kena ingat, kadang-kadang pilihan kedua ibubapa kita adalah pilihan yang terbaik bagi kita sebabnya. mustahil ibubapa kita nak jodohkan kita dengan pasangan yang perangainya tak elok kan? sangat mustahil.

kita tengok orang dulu, berkahwin atas pilihan keluarga dan kekal sampai ke akhir hayat. orang sekarang, kahwin dengan pilihan sendiri.tapi tak ramai yang mampu kekal sampai ke akhir hayat.

memang betul jodoh, ajal, rezeki itu adalah rahsia Allah. tapi kita sebagai hambaNya kenalah merancang dan sebaik-baik perancang, bagi aku adalah kedua ibubapa kita.

naluri ibu dan ayah adalah yang paling betul dan insya Allah sentiasa betul. mungkin pada anggapan kita, ibubapa kita mengongkong kita dengan menjodohkan kita dengan pilihan mereka, tapi, rahsia Allah siapa tahu? mungkin kebahagiaan kita ada dengan jodoh pilihan ibubapa kita?

bagi aku pula, kalau betul ibubapa aku nak jodohkan aku dengan pilihan mereka, aku terima. sekurang-kurangnya mereka bahagia sebab aku dengar cakap mereka. ya lah..aku ni bukanlah anak yang baik sangat. so selagi mereka masih hidup, biarlah mereka bahagia tengok aku bahagia dengan pilihan mereka.

orang kampung aku ada dua orang yang aku tahu berkahwin atas pilihan keluarga. dan hasilnya..sudah ada dua orang anak. see?

lagi satu, bila kahwin dengan pilihan keluarga ni, mungkin orang cakap takda feel sebab tak pernah bercinta. tapi bagi aku..itu lagi seronok sebab bercinta lepas kahwin lagi sweet, tak payah fikir dosa dah sebab semua dah halal. betul tak?

satu lagi yang aku fikir, selama kita hidup ni, ibubapa kita banyak mengikut apa yang kita nak, tapi takkan dengan permintaan yang mungkin buat kali terakhir dari mereka, kita tak boleh nak ikut?

betul tak?

aku rasa itu ja kot..okay..assalamualaium...

27 Januari 2015

Rotan Anak Bakal Jadi Kesalahan Jenayah

Assalamualailum...

Semalam kecoh dalam kalangan ibubapa dan bakal ibu dan bakal bapa tentang satu statement yang dikeluarkan oleh Kementerian Pembangunan Masyarakat,Wanita dan Keluarga...



Dan ni pulak komen-komen dari pengguna sosial...aku ambil komen-komen ni dari page Ben Ashaari...





Komen aku pula..memang tak wajar..dah la di sekolah merotan tal boleh..ini di rumah pulak...last year kita kecoh pasal kes ibubapa pukul anak di Sweden atas alasan itu adalah hak ibubapa..tapi sekarang..kita cuba untuk praktikkan apa yang Sweden buat...what the...

Aku faham..mungkin kerajaan cuba untuk elakkan kes dera dalam kalangan ibubapa terhadap anak-anak..ataupun..untuk mengelak kes dera pengasuh kepada anak-anak.

Setahu aku..memukul tanpa niat untuk mendera dan memukul untuk mendidik dibenarkan di dalam Islam dan memukul itu mestilah ditempat-tempat tertentu (seperti di tapak kaki) atau ditempat yang kurang sakit..

Kalau undang-undang ni berjaya diluluskan di Parlimen...generasi muda akan datang akan menjadi lebih manja berbanding sekarang...

Dekat sekolah tak boleh dirotan, dekat rumah pun tak boleh..so..macam mana ibubapa nak ajar anak-anak untuk jadi lebih berdisiplin dan dengar cakap?

Setiap nasihat dan teguran ada langkah masing-masing..dan memukul adalah di langkah paling akhir...jadi kerajaan tak perlu risau..sebab tugas untuk mendidik anak-anak adalah untuk mengajar...ibubapa tahu apa yang terbaik untuk anak-anak mereka...

Aku pernah kena pukul dengan abah dan mak sebab menyorok masa kecil..merajuk kononnya time maghrib...memang teruk aku kena malam tu..tapi...lepas tu..aku tak buat dah..sebab aku tau..mak dan abah sayangkan aku..sebab tu aku kena pukul..aku di didik cara kasar..tapi alhamdulillah..aku jadi apa yang aku jadi sekarang..

