31 Disember 2015

Keburukan Kita Yang Orang Nampak

Buatlah kebaikan sebanyak mana sekalipun, tapi sekali kalau kita buat 'taik', itulah yang dicanang orang selama-lamanya...perkara ini realiti, bukannya aku reka...aku rasa korang pun dah alami perkara ni dalam hidup korang...

Walaupun setiap hari kita buat kebaikan, tapi disebabkan oleh satu keburukan atau kesilapan yang kita buat, walaupun kecil, itulah yang akan terus orang sebutkan...hilang habis kebaikan yang kita buat selama ni...

Nak tengok kebaikan yang kita buat selama ni disebut semula?? Tunggu bila kita dah 'pergi' dari muka bumi ni buat selama-lamanya...masa tu, baru kebaikan kita akan disebut...selagi kita masih hidup, keburukan kita yang akan dicanang habis-habisan...

Tak dinafikan, ada orang yang lebih suka 'bawa mulut' tentang kebaikan kita, tapi berapa ramai? Yang bawa tentang keburukan kita tu lebih ramai berbanding yang bawa cerita tentang kebaikan kita...

Kita bukan minta dipuji atau disanjung..tetapi sebelum kita bawa cerita tentang satu keburukan orang tu, cuba kita fikir kebaikan yang dia buat...itu lagi penting...kebaikan seseorang tu sebenarnya lagi banyak berbanding keburukan seseorang tu...

Sejahat mana pun dia, pasti ada sisi baik dia yang kita sendiri tak tahu..

2 ulasan:

Fyda Noh berkata...

Betul tu.. tambah2 kalau kerja yang terlibat dengan ramai orang. Terima saja dengan hati terbuka. Nak puaskan hati semua orang memang tak dapat la..

YieN berkata...

Betul.. Betul :)

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...