10 Disember 2015

Berkorban untuk masa depan


Sejak aku habis belajar, baru dua kali aku pergi interview di dua buah syarikat media...semuanya di Kuala Lumpur...kalau diikutkan, setiap kali aku dapat interview tu, semuanya diwaktu yang tak kena...

1) hujung bulan, hari yang paling perlu buat penjimatan.
2) hari paling sibuk dan memenatkan.

Yang terbaru selepas beberapa hari kenduri abang aku..mulanya nak ambil cuti banyak hari selepas kenduri, tapi disebabkan ada interview, aku pendekkan cuti aku...

Dan semua yang aku pergi tu, aku balik hari. Aku pergi pagi, dan balik petang atau malam. Sebab apa?sebab minat aku dalam bidang media...walaupun belum tentu lagi dapat (macam interview pertama, memang tak dapat), dan yang kedua, aku masih tunggu keputusan, tetapi aku terpaksa korbankan masa, cuti, duit dan tenaga aku untuk masa depan. Mungkin ada yang fikir...



'Ala...kau pergi jauh-jauh, buang masa atas bas ja..duit tambang lagi...kerja belum tentu dapat...'

Well..itu yang orang panggil pengorbanan...kalau kita sendiri tak berkorban untuk masa depan kita, siapa lagi nak berkorban? Keluarga dan kawan-kawan cuma boleh 'korbankan' air liur ja untuk bagi nasihat dan sokongan, yang lain, kita sendiri yang kena berkorban.

Bagi aku, tak perlu kita terlalu berkira untuk berkorban sekiranya ini untuk masa depan kita sendiri. Mungkin pengorbanan yang kita buat pada hari ni, Allah SWT akan balas balik dengan sesuatu yang setimpal dengan pengorbanan yang kita lakukan.

Biarlah habiskan duit, masa dan tenaga untuk sesuatu yang, siapa tahu, rezeki kita dah sampai. Mungkin pada mulanya kita rasa tertekan sebab duit banyak habis, tenaga banyak dikeluarkan, masa banyak terbuang, tapi bila kita dah dapat, kita rasa semua tu berbaloi...

Kalau tak ada rezeki pada kali pertama, cuba lagi, jangan berhenti mencuba...sebab setiap percubaan tu, ada manfaatnya sendiri.

Macam aku sendiri, pertama kali interview aku tak bawa apa-apa..cuma bawa resume dan sijil-sijil aku, sedangkan aku kena bawa portfolio atau berita-berita yang aku tulis...tapi yang kedua, aku jadikan pengalaman aku ditemuduga pertama untuk dijadikan panduan. Aku bawa portfolio aku...itu dah jadi pengalaman sendiri dan kita tahu mana kekurangan kita..

Jadi, jangan takut atau merasa rugi untuk berkorban..sebab setiap pengorbanan tu, ada hikmahnya yang tersendiri..insya Allah..ada balasannya nanti...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...