01 November 2015

Aku nak jadi Ahli Politik



Disebabkan aku tengok suasana politik dekat Malaysia ni yang makin lama makin agak kucar-kacir, aku terfikir untuk jadi ahli politik dalam masa terdekat...bukan apa, senang untuk aku betulkan apa yang aku rasa salah dan apa yang aku rasa betul sama ada di pihak kerajaan atau pembangkang.

Bukan apa, bila aku tengok keadaan politik sekarang ni, aku jadi takut akan masa depan anak cucu aku nanti. Lagi satu, mungkin disebabkan aku ni suka pasal politik negara, jadi ada la sikit impian aku untuk jadi ahli politik yang disegani ramai...

Tapi aku tak nak la jadi ahli politik yang selalu keluarkan statement-statement yang 'kurang pandai' atau statement yang sekadar untuk 'lepaskan' diri sendiri ja..aku nak jadi ahli politik yang bercakap perkara yang betul...

Dengan suasana politik sekarang ni, semua saling menuding jari ke orang lain...well..itu perkara biasa dalam dunia politik...walaupun aku baru beberapa bulan jadi wartawan, aku dapat tengok beberapa ahli politik kerajaan mahupun pembangkang yang cuba 'play-safe' demi jawatan masing-masing...



Ada jugak yang betul-betul jaga rakyat di kawasan yang dia wakili...aku tak nafikan..tapi disebabkan ada perasaam takut dengan kuasa yang lagi tinggi, dorang sekadar bagi jawapan yang 'cukup-cukup makan'..

Bagi aku, mungkin jawapan itu untuk selamatkan diri dorang sendiri dan bila dorang ada di jawatan yang lagi tinggi, dorang boleh betulkan balik atau buat perkara yang sepatutnya..jadi buat masa sekarang, lebih baik dorang ikut apa yang dorang rasa perlu dan bila tiba masanya, baru dorang bangkit..

Kalau aku jadi ahli politik, aku akan cuba untuk bercakap benar untuk kebaikan rakyat...aku tak nak ketepikan hak rakyat untuk tahu perkara sebenar...

Tapi aku takut kalau aku sendiri tak mampu nak buat semua tu...jadi, lebih baik aku jadi wartawan ja, kerja makan gaji, tak payah banyak fikir...hahahahaha...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...