Itu je..assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

25 Januari 2015

Realiti Seorang Blogger

Assalamualaikum...

Menjadi seorang blogger bukannya satu perkara yang mudah. Mungkin bagi sesetengah orang, menjadi blogger hanya perlu pandai menulis dan juga pandai bermain kata. Ada juga yang beranggapan, menjadi seorang blogger tidak menjamin masa hadapan. Namun, adakah andaian itu benar?

Dalam kalangan blogger sendiri, ada yang mempunyai latar belakang dan profession yang berbeza, namun, semangat untuk menulis itu tetap ada yang terus memberi semangat dalam diri mereka untuk terus menjadi seorang penulis di laman sesawang ataupun lebih dikenali sebagai blogger.

Ada juga yang membuat keputusan untuk berhenti kerja sebagai seorang kakitangan kerajaan semata-mata untuk menjadi seorang blogger sepenuh masa. Ramai beranggapan bahawa keputusan yang diambil itu akan memberi kesan kepada keluarganya sendiri.

Corak penulisan yang santai dan pandai memberi ulasan terhadap sesuatu produk adalah elemen penting untuk menjadikan seseorang itu sebagai blogger yang hebat.

Di Malaysia, ramai blogger-blogger terkenal yang mempunyai ramai pengikut di blog mereka. Sebagai contoh adalah Abang Nara, Ben Ashaari, EmasPutih, Hanis Zalikha dan ramai lagi.

Blog pula boleh dibahagikan kepada beberapa jenis blog seperti blog khusus untuk hiburan, ulasan sesuatu produk, santai, melancong, dan juga fesyen. Kepelbagaian blog ini memberi peluang kepada para pembaca untuk memilih, apakah jenis blog yang mereka gemari supaya mereka sentiasa mendapat maklumat yang terkini daripada laman sesawang.

Sebagai seorang blogger, mereka juga berpeluang untuk mengembara ke serata dunia dan adakalanya, perjalanan mereka itu ditanggung oleh pihak penganjur.

Menjadi seorang blogger boleh menjana pendapatan yang agak lumayan sekiranya blogger itu aktif untuk sentiasa memastikan blognya sentiasa dikemaskini. Namun, bagaimanakah blog-blog ini boleh menjana pendapatan kepada blogger?

Kedatangan pengikut untuk membaca blog akan membuatkan para pengiklan berminat untuk mendapatkan ruang iklan didalam blog berkenaan. Dan dari sinilah akan wujudnya satu perniagaan dimana, para blogger akan menyewakan ruang kepada para pengiklan untuk satu tempoh masa ataupun ruang iklan yang ditawarkan.

Namun, ada juga para blogger boleh mengiklan produk secara percuma dan bayaran diterima daripada jumlah klik yang menekan iklan tersebut dan jumlah bayaran akan ditentukan oleh pengiklan. Sebagai contoh, untuk satu klik bernilai RM 0.20 dan blogger boleh menyemak dilaman web pengiklan tersebut.

Selain itu, para blogger boleh menjana wang dengan mengulas tentang sesuatu produk yang diminta oleh pihak pengeluar. Di sini blogger boleh menetapkan bayaran yang perlu dibayar oleh pihak pengeluar untuk ulasan produk atau perkhid

Malah, ada sesetengah blogger mempromosikan sesuatu produk mahupun tempat secara percuma kerana perkhidmatan yang ditawarkan itu adalah terbaik tanpa mengharapkan bayaran daripada pengeluar ataupun penjual.

Namun begitu, cabaran sebagai seorang blogger tidak boleh dinafikan. Dipandang rendah sebagai pekerjaan yang tidak menjamin masa hadapan adalah sesuatu yang biasa. Namun apa bila pekerjaan untuk mempromosikan sesuatu produk dan perkhidmatan itu telah selesai dilakukan, pengiklan tidak melangsaikan bayaran seperti yang telah dijanjikan.

Selain itu, ada juga pengiklan menawarkan harga yang murah untuk blogger bagi setiap iklan yang diiklankan di laman blog dengan alasan, mengiklan di blog tidak memberi kesan mendalam terhadap pengguna dan tidak memberi kesan kepada penjualan produk mereka.

