06 Oktober 2015

Filem yang membuatkan aku menangis...

Aku baru je lepas tengok filem 'The Journey' yang entah kali ke berapa aku tengok, dan sekali lagi, aku menangis...takda sampai tahap meraung, tapi sebak tu ada laa sambil teresak-esak...

Dalam banyak-banyak filem yang ada, antarabangsa atau tempatan, ada beberala filem yang berjaya buatkan airmata jantan aku menitis...kau hadooo?

Antara filem-filem yang buatkan aku menangis macam filem ni..











Aku mengaku, semua filem ni berjaya buat aku rasa sebak dan menangis setiap kali aku tengok berulang kali...aku tak tahu kenapa...mungkin aku ni jenis berhati tisu..satu lagi filem, Air Mata Ibu kalau tak silap aku...Wan Nor Azlin, Jalaluddin Hassan dan Anne Ngasri berlakon...

Kalau korang perasan, filem yang buat akh menangis bukannya filem cinta, tapi filem yang berkisahkan tentang kekeluargaan dan persahabatan...

Filem-filem macam ni lebih dekat dengan aku berbanding filem cinta...mungkin sebab aku tak pernah bercinta secara serius, jadi aku tak dapat feel tu...

3 Idiots memang aku sebak bila dekat penghujung cerita, Khabi Khushi Khabi Gham sepanjang masa aku sebak, Bridge To Therabithia masa dia tak dapat terima kematian kawan baik dia, The Journey masa si ayah nasihatkan bakal menantu dia, Nur Kasih di penghujung cerita dan Air Mata Ibu masa rumah dorang meletup dan si kakak kemalangan...

Semua tu buatkan aku rasa sebak...aku harap produser filem dapat banyakkan lagi cerita yang macam ni berbanding komedi seram, komedi dan aksi...

Betul, filem-filem komedi dan lain-lain tu ada maksud tersirat (kononnya), tapi aku tak dapat 'maksud' yang disampaikan secara terus dan takda 'feel' sepanjang aku menonton...

Berbanding filem tentang persahabatan dan kekeluargaan, itu memang kita hadapi sehari-harian dalam hidup kita, jadi itu lebih dekat...

Tapi tak bermakna filem komedi dan lain-lain tu perlu dihentikan, cuma perlu dikurangkan...

Sebab dalam kehidupan kita ni pun, ianya cuma sekadar lakonan...kita ni adalah pelakon yang jalan ceritanya telah ditetapkan oleh Allah SWT...

Sebab tu blog aku namanya 'Drama Hidup FMR : Bila Aku Pelakonnya..'sebab hidup ini adalah pentas, hidup adalah drama, kita ikut ,'arahan' yang telah ditetapkan...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...