01 Disember 2015

Aku kalau dah berhenti, susah nak mula balik...

Selalu kalau orang lain, bila dah mula, susah untuk berhenti...contoh kalau orang yang hisap rokok, bila dah mula hisap, nak berhenti cukup susah...sama macam baca novel...tengah sedap baca, kau nak berhenti sayang, sebab babak tengah seronok, tak berhenti, kerja lain tak menjadi...macam mana tu??

Tapi aku??dah dekat seminggu blog tak berupdate...terhenti sekejap bila sibuk dengan kenduri hari tu dan penat tak habis...bila penat, nak buat apa pun malas...hahaha..jadi terhenti la penulisan aku dalam blog...

Masalahnya, bila dah terhenti, nak mula balik tu jadi susah...nak cari mood yang betul-betul bagus punya, baru boleh...sekali dah update tu, baru ada mood untuk update yang seterusnya...

Walaupun aku ada stock entry, tapi nak publish itu pun, dah malas...macam mana nak jadi blogger yang berjaya ni??haishhh...kena paksa diri ni kalau nak berjaya....go go firdaus...chaiyokkk....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...