03 Oktober 2015

Yong Tou Foo Bomba, Taiping

Selepas bekejar dari Batu Kurau ke Taiping dan selesai 'mengetuk' story...maka aku dan senior mula plan untuk lepak-lepak sambil bergosip...macam-macam nak pergi...lepak tepi Lake Garden,Yong Tou Foo, Mee Udang...dan akhirnya....



Yong Tou Foo belakang Balai Bomba Taiping...untuk maklumanf, yong tou foo kat sinj sangat terkenal...bukan orang Taiping ja, tapi orang luar Perak pun tau tempat ni...

Kat sini sebenarnya adalah Pusat Penjaja...ada 20 gerai...berselang seli gerai makanan dan gerai minuman... untuk yang jual Yong Tou Foo pulak, ada dalam 9 gerai kalau aku tak silap kira tadi...



Kalau korang datang waktu petang macam aku pergi hari ni, memang agak lapang la...tapi kalau malam, memang penuh gila...

Apa yang menarik dekat sini dah tentu la yong tou foo dan ABC dia...and ikut nasib la, kalau dapat gerai yang kuah sedap, untung la..kalau sebaliknya?hahahaha...

Aku cadangkan kalau datang, ada tiga gerai yong tou foo yang paling hujung..bersebelahan dengan Taiping Mall...situ kuah dia sedap...









Ok...dah pilih-pilih...balik la ke meja dan tunggu la dengan penuh sabar...oh lupa..kalau tak nak makan yong tou foo, makanan bergoreng pun ada, dengan chickem chop...tapi selalunya orang datang sini untuk makan yong tou foo...





Bagi aku, murah yong tou foo dekat sini kalau korang pandai pilih gerai dan bahan-bahan dia...macam yang kami makan hari ni, RM16 ja...murah kan?

Okay...lokasi dia adalah di belakang Balai Bomba Taiping dan bersebelahan dengan Taiping Mall...boleh waze ke dua-dua tempat tu...pasti jumpak...pusat penjaja ni beroperasi dari pukul 3.00 petang hingga 12.00 malam...



Selamat mencuba!!!
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Ahmad Munir berkata...

Pernah makan, tapi kat teluk intan.. mesti sedap abc tu

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...