05 September 2015

Pelukis Seluruh Dunia Potretkan Anak Kecil Syria, Aylan Kurdi


Sehari dua ni seluruh dunia bagaikan terkejut dan tersentuh dengan sekeping gambar mayat seorang anak kecil, Aylan Kurdi 3 tahun, yang terdampar di pantai.

Anak kecil tu dipercayai lari dari Syria bersama keluarganya melalui laut dan karam...aku tengok gambar tu pun dah rasa sedih...aku tak dapat bayangkan macam mana anak kecil yang tak tahu apa ni 'bergelut' dan terkapai-kapai masa 'tercampak' ke dalam laut...

Dan disebabkan itu, beberapa pelukis dari seluruh dunia mengabdikan momen yang menyedihkan ini dalam sebuah lukisan yang menunjukkan betapa simpatinya masyarakat dunia dengan nasib yang menimpa anak kecil tu dan penduduk Syria...



































*sumber gambar dari Facebook page OH BULAN.

Semoga Allah menempatkan engkau sekeluarga dalam syurga wahai anak kecil...

Ini berita yang aku ambil dari laman web ISMA.

ISTANBUL, Khamis – Dengan sebelah muka menghadap ke pasir, mayat Aylan Kurdi, 3 tahun, terbaring setelah hanyut dan terdampar di pantai Bodrum di Turki.

Dengan memakai baju merah, seluar biru dan berkasut, Aylan dikenalpasti oleh pihak berkuasa Turki sebagai salah seorang daripada 12 warga Syria yang mati akibat bot yang mereka naiki karam sebelum sampai ke Greece.

Media Turki memberitahu keluarga Aylan berasal dari bandar Kobani di utara Syria, berdekatan sempadan Turki, satu kawasan yang menyaksikan pertembungan antara militan IS dan tentera Kurdi beberapa bulan lalu.

Setakat ini, daripada kesemua 23 orang yang menaiki dua bot itu, lima kanak-kanak dan seorang wanita disahkan mati, tujuh orang telah diselamatkan manakala dua lagi berjaya ke pantai menggunakan jaket keselamatan.

Dua orang dilaporkan masih hilang.

Kejadian ini telah mendapat perhatian dunia khususnya rakyat Turki.

Di twitter, hashtag #KiyiyaVuranInsanlik (manusia terdampar) menjadi trending tertinggi dan gambar Aylan menjadi viral di media sosial.

Sementara itu, pihak tentera berkata pasukan penyelamatnya telah menyelamatkan ratusan nyawa migran di laut antara Turki dan Greece dalam beberapa hari kebelakangan ini.

Puluhan ribu rakyat Syria terpaksa keluar dari negara mereka menuju ke Eropah akibat peperangan yang berlaku.

Mereka menggunakan bot melintasi laut Turki seterusnya menuju ke Greece sebagai pintu masuk ke negara-negara Eropah lain.

Mengikut laporan agensi bantuan kemanusiaan, pada bulan lepas setiap hari seramai 2,000 orang telah bergerak ke Greece.

Pasukan pengawal pantai Greece pula dalam kenyataannya berkata, satu kapal yang membawa 1,800 migran dan pelarian telah tiba di satu pelabuhan di Athens.

Gambar Aylan mencetuskan desakan pelbagai pihak supaya masalah migran yang masuk ke Eropah diselesaikan dengan cara terbaik. – Agensi
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...