08 Oktober 2015

Kari Mee Putih, Parit Buntar

Lepas selesai semua kerja dekat Matang Tengah dan 'menenangkan' fikiran dengan member media di Parit Buntar, abang wartawan Sinar Harian ajak pergi makan (kami yang ajak sebenarnya) dan kami dibawam untuk cuba mee kari putih...

Macam mana rupanya?aku terfikir dah...kami dibawa ke arked mara di Pekan Lama Parit Buntar...nama kedai dia Non Pak Ali Station...bagi aku, mungkin acah-acah cafe hipster la dekat Parit Buntar ni...menu aku cuma nampak yang special cuma curry mee putih...aku pun order la yang special...

(Maaf, gambar tak banyak sebab tengok macam gerai biasa dan tak nak buat review...)





Dapat je menu ni, aku dah pelik, mee kari apa warna putih...macam tak sedap ja...aku try hirup kuah dia sebelum aku gaulkan semua sekali..

Suapan pertama...aku terkejut....macam mana kuah berwarna putih ni boleh rasa kari?sebab dalam fikiran aku, apa-apa yang rasa kari adalah warna kuning..tetapi yang ni, membuktikan yang persepsi aku selama ni adalah salah...dari suapan pertama terus ke suapan seterusnya...rasa dia adalah kari yang sempurna...



Nampak tak pes yang pekat tu?aku cuba rasa, rasanya macam pes kari dengan rasa halia atau serai yang agak banyak..tapi bila digaulkan dengan semua sekali, memang sedap gila...aku yakin, aku akan pergi lagi ke situ...

Sedap weh...dan yang menarik lagi, bagi curry mee putih special, ada telur mata...selalu mee kari guna telur rebus, tapi yang ni guna telur mata...serius sedap...



Licin...hahaha...selain dari mee kari putih ni, ada juga ikan-ikan bakar,.mee goreng, nasi kenduri beratur, meatballs dan coffee hipster...

Bagi yang nak cuba, boleb datang ke arked MARA di Pekan Lama Parit Buntar, situ ja satu-satunya kedai makan yang ada (kalau tak silap aku la...)


posted from Bloggeroid

3 ulasan:

Nazlee Ismail PCL berkata...

Home town pcl tu.. tapi, tak try lagi walau.sekali pon.

firzz duka berkata...

LOL...nanti balik PB, hello2 la...leh lepak sesama...

Ahmad Munir berkata...

Ingat kopi putih je ada.. kari putih pon ada

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...