Walaupun begitu, tidak semua pengiklan mahupun pengeluar mempunyai sikap sedemikian, malah, banyak syarikat pengeluar menggunakan khidmat blogger yang mempunyai pengikut yang ramai supaya mereka percaya, dengan perkembangan teknologi pada masa kini, pengguna lebih gemar mencari maklumat melalui aplikasi di gadget-gadjet mereka.

Meskipun bergelar blogger, mereka masih mendapat layanan-layanan sepertimana layanan yang diterima oleh wartawan apabila dijemput ke majlis-majlis korporat mahupun hiburan. Hal ini adalah kerana, meskipun sekadar menulis di atas talian, mereka tetap mempunyai pembaca setia sebagaimana pembaca untuk majalah dan surat khabar.

Bagaimana wartawan media cetak, blogger juga mempunyai peluang yang sama untuk menggunakan sesuatu produk, telefon bimbit misalnya, sebelum membuat ulasan untuk diberikan kepada pengguna.

Namun begitu, ada segelintir blogger tidak akan membuat sebarang ulasan sekiranya produk itu tidak memberi kesan kepada pengguna mahupun dirinya sendiri. Meskipun ditawar pada harga yang tinggi, untuk membuat ulasan tentang sesuatu produk itu, namun jika ianya tidak memadai untuk pengguna, mereka tidak akan membuat sebarang ulasan kerana ianya akan memberi kesan kepada blog mereka pada kemudian hari.

Oleh itu, meskipun dipandang rendah oleh masyarakat, kehidupan seorang blogger tidaklah mudah seperti yang disangkakan. Meskipun pekerjaan sebagai seorang blogger ini tidaklah jelas di mata masyarakat, namun impaknya kepada masyarakat tetap ada kerana, penyampaian maklumat kepada pembaca tetap menjadi keutamaan.

‘MAT NOVEL’ BUKAN LELAKI LEMBUT !

Assalamualaikum...

Bila disebut novel, terlintas dalam kalangan masyarakat adalah, wanita. Hal ini adalah kerana, wanita itu gemar membaca dan jiwanya lembut. Maka, novel adalah pilihan untuk wanita terutamanya bagi anak gadis remaja.

Dengan lambakan novel-novel cinta di pasaran dan kedai buku, pastinya rak-rak novel cinta akan dipenuhi oleh kaum Hawa untuk memilih novel-novel yang mempunyai jalan cerita yang menarik.

Meskipun dengan kewujudan novel Fixi, iaitu novel yang bersifat bebas dan animasi, namun, novel cinta, tetap menjadi pilihan pembaca terutamanya wanita. Namun, bagaimana pula sebaliknya?

Adakah wujud pembaca novel cinta terdiri daripada kaum Adam? Adakah kaum Adam yang meminati novel cinta ini lelaki lembut? Atau adakah kaum yang terkenal sebagai sifat berani dan ganas ini sebenarnya mat jiwang?

Seperti yang sedia maklum, lambakan novel-novel cinta di pasaran adalah untuk memenuhi permintaan peminat-peminat novel tanpa mengira jantina, bangsa dan agama. Malah, ada novelis ini membuat sekuel kepada novel mereka seperti Ombak Rindu, Lagenda Budak Setan, Biar YM Berbicara, The Wedding Breaker dan sebagainya.

Dan, meskipun ramai yang beranggapan bahawa novelis cinta ini kebanyakannya adalah wanita kerana mempunyai jiwa yang lembut, namun, tanggapan itu dapat ditangkis dengan adanya novelis lelaki yang popular iaitu, Ahadiat Akashah.

Persoalan yang boleh ditimbulkan disini, adakah wujud golongan lelaki yang meminati novel cinta? Adakah mereka mempunyai taman dalam hati?

Jika di kedai buku seperti MPH dan Popular, pasti akan terlihat beberapa orang lelaki akan mengunjungi bahagian novel cinta berbanding bahagian novel Fixi mahupun majalah yang bercirikan maskulin.

Namun, golongan ini akan cuba untuk ‘mengecilkan’ diri supaya tidak dilihat oleh rakan-rakan mahupun masyarakat keliling.

