10 November 2015

Pra Kenduri: Mesyuarat Kenduri

Aku tak tahu la kalau negeri-negeri lain ada jugak buat mesyuarat untuk kenduri kahwin ni...tapi kalau dekat kampung aku, memang ada mesyuarat untuk kenduri ni...mesyuarat kenduri ni selalunya tuan rumah buat dalam 10 hari sebelum kenduri...

Tak kira sama ada gotong-royong memasak atau katering,selalunya kat kampung aku, memang tuan rumah akan buat mesyuarat...takda mesyuarat sangat pun sebenarnya, lebih kepada buat doa selamat sikit dan sedikit tahlil.

Masa mesyuarat ni la, tuan rumah akan bincang dengan ketua mentara dan ketua tukang masak untuk lauk apa yang nak dimasak, tempat masak dekat mana dan sebagainya...



Alhamdulillah...malam ni mesyuarat kenduri untuk kenduri Achik pada 22 November ni dah berjalan lancar..aku takda dalam mesyuarat kenduri sebab dah balik Ipoh...huhuhu...



Malam ni terus buat sekali dengan tahlil untuk arwah tok aku....dah dekat 2 bulan dah...Al Fatihah untuk arwah tok sebelah abah dan sebelah mak...

Pejam celik pejam celik..tak lama dah nak kenduri....berapa hari ja lagi...ceih...macam aku je yang nak bersanding...hahahaha..sedangkan abang aku...aku?aku tukang makan je...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...