16 Oktober 2015

The Other Festival 2015 Di Ipoh


Siapa ada banyak masa pada hujung minggu?? buat orang-orang Ipoh dan luar Ipoh, sekarang ni ada ada festival yang berlangsung di pekan lama Ipoh. Festival ni dianjurkan oleh Kakiseni dan dapat kerjasama dengan penduduk, peniaga di kawasan Old Town..mereka ni dah susun macam-macam program dan event yang santai untuk warga Ipoh sempena dengan The Other Festival 2015.

Jujur, ini pertama kali aku dengar tentang The Other Festival..itu pun sebab berjumpa dengan Ben dan Sohoque semalam dekat Plan B, Ipoh dan terus kenal dengan dorang…dan apa yang aku tengok, banyak event-event yang menarik untuk disertai, dan program yang diadakan ni berbentuk santai sambil berhibur...

okay…jom kita tengok majlis apa yang ada untuk The Other Festival 2015 ni…sebelum terlupa, The Other Festival ni berlangsung selama dua minggu hingga 8 November nanti…

tapi majlis yang dianjurkan memang berbeza…sekarang aku bagitahu tentang majlis yang diadakan pada minggu pertama festival ni..ini aku senaraikan tiga event yang sangat menarik perhatian aku…

Company Man oleh Cheeky Park

Ini adalah persembahan tarian, pantomen, akrobatik dan ada iringan muzik. Ada dalam enam hingga tujuh orang akan hiburkan kita semua dalam persembahan yang ambil masa lebih kurang satu jam. Persembahan ni akan berlangsung pada 23 dan 24 Oktober ni, jam 9 malam di kawasan letak kereta belakang Han Chin Pet Soo, Jalan Bijeh Timah…percuma woiiii….

Pelancaran buku Fixi ‘Hungry in Ipoh’ dan ‘Hard Core’
Siapa suka baca novel Fixi? Macam aku, aku baru mula nak jatuh cinta dengan novel-novel fixi ni, jadi digalakkan diri sendiri untuk datang ke sini…hahahaha…ok… ada 15 cerpen dalam buku ‘Hungry in Ipoh’  tentang ‘syurga makanan’ yang ada dekat Ipoh ni…macam korang baca dalam blog aku, aku pun banyak buat food review di Ipoh ni…jadi, tak rugi kalau korang dapatkan buku ni..


Buku kedua pula ada cerpen terkini dari Megat Ishak. Ada 13 cerita untuk kita semua dan sekali lagi, buku fixi..hahahaha…


Pelancaran buku ni diadakan pada 24 Oktober (Sabtu, hari cuti tu..boleh datang) di Sepaloh Art Centre, Jalan Sultan Iskandar jam 2 petang.

Porcelain Painting Workshop by Eric Lai

Walaupun aku ni bukan bertangan seni, tapi aku teringin nak mewarna, tambah-tambah dekat tembikar…tapi kalau dah tangan tak berseni, tak menjadi jugak…tapi kan, tapi kan, tapi kan…hehehhe..kalau dilatih dari awal, memang akan berjaya, insyaAllah..tangan tu akan’lembut’ jugak untuk mewarna…bengkel ni akan diadakan pada 24 dan 25 Oktober di Zabarang ART Studio, Jalan Othman Talib

Dan banyak lagi la yang menarik…dan aku rasa semuanya di hujung minggu. Jadi dari korang duduk terperuk kat rumah tu, baik datang sini, sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti hujung minggu. Santai je aktiviti ni semua..tak berat kepala..heheheh…

Kalau nak tahu lagi tentang aktiviti-aktiviti sepanjang festival ni, boleh ke Facebook The Other Festival 2015...
dan aku pun hampir terlupa nak bagitahu yang kesemua event ni berlangsung di kawasan pekan lama atau Old Town Ipoh...jadi sambil-sambil bersantai dengan event diorang, kita boleh tengok apa yang ada di Old Town Ipoh ni...

9 ulasan:

Lyssa Faizureen berkata...

alaaa . tringin nak pergi old town ipoh tuu ..

Shark Kay berkata...

ingt ipoh ingt kopi.
lepak hujung minggu kat event ni mnarik gak.

Ben Ashaari berkata...

Poyo

yaya cendana berkata...

Jom p sama.....hahaaaa

Kak Sue berkata...

Best jugak nie,boleh sambil balik tgk abah akak..ehehe..

Faziera193 berkata...

Lama tak pergi ipoh..tringin nak makan chee chong fun..haha

Saidila Abdul Rahman berkata...

sokong komen diatas poyo ....

nanti naik ketapi mohon disambut firr....

irra yyan berkata...

lalu je kat highway bila balik kg

Mama Kembar 3 berkata...

Menarik ni

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...