28 Oktober 2015

Part 1: Kembara Jakarta - Bandung

Tepat jam 10.30 malam pada 22 Oktober lalu, bas yang membawa 35 orang kampung aku bertolak ke KLIA2 untuk lawatan empat hari ke Jakarta dan Bandung....semua ahli rombongan adalah 37 orang, dua orang lagi terus ke KLIA2 sendiri...terpaksa bertolak malam sebab kapal terbang kami pukul 7 pagi keesokkannya.



Perjalanan selama 2 jam dari KLIA2 ke Jakarta tak terasa sangat sebab mengantuk campur dengan teruja untuk tengok negara orang..ni kali ketiga aku ke Indonesia selepas Banda Acheh dan Djogjakkarta...

Sampai ja di Soekarno Hatta International Airport, dah ada pemandu pelancong, Pak Ari, tengaj tunggu kami..lepas selesai semua urusan, kami terus dibawa ke Bandung...



Disebabkan tempat kapal terbang berhenti jauh, semua penumpang akan dibawa dengan bas ke terminal untuk urusan imigresen dan. sebagainya..



Lepas ja semua urusan, kami terus ke Bandung...perjalanan agak lama, dalam 3 jam sebab jalan sesak...menurut Pak Ari, orang Jakarta akan keluar ke Bandung atau bandar berdekatan pada hujung minggu, jadi sebab tu jalan sesak...

Sampai di Bandung, kami terus dibawa ke restoran untuk makan tengah hari...suasana restoran ni aku suka, klasik, sebab kayu..



Selesai makan, kami tak terus balik hotel, terus bershopping di Jalan Cidabuyut. Kat sini ada jual banyak barangan kulit original..harga murah sikit dari Malaysia..





Jalan ni panjang dan luas...tapi kami dibawa ke satu kawasan...semua ada dalam tu, termasuk baju-baju...

Disebabkan semua penat selepas seharian tak mandi, jadi semua tak shopping sangat...terus pulan dan check in hotel..keluar pun untuk makan malam....kami menginap di Hotel Andelir, Bandung selana dua malam.



Aku pengsan terus malam tu sebab dua tiga hari sebelum tu, keja banyak gila...

Ada sambungannya nanti..tungguuuuu...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...