25 November 2015

Tulisan ini semakin 'hilang'...

Berapa ramai diantara kita yang boleh membaca tulisan Jawi? Aku sendiri pun, sekarang ni merangkak untuk baca tulisan Jawi...kalau masa sekolah dulu, nak kata pakar sangat pun takda la..cuma bila baca, lancar jugak...

Cuma sekarang ni, aku tak nampak dah tulisan Jawi ni dekat mana-mana...dalam Mastika, masih ada ruangan untuk tulisan Jawi, tapi aku selalu skip untuk bahagian tu...

Bila aku terbaca satu gambar tulisan Jawi yang kawan aku hantar dekat Whatsapp...aku tergagap nak baca...pelan-pelan aku baca...dan akhirnya dapat juga...



Maksudnya...

"Dahulu, akulah yang dipuja dan disanjung tinggi. Kini aku tersisih sepi tiada dipeduli. Ada dan tiada sama sahaja bagi pendapat majoriti. Aku adalah tulisan yang sudah tiada nilainya lagi. Hanya menunggu untuk mati dibunuh oleh bangsaku sendiri."

Dulu, kalau tak silap aku dalam Utusan Malaysia atau Berita Harian, ada satu kartun ni gunakan bahasa Jawi...sekarang aku tak pasti...

Bagi aku, dalam kita menuju ke arah negara maju, jangan kita terus biarkan bahasa Jawi ni terus hilang..dah la Bahasa Melayu pun makin lama makin rosak disebabkan 'modenisasi' anak-anak muda yang baru nak naik, takkan kita nak biarkan bahasa Jawi ni terus hilang...

Fikir-fikirkan...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Sue Izza berkata...

dulu zaman sekolah memang terer baca dan tulis sekaang nak tulis memang hancus nak baca dah merangkak huwaaaaa

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...