Ada golongan pembeli novel lelaki ini sanggup menghabiskan masa untuk memilih novel yang benar-benar menarik untuk dibaca. Baik lelaki mahupun wanita, mereka boleh menghabiskan masa selama dua jam dengan berada di rak novel cinta untuk membaca synopsis novel sebelum membuat keputusan untuk membeli.

Pandangan masyarakat bahawa lelaki yang membaca novel cinta ini lebih kepada lelaki lembut ataupun lelaki jiwang perlulah dibuang. Sikap lelaki yang suka membaca seharusnya perlu dipuji walaupun membaca novel cinta.

Ada juga yang beranggapan bahawa ‘mat novel’ ini lebih bersifat feminine dan mungkin juga ‘mat jiwang’. Hal ini membuatkan golongan ini lebih suka memencilkan diri ataupun terpaksa mengenepikan rasa minat untuk membaca novel meskipun minat mereka terhalang.

Kutukan daripada rakan sebaya terutamanya membuatkan mereka terpaksa mengehadkan aktiviti pembacaan novel mereka ataupun mereka akan membaca novel secara rahsia bagi mengelak dikutuk oleh rakan sebaya.

Amat sukar untuk melihat golongan ‘mat novel’ ini membeli novel secara terang-terangan. Jikalau ada, pasti mereka akan ditemani oleh kaum Hawa supaya tembelang mereka membaca novel cinta tidak pecah.

Kaum Adam yang membaca novel cinta ini bukanlah lelaki lembut mahupun ‘mat jiwang’. Sebaliknya, mereka gemar membaca novel kerana minat yang membaca dari dalam diri.
Selain itu, novel yang mempunyai jalan cerita yang menarik akan menarik perhatian kepada pembaca sama ada lelaki mahupun perempuan untuk mengetahui apa cerita yang berlaku. Kadang-kala, sinopsis yang ditulis dibiarkan tergantung untuk menarik minat pembaca untuk membeli novel supaya mereka tahu apa yang sebenarnya terjadi berjaya menarik kaum Adam untuk membeli sebuah novel

Bermula dengan Lagenda Budak Setan 1, adaptasi dari novel ke layar perak juga berjaya menarik minat kaum Adam untuk membaca novel cinta. Kebanyakan yang membeli novel ini adalah untuk mengetahui perbezaan antara novel dan filem ataupun membeli sambungan novel untuk mengetahui apakah yang akan terjadi pada filem yang akan datang.

Adaptasi novel ke filem ini telah memberi pengaruh yang kuat kepada ‘mat novel’ ini untuk membeli novel dan membuatkan mereka semakin berani untuk membaca novel cinta di khalayak ramai.

Meskipun ada yang berpandangan sinis dengan ‘mat novel’ ini, mereka masih meneruskan minat mereka untuk membaca tanpa menghiraukan pandangan rakan sebaya terutamanya lelaki.

Ada juga dalam kalangan ‘mat novel’ ini tidak mempunyai sifat romantik ataupun ‘jiwang’ dalam jiwa mereka, namun, kerana minat membaca, mereka terus membaca.

Malah sebaliknya, kaum Adam yang kononnya bersifat ganas dan berlagak ‘macho’ inilah yang kadangkala di luar jangkaan, iaitu bersifat ‘jiwang’ lebih daripada ‘mat novel’.

Seharusnya, minat untuk membaca novel tidak seharusnya dipertikaikan walaupun pembacanya adalah lelaki. Sekiranya perkara ini terus diperkatakan, pastinya, trend perjualan novel akan menurun kerana si lelaki malu untuk membeli dan membaca kerana takut di ejek oleh rakan-rakan.


Novel-novel cinta bukan sahaja boleh dibaca oleh satu golongan sahaja, malah, boleh dibaca oleh semua, baik lelaki mahupun wanita, remaja atau dewasa dan sebagainya. Jadikan amalan membaca ini sebagai satu rutin walaupun sekadar membaca novel cinta. 

Selamat membaca !!

24 Januari 2015

Bercuti Di Pangkor....

Assalamualaikum...

Just a simple update i think..hahaha..maybe...okay...

Khamis lepas (22/1/2015)...kawan aku dari Medan, Indonesia datang ke Malaysia untuk bercuti...3 hari bercuti di sini..

