08 September 2015

Pengalaman 7 Jam Di Mahkamah

Semalam adalah hari yang sangat-sangat meletihkan...cuba bayangkan...7 jam berada di mahkamah hanya untuk sidang yang tak sampai 30 minit dan nak dapatkan dua keping gambar...

Alkisahnya...aku dan fotografer, Am kena ke Mahkamah Sesyen Ipoh untuk keputusan kes rasuah membabitkan dua ***** ..dapat jadual pukul 9.00 pagi tertuduh akan dibawa masuk ke 'dalam' untuk dengarkan keputusan...okay dah situ...rupanya bila sampai, tertuduh tu dah dibawa masuk dan perbicaraan bermula pukul 10.00 pagi (katanya...)

Lepas tu..tunggu punya tunggu...pukul 11 baru mula bersidang (sidang ke orang panggil)...hahahaha....lepas dah dijatuhkan hukuman dan denda, pukul 12 dah selesai untuk kes dalam mahkamah.

Disebabkan kami sampai lewat, jadi Am tak dapat ambil gambar tertuduh...kami pun tunggu la sekejap sebab nak dapatkan gambar...dengan perut lapar dan mengantuk, tunggu la..sebab kami takut kalau kami pergi makan, masa tu pulak 'mereka' tu keluar...

Tunggu punya tunggu..tak jugak keluar-keluar..kami kat luar ni, dengan beberapa fotografer lain, dah megeluh..dari 10 orang wartawan dan fotografer...dah tinggal 4 orang...

Pukul 2.30 petang, baru seorang yang keluar selepas bayar denda...okay...dah dapat satu gambar...nak kena tunggu seorang lagi...


Yang nak tunggu seorang ni la yang lambat sangat ni..kami dah penat intai dari luar...sangat la lama...dengan perut lapar dan mengantuk...masa ni, dah tinggal tiga fotografer...

Dah la, 'mereka' ni tak keluar ikut pintu yang kami tunggu...jadi terpaksa terkejar-kejar ke sana sini sebab 'mereka' ikut pintu lain...dalam pukul 4 petang, baru seorang lagi keluar..tapi ikut pintu lain...

Am tak dapat ambil gambar sebab 'tertuduh' tu cepat sangat...nasib baik la fotografer dari media Chinese sempat tangkap gambar...dan dia pun mungkin kesian dan sama-sama tunggu...dia sanggup bagi gambar...

Apa yang fotografer Cina tu cakap..aku sangat terkesan..kiranya sampai la...

"Alaaa...kita sama-sama kerja maaa...hari ni I tolong u...esok kalau i tak sempat...u pulak tolong i...kita sama-sama kerja...sama-sama tolong laa..."

Bagi aku, walaupun berbeza warna kulit dan agama, tak salah kita saling membantu...lagi pun, semua kerja dalam bidang yang sama..tahu susah senang kerja dalam bidang ni...

Dan lepas dapat gambar, kami terus pergi makan dekat mamak...hahahaha...berita tu aku publish lambat...nasib baik media lain pun publish lambat jugak...hahahaah...selamat aku...

Bayangkan dari pukul 9.00 pagi hingga 4.00 petang, perut kosong...ehh..tipu...pagi tu aku sempat sarapan roti telur...hahahaha...tapi maksud aku kat sini..penat ooo...sesiapa yang nak masuk bidang ni, sabarlah banyak-banyak..dan pastikan ada stok makanan dalam beg...hahahaha
posted from Bloggeroid

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...