17 November 2015

Enam Negara yang aku ingin lawati...

Buat masa ni, aku cuma pernah pergi ke dua negara ja, Indonesia dan juga Vietnam...negara lain?belum pernah jejakkan lagi kaki ke sana...

Aku ada beberapa negara yang aku teringin sangat nak pergi...mungkin kebanyakkan negara yang aku teringin nak pergi, sama macam korang semua...tapi mungkin jugak ada yang korang tak terfikir nak pergi...

1. Mekah dan Madinah





Siapa yang tak teringin nak pergi ke dua tempat ni?semua orang Islam aku rasa ada impian untuk ke sana...sejahat mana pun dia, mesti ada terdetik dekat hati dia untuk jejakkan kaki ke tanah suci...insya Allah...satu masa nanti aku akan ke sana jugak...

2. Australia



Aku tak tahu kenapa, dari dulu aku teringin nak ke sini...mungkin ini satu-satunya negara 'orang putih' yang paling dekat dengan Malaysia...lagi pun, aku teringin nak tengok koala dan kanggaroo...teringin nak ke Gold Coast dan ke Perth...aku tak tahu apa yang ada dekat sana, tapi dua nama tempat tu, menarik...aku pernah isi satu website ni untuk sambung belajar dekat sana, tapi sampai ke sudah tak ada panggilan apa-apa.hahaha..mungkin English aku tak cukup power atau aku yang tak isi habis...

3. India



Sebagai peminat filem Hindustan yang tak berapa tegar, India memang aku teringin nak pergi, tambah-tambah lagi di kawasan Taj Mahal...aku nak pergi India sebab nak tengok budaya asli India sendiri, terutama dari segi tarian...menarik tu...selain tarian Melayu, aku suka tarian India...

4. Bhutan



Mungkin ada yang tahu atau tak tahu tentang negara ni...aku tahu tentang Bhutan selepas baca Mastika beberapa tahun lepas...apa yang aku baca, negara ni agak terkebelakang dan masih mengekalkan budaya yang kuat...pemandangan memang sangat cantik...kalau tak silap aku, Lagenda Budak Setan 2 ada berlakon dekat sini..katanya, kalau nak ke sini, kena ke India dulu, baru boleh ke sini...dan apa yang aku baca jugak, masyarakat Bhutan masih memakai pakaian tradisional dan tak ada kenderaan moden...guna kereta kuda...

5. Korea



Korea tak pernah ada dalam senarai negara yang aku nak pergi sebelum ni..tapi...lepas aku dah mula tengok drama Korea dan Running Man, aku dah jatuh hati, terutama makanan-makanan Korea...aku tahu tak halal..tapi mungkin ada restoran makanan Korea yang halal..mana tahu kan??hehehehe....

6. New Zealand



Aku nak pergi sebab pemandangan je...itu sahaja..tak ada sebab lain..hehehehe...tapi kalau tak dapat ke sini pun, dapat pergi ke Kundasang pun jadi la...acah-acah ke New Zealand...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

iffah hussin berkata...


Moga tercapai cita-cita, InsyaAllah, Aamiin..

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...