29 Oktober 2015

Part 2 : Kembara Jakarta - Bandung

Bangun ja dari tidur, aku ingat masa untuk kerja..tapi bila tengok keadaan bilik, baru aku sedar aku masih dalam mood bercuti dan aku sekarang berada di Bandug, INDONESIA...what a life...hahahaha...

Lepas bersarapan di hotel, masa untuk SHOPPING di Pasar Baru...untuk makluman, kalau nak shopping di Bandung, Pasar Baru adalah syurga kain baju dan telekung..jadi siapkan duit untuk bershopping di sini...



Kepada si suami, layankan je la si isteri yang tengah rambang mata tengok pelbagai jenis kain baju dekat sini..harga?bagi aku murah dengan kualiti kain yang dijual..cantik-cantik pulak tu...ada dalam 7 tingkat dekat sini, jadi memang tercabut la kaki kalau jalan-jalan dekat sini...







Dalam kompleks, memang penuh dengan kain baju, kalau nak cari makanan ringan orang Indonesia, cari di bahagian luar...masa tengah berkumpul untuk ke lokasi seterusnya, semua tangan ahli rombongan penuh dengan beg plastik...kain, telekung dan macam-macam lagi...kat sebelah luar, ada ja yang jual cenderahati dan sebagainya...



Tips yang aku dapat dari pemandu pelancong, jangan ikut pengawal keselamatan yang kononnya kenal dengan pemandu pelancong yang bawa kita..kemudian, masa tengah pilih-pilih kain, pastikan beg tangan ada di depan kita sebab akan ada rakyat tempatan akan berlakon seolah-olah tengah cari barang sebelah kita, tapi dalam masa yang sama dia kan toreh beg tangan kita untuk mencuri...jadi hati-hati kalau dekat sini...

Selepas 4 jam dekat sini, kami dibawa ke Floating Market...mulanya aku ingat macam di Thailand..orang berniaga dalam sampan, rupanya bayangan aku salah..hahaha...

Floating Market ni macam tempat untuk berehat dan tenangkan fikiran...terletak lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kota Bandung, tempat ni memang tenang..sejuk ja rasa sebab di atas gunung..





Sebelum masuk, korang akan dapat satu tiket yang korang boleh tukarkan kepada minuman...kiranya macam tiket masuk la ke Floating Market ni...







Lepas ja dari situ, kami ke Ladang Strawberry yang biasa..tak ada apa yang istimewa, sama macam di Cameron Highlands..aku rasa Cameron lagi okay kot...

Lepas melawat lebih kurang di ladang strawberry tu, terus balik ke Bandung, makan malam dan berehat..memang tak banyak tempat sebab jarak dari satu tempat ke satu tempat makan masa yang lama sebab jauh dan jalan jammed.

Malam tu, lepas ja mandi, aku dengan beberapa ahli rombongan ke Jalan Chihampelas berdekatan hotel..tempat ni kiranya macam pasar malam..setiap malam ada..nak cari cenderahati macam beg tangan, baju tshirt dan makanan, boleh dapat dekat sini...

Jarak dari hotel ke Jalan Chihampelas ni tak jauh, dalam 100 meter...









Yang menarik perhatian aku dekat sini, setiap kedai ada nama kartun yang femes, siap ada patung kartun tu lagi..contoh macam Popeye, King Kong, Spiderman, Catwoman, Batman...tapi disebabkan malam, gambar tak jelas...korang boleh ke sini...

Dorang bukak tak lama..sampai dalam pukul 10 malam ja...kalau waktu Malaysia sampai pukul 11 malam...beza Indonesia dengan Malaysia cuma satu jam...

Okay...dah habis bahagian dua..nanti sambung bahagian 3 pulak..di Jakarta...selamat malam semua...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...