15 Disember 2015

Luahan Hati Seorang Wartawan



CATATAN MARHAEN
Saya paling takut kalau orang tanya best tak jadi wartawan. Kerana seperti mana karier yang lain, setiap kerjaya yang kita ceburi pasti ada hitam dan putihnya. Lebih saya takut bila orang anggap karier wartawan satu tugas yang glamour. Kononnya ramai VVIP kenal kita so boleh dapat projek. Ramai artis kenal kita so dapat masuk konsert free. Ramai pegawai polis kenal kita so dapat diskaun saman etc.
Dan paling mengerikan bila ada orang ingat wartawan ni besar gajinya, wartawan ini banyak 'kabelnya', wartawan ini selalu dilayan bagaikan raja. Hakikatnya hanya mereka yang bergelar wartawan saja tahu realiti dan susah senang bergelar orang media. Begitu juga jurufoto dan jurukamera.
Bila masuk arena ini, belajarlah menerima hakikat bekerja siang malam dengan pulangan tak seberapa. Belajarlah dipuji, dihina dan dikerah macam si askar Gurkha. Belajarlah menebalkan muka walau tak disuntik botox segala. Belajarlah untuk tersenyum walau didada kepahitan melanda.
Wartawan itu pencatat sejarah. Datangnya dijemput, perginya tak siapa peduli. Suka dan dukanya tak siapa mengerti. Namun kerana dia seorang wartawan, dia tak layak menagih simpati. Baik di kala hidup, mahupun di saat penanya terhenti...
-Dari Facebook Shahril Abdul Kadir
Pendapat aku

Ramai orang ingat kerja sebagai wartawan ni mudah. Rapat dengan YB dan VVIP, rapat dengan artis dan sebagainya...tetapi mereka tak tahu betapa risikonya kami. Risiko diancam bunuh dan ugut jika 'cover' kes di mahkamah, risiko disaman jika salah melaporkan, risiko kemalangan jika melibatkan perjalanan yang jauh. 
Mereka tak tahu kerja sebagai wartawan ni penat fizikal dan mental. Banyak kekangan dan cabaran yang perlu dihadapi. Masa dengan keluarga tidak menentu. Masa bekerja yang tidak tetap. Kadang-kadang tengah malam pun terpaksa bekerja. Rancang percutian pun kadang-kadang terpaksa dibatalkan disaat akhir diatas tuntutan kerja.
Syukur jika anda dapat pasangan dan keluarga yang memahami. Kerja sebagai wartawan atau dalam industri media ini sangat banyak cabarannya. Hati kena kental.

1 ulasan:

Kak Sue berkata...

Bertabah la nak.. #ehhh

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...