So..22 haribulan pagi..aku,abah and mak pergi ke airport penang untuk ambil dia dan balik rumah dulu..then..kami terus ke Pangkor...yang join trip ke Pangkor ni, Afkar and Tunku...

Ni first time aku pergi bercuti dengan kawan-kawan tanpa melibatkan assignment..hahaha..seronok pulak rasa..tenang, relax and cool...

Owh..aku kenal kawan aku dari Medan ni, Yusuf, masa aku pergi Djogja last year..dia jadi tour leader kamk dekat sana...so...kami keep in touch di facebook...ni kiranya kali kedua kami jumpa...







Selama 7 bulan aku jadi orang Lumut and Pangkor..ini first time aku jejak kaki di Kota Belanda..hahahah...

Di pangkor..kami tak buat apa pun..cuma mandi laut,snorkerling, and bergambar..tu je...

















Kami cuma stay 1 malam ja di Pangkor..dapat la aku lepas rindu dekat Pangkor..hahaha...dekat 2 tahun aku rasa aku tak jejakkan kaki dekat Pangkor...lepas rindu...

Thanks ya bro kerna sudi ke rumah aku..nanti ada rezeki kita berjumpa di Medan bulan 5 nanti...



Insya Allah..bulan september nanti..rancangan kita akan berjalan seperti direncanakan...
posted from Bloggeroid

20 Januari 2015

Perasaan Aku Mati Untuk Degree...

Assalamualaikum...

bila dah sampai rumah ni..aku rasa macam malas pulak nak update blog..tapi kalau kat Shah Alam..ada ja idea untuk aku update blog...hahahah..bajet macam blog aku ni famous...sedangkan takda siapa pun yang baca..yang silent readers tu..thank you..

okay...last week secara rasminya aku dah berjaya habiskan semester 5 untuk degree aku...selalunya bila habis semester lima..apa yang aku bayangkan adalah konvokesyen walaupun ada satu semester lagi untuk academic writing and practical training..hahaha...

tapi..itu bukan isu...isunya adalah..aku tak rasa apa bila habis degree ni..i dont know why..bukan tak seronok nak habis degree..tapi bila last day exam tu..aku tak rasa sedih ke apa ke berbanding dengan waktu diploma...

nak kata waktu..both for my diploma and degree aku belajar 2 tahun setengah before practical..tapi, kenapa untuk degree..aku tak rasa sedih langsung nak berpisah dengan kawan-kawan??

time diploma dulu aku tak macam ni...aku sedih nak berpisah dengan kawan-kawan..tapi degree ni..perasaan tu hilang...memang sikit pun tak ada..okay tipu...hahaha...aku rasa sedih sikit la bila nak berpisah dengan geng budak laki kelas aku sebab kami dekat hujung-hujung semester tu banyak keluar bersama...

Shofi, Bong, Tunku, Aku and Afkar...

so..i dont know why..dengan kawan-kawan yang lain ni..feelingless..tak sedih langsung..sometimes aku rasa macam lega gila..

sedangkan..both members for my diploma and degree teach me something...they teach me the attitude of peoples that i cant find during my secondary school and diploma..

aku pelik..maybe terpaksa layan perangai kebudak-budakan few peoples around me for all this 2 and a half years?who knows right?

apa pun...aku tetap hargai apa yang aku dan classmate aku lalui selama 2 tahun setengah ni..banyak pahit manis yang jadi...baik yang lelaki, baik yang perempuan...well..


untuk degree, unofficially, aku tak rasa terbaik..sebab yang terbaik adalah kenangan di sekolah dan juga diploma..sorry to my classmate if you read this...i'm just be honest..

too much drama makes me feel so tired and bored..so sorry...maybe sebab masa diploma, aku cuma hadapi benda ni sekali je.. but for degree...dah banyak kali..so..i'm just tired with drama...

thats all..thanks for the cooperation that you gave me...thanks a lot...

17 Januari 2015

Jom...cuti semester dah mula...

Assalamualaikum..

Well..aku tengah tunggu member datang ambil aku sebelum balik kampung....

Tak banyak pun barang-barang aku...



Semua barang-barang study ja..baju kemeja,seluar slack abang aku dah ambik malam tadi...so...sebab memang tak guna dah kat rumah...

