10 Oktober 2015

Royal Belum Rainforest



Kadang-kadang rasa seronok jugak jadi media ni, dapat berjalan ke tempat-tempat yang aku tak pernah pergi...macam sekarang ni, aku di Royal Belum Rainforest Resort...kalau korang nak ke Kelantan dan ikut Gerik, korang akan perasan resort ni di tepi jalan selepas jambatan Tasek Banding...

Aku sekarang 'outstation' dekat sini untuk cover program 9th Royal Belum Ironbound Challenge Series...aku takkan cerita pasal program ni sebab layanan terhadap media agak tak best...







Bagi aku, resort ni sangat cantik dan menenangkan fikiran...aku agak bernasib baik sebab dari reception, katanya blok bangunan yang aku duduk ni adalah blok hotel yang baru...dan bilik yang aku dapat adalah menghadap Tasek Banding...






Bilik sangat bersih, bilik air luas dan selesa...apa yang menarik, pertama kali aku jumpa bilik hotel sediakan Al-Quran..kalau sejadah tu dah biasa ada..tapi ni Al-Quran...first time aku jumpa...kemudahan lain dalam bilik, seterika, bathrobe, payung, dan cerek air...







Okay..harga bilik dekat sini, bagi aku okay la untuk resort 4 bintang...ada kolam renang lagi...ada juga houseboat untuk mereka yang nak memancing dekat sini...harga macam kat bawah ni...





Kalau korang malas nak keluar makan, boleh order room service punya makanan..menu dia macam dalam ni...



Suasana resort dia pun tenang..dikelilingi pokok-pokok hutan...confirm korang akan dapat dia punya feel yang tenang...udara segar lagi...



Okay...lepas je peserta berlepas, kami pun naik bot untuk ambil gambar...view sepanjang tasik sangat cantik...tenang je rasa...lepas segala tekanan, dengan angin segarnya...confirm dapat lupa segala stress kerja walaupun aku kena datang sini untuk kerja...









Okay...sambung nanti, ada pengalaman baru untuk aku ceritakan...hehehehe...masa untuk tidur...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...