17 Oktober 2015

Aku Tak Boleh Jadi 'Crime Reporter'


Aku rasa jiwa aku tak cukup kuat untuk jadi wartawan yang fokus dalam isu-isu jenayah...serius...memang jiwa aku cukup lembut sebab aku tak boleh tahan kesedihan aku tengok orang yang bersalah dan dalam kesedihan...

Contohnya tadi masa aku ke Unit Forensik Hospital Ipoh untuk 'tunggu' mayat yang terlibat dalam kemalangan jalan raya...

Masa aku sampai, anak lelaki mangsa dah sampai dan menangis..aku dengar dia menangis dan aku sendiri rasa sedih dengar si anak menangis..aku tak sanggup walaupun bukan aku yang hadapi semua tu...

Lepas tu, datang saudara dia dan menangis jugak sambil peluk si lelaki tu..aku dah macam nak menitis air mata aku...aku tak dapat bayangkan perasaan dia bila kehilangan ayah dan adik dia serentak...

Walaupun bukan aku yang hadapi semua tu, tapi aku tak sanggup tengok kesedihan orang lain...rasa sebak terus..nak bertanya pun tak sanggup walaupun dekat kawan-kawan dia...

Lagi satu bila di mahkamah bila hakim jatuhkan hukuman, ada rasa kesian dekat pesalah dan keluarga...

Mungkin jiwa aku jenis lembut, tak dapat nak tutup perasaan aku..cewahhh..walaupun atas dasar kerja, tapi memang aku tak boleh..mungkin jugak ni first time aku cover isu macam ni, tapi aku rasa untuk lepas-lepas ni, aku tak boleh untuk kekal di 'crime desk'...sesekali macam ni mungkin boleh..tapi kalau 'maintain' di meja yang sama..mungkin susah untuk aku...

Aku rasa 'beat' atau "kepakaran" (tak pakar sangat pun) dalam isu politik dan isu semasa...sukan dan bisnes memang aku dah angkat bendera putih dah..hiburan aku tak cuba lagi...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...