01 November 2015

Best Western Marina Hotel, Lumut

Selepas hampir 4 hari aku 'cover' event dan berita di area Perak utara selepas balik dari Kembara Jakarta-Bandung, hari khamis aku dah gerak ke Ipoh sebab jumaat tu aku kena kerja luar lagi...

Aku ada event di Manjung iaitu perasmian Vale Eco Centre di Teluk Batik..okay..bukan tu aku nak cerita...disebabkan media kena pergi sehari awal, kami disediakan pengangkutan dan penginapan dekat Marina Island, Lumut.

Sumber: Mr Google

Mulanya aku ingat cuma hotel biasa, rupanya...ambik kau..besar gila..hotel ni ala-ala apartment...ada dua bilik dan boleh muatkan 4 orang...aku rasa lebih lagi kalau bawak toto ke sini...

Masuk je dalam bilik...wowwww...jalan sikit dalam 10 meter terus ada katil...single bed dua...



Ruang tamu dia luas..ada TV, sinki, mini fridge, dan meja kopi...dan ada satu bilik kelamin...





Kiranya bilik dia selesa gila...luas lagi..lepas tu aku bukak pintu balcony...nak tengok view menarik tak dekat hotel aku ni..bukak-bukak..terus tergamam..cantik kot view dia..menghadap laut dengan bukit...disebabkan jadual petang tu batal sebab hujan, jadi lepak-lepak dan rehat dalam bilik, sorang-sorang...hahahaha...





Bawah bilik aku je swimming pool tu..kiranya kalau aku terjun dari tingkat tiga tu, terus masuk swimming pool..cuma aku tak buat sebab takut bila aku terjun, air kolam tu kering terus atau jadi mini tsunami...hahahaha...joking...

Lepas makan malam dan night trail di Vale Eco Centre, terus balik ke bilik dan rehat sebab esoknya aku nak bangun awal untuk ambil gambar matahari terbit...

Tak sia-sia aku bangun awal..pemandangan cantik gila...





Tenang ja rasa...aku rasa kalau aku beli apartment ni, memang hilang stress tengok pemandangan macam ni...nak honeymoon pun okay kalau kat sini..ehhh...

Cuma satu yang aku rasa kurang dekat sini, tak ada plug untuk cas telefon bimbit berhampiran dengan katil...yang aku perasan ada dekat TV dan sinki...itu ja..yang lain aku suka, terutama bab pemandangan tu....
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...