15 November 2015

Laksa Pokok Besar, Ipoh

Selain Pulau Pinang dan Shah Alam, aku terpaksa akui yang Ipoh ni pun syurga makanan...banyak kedai makan yang sedap..bukan setakat kaya dengan kafe-kafe hipster dekat Ipoh, tapi kedai tepi jalan pun banyak yang sedap...

Contohnya macam laksa...yang aku tahu, ada tiga tempat di Ipoh ni yang terkenal dengan laksa...Laksa Sarang dekat Taman Botani, laksa di Padang Polo dan terbaru, Laksa Pokok Besar...

Tadi balik kerja, disebabkan agak lapar, aku cuba pergi makan dekat Laksa Pokok Besar...lokasi? Jalan pintas dari Tambun ke Ampang, Ipoh..bukan Ampang kat KL ye...gerai dia terletak tepi jalan ja...selepas simpang untuk ke kafe Mat Periuk Tambun...

Dari pemerhatian aku, yang ada kat gerai ni cuma laksa...ok..jom cuba...





Laksa banyak, kuah mantap..masin pedas semua cukup rasa...yang menarik bagi aku, telur ayam dia sebijik...bukan separuh atau suku macam kedai-kedai yang lain..

Kalau tak sedap, takkan licin la aku makan laksa kat kedai ni...



Sedap ooo...lepas ni boleh pergi lagi sebab dekat dengan rumah sewa...nyum-nyum...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...