19 Oktober 2015

Nak tulis novel semula...

Aku seorang yang suka sangat baca novel, terutama novel cinta...dari zaman aku sekolah memang aku suka baca novel..kalau tak silap aku, dari darjah enam...dan masa harijadi aku yang ke 12 kalau tak silap, aku mintak abah belikan novel untuk aku sebagai hadiah, tak banyak pun, satu je...

sekarang koleksi novel aku ada dalam 30 buah..kalau ikutkan dalam 50 buah, tapi disebabkan aku pinjamkan dekat kawan aku, dan dia 'terhilangkan' novel aku tu...takpe lah..takda rezeki novel-novel tu untuk bersama aku...

dan, tahun lepas, aku dah mula untuk tulis novel aku sendiri, macam biasa novel berkisarkan cinta...tajuk dah ada dan aku sendiri dah tulis sampai bab lapan tapi terhenti sebab masa tu sibuk dengan study semester akhir...mood nak menulis novel tu pun dah hilang...

sekarang ni bila dah kerja dan ada masa lapang waktu malam, aku ingat nak sambung balik jalan cerita novel aku tu sebab ada masa terluang..takkan aku nak tengok Running Man dan layan movie ja tiap-tiap malam..nak keluar melepak, kesian pulak dekat member-member aku sampai tiap-tiap malam nak lepak dengan aku...hahahah..

jadi aku ingat, nak buat novel secara online dan update di blog aku...mungkin seminggu sekali atau dua tiga hari sekali aku akan update kan satu bab...dan bila dah siap semua, baru aku hantarkan manuskrip aku ke mana-mana syarikat penerbitan, kalau siap lah...

mulanya aku ingat nak hantarkan ke penerbitan novel online macam penulisan2u ...tapi aku tak pasti syarat-syarat atau peraturan yang aku kena ikut. Bukan apa, takut kena hantar seminggu sekali dan aku tak sempat nak buat..sekurang-kurangnya kalau dalam blog aku, aku masih boleh 'tangguhkan' dua atau tiga hari untuk publishkan setiap bab...

jalan cerita aku dah ada, sinopsis, watak semua aku dah ada..cuma nak fikirkan untuk publish dalam blog atau hantar ke kakinovel...

kena ada komitmen kalau aku nak tulis semula novel aku yang tergantung tu...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...