10 September 2015

Tiga Filem Melayu Untuk Tiga Perdana Menteri Malaysia

Percaya atau tak, kalau filem yang berkaitan sejarah, memang sangat tak dapat sambutan di Negara ni...

Ini realiti...bukan aku buat andaian sendiri...cuba kita tengok filem-filem sejarah yang pernah ditayangkan...1957:Hati Malaya dan Tanda Putera...kutipan cuma setakat beratus ribu, paling banyak mungkin sekitar RM1.5 juta...contohnya filem 1957: Hati Malaya, cuma dapat RM760,000 (sumber) dan Tanda Putera sekitar RM1 juta (sumber)...sama juga macam filem-filem kenegaraan yang lain...

Kontroversi dan sebagainya, itu yang disalahkan bila kutipan tak mencapai sasaran...betul ke? atau orang kita yang tak minat dengan filem-filem macam ni...

Okay...itu bukan point utama aku nak cerita...hahahaha...point utama aku adalah tentang filem-filem yang menceritakan tentang Perdana Menteri-Perdana Menteri dekat Malaysia ni...

Aku cukup kagum dengan pengarah-pengarah filem ni..mereka berani buat kelainan daripada filem-filem lain..ya la..kalau asyik buat filem cinta, rempit, dadah, gangster...macam mana masyarakat kita nak tengok sejarah pemimpin-pemimpin kita, betul tak?



Filem pertama. 1957:Hati Malaya..filem ni mengisahkan tentang Perdana Menteri Malaysia, Tunku Abdul Rahman...macam mana Tunku dan pemimpin lain berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dari penjajah. Aku suka tengok cerita ni...kita dapat rasa macam mana kesusahan pemimpin dulu untuk keselesaan anak cucu kita...



Filem kedua, kisab tentang Perdana Menteri Malayska kedua, Tun Abdul Razak...filem yang agak kontroversi sampai ditunda tarikh tayangan..bila aku tengok filem ni, aku tak rasa ada isu perkauman..apa yang ditunjukkan adalah sejarah...selalunya, sejarah adalah betul...dalam filem ni, kita dapat tengok macam mana Tun Razak berkorban dan macam-macam lagi walaupun Tun Razak menghidap penyakit kronik...aku tak malu untuk mengaku yang aku menangis masa penghujung cerita ni...


Yang terakhir, Kapsul...filem yang mengisahkan tentang Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad..idola aku sampai bila-bila...walaupun belum ditayangkan, aku tak sabar nak tengok...filem ni mengisahkan tentang Tun Mahathir..jalan cerita?maaf..tak tengok lagi...hahahaha...nanti kita tengok sama-sama dekat panggung wayang ok..17 September ni..jangan lupa...

Dan aku masih tunggu filem tentang Perdana Menteri yang ketiga, Tun Hussein Onn dan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Badawi...

Perdana Menteri sekarang?errr...tunggu dia bersara dulu la kot, baru boleh buat filem...hahahaha...

Filem-filem macam ni bagus supaya kita dapat tengok sedikit karakter tentang pemimpin kita..walaupun bukan dilakonkan oleh pemimpin sebenar, sekurangnya kita dapat tengok macam mana keadaan pada masa itu...

Aku cukup terkesan dengan apa yang dicakapkan oleh Pengarah filem Kapsul, Amru Najmi...

" Aku bukan Skop Production atau GB atau Tayangan Unggul, dan aku tahu filem sejarah semuanya tak kutip duit.Tapi aku peduli apa. Atas dasar tanggungjawap pada bangsa, aku buat jugak dan habiskan jugak..." (sumber)

Atas dasar tanggungjawab...deep gila ayat dia...dan disebabkan ayat dia ni, aku tak sabar nak tengok filem ni nanti...
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...