15 Oktober 2015

Ke Perkampungan Orang Asli Chiong, Royal Belum

Dan salah satu impian aku tercapai bila ke Royal Belum baru-baru ni untuk bekerja...walaupun sekejap dan tak dapat rasa suasana dan budaya orang asli, tapi sekurang-kurangnya dapat juga merasa...

Masa hari pertama perlumbaan Royal Belum Ironbound Challenge Series, kami dibawa ke Checkpoint kedua untuk pelumba iaitu di Kampung Orang Asli Chiong...kalau dari Royal Belum Rainforest Resort, naik bot dalan 45 minit, tapi disebabkan kami banyak berhenti untuk ambil gambar peserta, jadi masa perjalanan dalam satu jam setengah...

Dalam perjalanan tu, memang pemandangan dia sangat cantik...menenangkan...





Dan kami pun sampai ke kampung tu...mulanya dok ingat kena berjalan masuk ke hutan, rupanya memang tepi Tasik Banding tu...kena naik tangga sikit...



Sebaik tiba, nahhhh...penuh kanak-kanak orang asli tunggu kami dekat atas...semua comel-comel...apa lagi, masa untuk berselfie dengan dorang ni semua...







Semua tunjuk 'peace'..hahaha...aku geram dekat rambut dorang...kerinting...hahahaa..nak jugak merasa ada rambut macam tu...mungkin disebabkan dah ramai sampai ke situ, jadi dorang dah biasa dengan orang luar...okay...masa untuk menjelajah...





Okay..gambar tak banyak..hahaha...aku dimaklumkan, Kampung Orang Asli Chiong ni adalah kampung angkat kepada TNB dan majoriti penduduknya adalah Islam...

Ada rumah yang ada Astro dan dorang gunakan tenaga solar untuk kehidupan seharian...ada satu kedai runcit dekat sini...aku rasa jumlah penduduk dekat sini dalam 200 orang...

Sekolah terdekat di perkampungan orang asli yang lain...kena naik bot ke sana...dan ada di kalangan dorang ni, fasih berbahasa Melayu..jadi jangan risau...hehehe...

Aku kalau boleh nak merasa duduk satu atau dua malam di perkampungan orang asli untuk tengok sendiri gaya hidup dorang...tapi masih belum berkesempatan lagi...mungkin masa depan, aku ada peluang untuk itu...kan?
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...