24 November 2015

Selesai majlis kenduri Achik dan Kak Awa

Alhamdulillah....syukur pada Allah selesai sudah majlis walimatulurus Achik dan Kak Awa pada Ahad lepas...semua berjalan dengan lancar walaupun hujan lebat dalam jam 2.30 petang tu...

Makanan cukup, orang ramai datang, majlis berjalan dengan lancar...semua sempurna...terima kasih pada semua yang sudi membantu sepanjang majlis berlangsung terutama mentara atau penanggah yang bertungkus lumus sebelum, semasa dan selepas kenduri...gotong royong, semua terlibat...










Dan macam biasa...aku selalu dapat soalan-soalan cepumas daripada semua yang datang...tambah lagi bila mak atau abah cakap, tinggal aku sorang ja yang belum kahwin...grrr....aku cuma jawab

"Tunggu la 5-6 tahun lagi..."
"Tunggu mak abah cari..."
"Tengah cari calon..."

Hahahaha..insya Allah, sampai masa aku jugak akan naik ke jinjang pelamin...tapi dengan siapa??hahahaha...tunggu...


posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...