09 November 2015

'Kalau tak mampu, buat cara tak mampu...'

Orang selalu cakap, kalau tak mampu, buat cara tak mampu, jangan berlagak sangat...takut nanti menyesal dikemudian hari...

Bagi aku, aku setuju 50% dengan kenyataan tu...sebab apa?kadang-kadang, orang kita ni disebabkan nak berlagak dengan masyarakat sekelilingnya, dia sanggup buat apa saja, asalkan orang sanjung dia...

Contohnya, jiran sebelah beli kereta baru, dia pun sibuk nak beli kereta baru sedangkan dia tak ada duit dan terpaksa berhutang...tak ke naya macam tu? Kita kena ukur baju di badan sendiri...

Jangan la kita nak buat baju untuk diri senders tapi ukur kat badan orang lain...

Dan baki 50% lagi tu, aku rasa, kita patut berkongsi apa yang kita ada dengan orang lain walaupun sekeping roti...ingat!!!asalkan kita ikhlas dalam memberi, insyaAllah, rezeki yang sedikit itu pun dah cukup memadai dan akan dilipatgandakan...

Dalam kita nak memberi tu, tengok pada kemampuan kita...kalau kita rasa selepas kita berkongsi dan memberi tu, cukup untuk kita, teruskan...kalau rasa tak cukup, tapi tetap nak memberi, cukuplah sekadar memberi yang termampu, asalkam ikhlas...

Jadi, anda yang mana satu?
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...