12 Oktober 2015

Kalau itu namanya rezeki...

Hari yang agak memenatkan hari ni...tapi nak buat macam mana kalau tiba-tiba mood rajin datang, penat atau tak belakang kira, yang penting selesai kerja semua yang kena buat...

Semalam aku sampai rumah dari Royal Belum dalam pukul 1.30 pagi...terus tidur...pagi masuk kerja lambat, dengan kunci pejabat semua rosak, kelam kabut untuk pergi assignment lagi, balik pejabat dengan ada isu yang macam-macam lagi...hahahah...kelam kabut semua...

Balik kerja, aku terus servis motor aku memandangkan dah cukup bulan...duit lagi melayang...lepas tu, balik rumah kejap ambil passport untuk aku renew...terus aku ke UTC Ipoh...



Rezeki aku, tak ramai orang pun kat UTC masa aku sampai...mungkin orang datang lepas Maghrib kot...dah selesai, aku kena datang semula ke Imigresen pukul 8 malam untuk ambil passport...

Terus aku ke Ipoh Parade...aku dah set dalam kepala aku untuk beli dua novel terpakai...memang aku dah lama cari novel tu... Biarkan YM Berbicara, dan Biarkan YM Terus Berbicara...



Tapi, mungkin takda rezeki aku untuk dapatkan kedua-dua novel tu...aku cuma dapat BiarkanYM Terus Berbicara...kecewa jugak la...sebab hari tu aku dah jumpa kedua-dua novel tu...tapi sebab tak dapat gaji lagi, aku tak beli...



Dekat sejam jugak aku cari yang novel pertama tu..tapi tak jumpa..takda rezeki..tapi lepas ni, kalau aku jumpa, memang aku beli terus...

Lepas Maghrib, aku pergi semula ke UTC untuk ambil passport...dan memang betul sangkaan aku, orang dah beratur...nasib aku tak tergerak hati nak pergi lepas maghrib...dan dapatlah passport aku...



Lepas tu, ada majlis makan-makan sikit dekat restoran di Greentown Ipoh...rezeki murah hari ni, dapat makan percuma..hehehe...Alhamdulillah...rezeki jangan ditolak...

Majlis makan malam ni diadakan sempena satu program besar dan taklimat kepada media sempena satu program yang akan diadakan minggu depan..jadi media dapat taklimat awal...dan dapat goodies bag...wahhh...dapat apa yang aku suka kumpul sekarang ni...tumbler, aku memang suka kumpul tumbler sejak masuk media ni, kat kampung akh rasa aku dah ada 5 kalau tak silap...



Kadang-kadang...kita rasa kecewa bila rezeki tu bukan milik kita...tapi kita kena ingat, rezeki Allah tu luas..mungkin rezeki yang kita terlepas tu akan diganti dengan rezeki yang lain yang lebih lagi..jadi jangan kecewa dengan rezeki yang bukan milik kita, sebab Allah dah tetapkan aturan rezeki kita...

Ingat...jodoh, ajal, pertemuan, rezeki dan kiamat adalah rahsia Allah ..
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...