Dalam travel bag tu ada pakaian aku untuk hari-hari...dalam luggage penuh buku..Mastika and lain-lain buku lagi...

Well...semoga selamat sampai ke Alor Pongsu..insya Allah..
posted from Bloggeroid

16 Januari 2015

Malam-Malam Terakhir di UiTM Shah Alam...

Assalamualaikum...

Kerja gila malam ni buat..hahahaha...well..lepas dinner...kami berlima (aku,bong,tunku,afkar n shofi) taktau nak buat apa..then lepak kat Laman Seni Seksyen 7 kejap..then boring...

Lepas tu..afkar kot..ajak naik tingkat 20 menara engineering...kami pun naik la...

Pukul 10 lebih rasanya...then...lepas ambil gambar...tunku,afkar n shofi main jerit-jerit dari atas...

Memang bergema..aku rasa area DC, Melati and Mawar dengar..then..shofi perasan polis bantuan dekat Melati tengok kat tempat kami stay...and then nampak polis bantuan tu naik moto ke menara engineering...

Apa lagi..kelam kabut kami turun...then..kami turun tangga sampai level berapa entah...baru naik lif...

Naik lif tu pun..tak turun sampai ground floor..kamu turun sampai tingkat 5..then turun tangga...hahahaha ..

Cuak weh..tak tahu la apa kesan kalau kami kena tangkap...tatatertib maybe??

Tapi view atas ni memang cantik...









Cuak weh..tak pernah rasa macam ni...hahaha..nervous..tapi seronok..rasa macam main polis sentri one two jaga ja..hahaha...moment gila dengan bebudak laki kelas aku...yes...will never forget this...



Okay..tu je..assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

15 Januari 2015

Berakhirnya Semester 5 Kewartawanan UiTM

Assalamualaikum...

14 Jan 2015..officially berakhirnya semester 5 aku dekat fakulti MassComm UiTM...well..semester yang tough bagi aku...sangat mencabar..dengan subjek, member-member, MPMP and many more...

Well..untuk meraikan berakhirnya semester 5 dan final year degree aku...kami geng budak laki biat #BoysDayOut ...its nothing actually..kami cuma.keluar enjoy and lepak-lepak...aku, bong, shofi, tunku and afkar..

Lepas je final paper untuk business reporting..lepas ambil gambar-gambar...kami balik bilik then lepas maghrib..baru mula acara kami...





Okay..lokasi kami yang pertama...Aman Seafood and Steamboat dekat Klang...ada dalam food review...







Then lepas makan and sembang-sembang sikit.kami ke AEON Bukit Raja untik tengok wayang..damn..lama kot tak tengok wayang..last tengok wayang cerita Big Hero 6...kami tengok cerita Taken 3..





Habes je tengok wayang..kami gerak balik..tapi sebelum tu..minum-minum dulu dekat Hakim...mengopi dulu..





Okay..then baru balik..eh..tak balik lagi..kami pusing kat Dataran Shah Alam..lepak tengok mat rempit dulu...hahahaha..selfie-selfie dulu...










Okay..then baru balik...ye ke..ehh..okay..balik terus..pukul 3.30 baru sampai bilik...well..it was a great night...

Thanks for the good memory before we end our semester..good luck for our practical training guys...kita buddies..takkan terpisah....
posted from Bloggeroid

Food Review : Aman Seafood and Steamboat, Klang

Assalamualaikum...

Okay..make it short..untuk meraikan habisnya semester lima dan final exam...kami, budak laki kelas B, aku, afkar, tunku, bong and shofi pergi makan besar dekat Klang..tempat ni Tunku yang suggest..katanya sedap and banyak...

Kami ke Klang...lokasi kedai...

"Dari AEON Bukit Raja, terus menghala ke Klang sampai jumpa tol RM 0.60..terus je lagi sampai jumpa traffic light, then ambil kiri..dari kiri tu terus dalam dua kilometer..akan jumpa masjid sebelah kiri..kedai tu sebelah kanan..."

Ok...kami pilih steamboat untuk meraikan..well..kat sini ditawarkan 3 set of steamboat dengan harga yang berbeza...pakej macam gambar bawah ni...



So..kami pilih set C...dengan pilih tomyam sebagai kuah...











So..apa yang aku suka..nasi goreng yang datang dengan set steamboat ni memang sedap..simple tapi sedap..perapan untuk daging and ayam untuk grill pun sedap...Tomyam yang dia bagi sedap..cuma kurang masam dan pedas,

Bahan yang diberikan pun banyak...cuma nasi goreng tu, sikit sampai kami minta nasi tambah...

Cuma..servis kat situ lambat walaupun untuk hantar air...kami tunggu almost 20 minit untuk air walaupun tak ramai orang...

So...as conclusion...makan dekat situ berbaloi..cuma spoil disebabkan servis yang lambat..aku bagi 3/5 bintang...











Terima kasih. .
posted from Bloggeroid

11 Januari 2015

Misi Bantuan Banjir Sekretariat Mahasiswa Darul Ridzuan (SEDARI)

🏡 Misi Keperluan Pasca Banjir.

Assalamualaikum.

Kami sedang mengumpulkan dana kewangan utk bantuan tilam & bantal kpd mangsa banjir di Negeri Perak, Pahang , Kelantan dan Tganu.

✅ 1set (bantal & tilam) : rm150.
*Harga asal : rm180.

✅Sumbangan 2set (rm300) utk setiap keluarga mangsa banjir dialu2kan utk sumbangan.

🔸Kami sendiri akan mghntar set tilam ini dan salurkan sumbangan anda terus kpd mereka yg memerlukan.

🔸Kpd yg sudi menyumbang bolehlah salurkan ke " Tabung Misi Bantuan Mangsa Banjir "
Sekretariat Mahasiswa Darul Ridzuan (SEDARI).

Maybank : 1660-1025-6566
Nama : Ezatul Farita Rohawi
🔸Utk maklumat lanjut, whatsapp ke talian 013-380 5749 Cik Ezatul , Sekretariat Misi Bantuan Banjir SEDARI.

Sesungguhnya mereka adalah saudara sebangsa dan seagama kita..ayuh hulurkan bantuan seikhlas jiwa. Semoga allah permudahkan urusan kita semua.

*disebabkan kelab kami tidak mempunyai account bank rasmi,maka kami gunakan account mantan YDP SEDARI..jasa baik anda kami hargai...terima kasih...
posted from Bloggeroid

Muslimah Dipeluk Di Atas Pentas oleh Artis K-Pop

Assalamualaikum...

Just a simple update i think...hari ni kecoh di laman sosial dengan gambar dan video beberapa orang Muslimah yang lengkap bertudung dipeluk oleh satu kumpulan K-Pop dekat atas stage.

Aku tak pasti dekat mana..ada yang cakap di KL, ada yang cakap di Brunei and ada yang cakap di Indonesia.

Well..itu tak penting..yang menjadi isu adalah perempuan tu sendiri..aku pun bukan pandai sangat dalam bab-bab agama ni..cukup untuk diri aku..

Muslimah ni tak rasa malu ke dipeluk oleh orang yang bukan mahram dia atas pentas depan orang ramai? Ya..kau fanatik K-Pop..tapi takkan fanatik sampai sanggup ketepikan maruah kau sebagai seorang perempuan Islam dan Islam tu sendiri...









Bila jadi macam ni..anggapan aku dekat kau..kau ni murah sebenarnya...nanti nak kahwin..jangan letak hantaran tinggi-tinggi sebab maruah dan diri kau ni murah..

Aku pun minat jugak Korea..tapi more pada variety show Running Man dan jugak drama-drama Korea...tapi takda la sampai nak fanatik macam tu sekali..

Cukup-cukup la Islam dan Melayu (kalau isu ni di Malaysia) dipandang rendah oleh masyarakat luar..dengan kau buat macam ni, lagi orang pandang hina dekat Islam dan Muslimah Islam itu sendiri...

Aku pelik..masa dipeluk tu..tak terlintas dalan fikiran ke yang kau buat tu satu dosa? Tak terfikir ke pasal perasaan parents kau kalau mereka tengok gambar ni?

Kau dah cantik dan manis bertudung..tapi sayang..perangai kau tak secantik dan semanis kau yang bertudung...

And just now..bila aku tengah khusyuk scroll Twitter..aku ternampak ni..apa kau nak cakap?



Aku nak cakap satu je.. BODOH..

Okay..Assalamualaikum...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...