30 September 2015

Kisah Penjual Burger Tepi Jalan Bertatu...



Alkisahnya, aku tak tau nak makan apa malam ni..cuma nak cari makan yang mudah ja...jadi aku pergi ke satu gerai burger dekat dengan rumah sewa aku...masa mula-mula sampai depan gerai dia, aku tak perasan abang tu bertatu...

Lepas dah pesan, baru aku perasan yang dia ada tatu dari siku ke atas (aku cukup yakin itu bukan 'hand-sock' yang bertatu tu)...kemudian aku rasa macam dah silap gerai burger dah...ya...aku tahu aku bukan baik sangat...tapi untuk beli sebiji burger dari abang yang bertatu yang aku rasa dia jahat sangat...aku rasa aku tak boleh...

Mungkin Allah nak tunjukkan aku sesuatu....lepas aku pesan tu, ada tiga empat orang datang untuk beli burger jugak...apa yang buatkan aku tersedar, setiap pelanggan yang datang selepas aku, semua dia bagi salam..

"Assalamualaikum dik/abang/kakak..."

Dan masa aku nak balik, dia ucapkan terima kasih dan bagi salam sekali lagi sempat minta maaf sebab aku tunggu dalam hujan renyai..

Aku terfikir...kalau kita yang tak bertatu ni dengan kawan-kawan kita pun bila jumpak tak bagi salam, sekadar "hoi, hai"...kenapa dia yang bertatu (yang aku anggap dia 'jahat' pada mulanya) boleh bagi salam...bab tatu tu mungkin dia ada kisah silam dia yang tersendiri dengan tatu tu...

Siapa kita untuk menilai seseorang tu dari luaran dia, dari pakaian, tatu dan sebagainya..mungkin apa yang dia buat (tatu) tu masa dia di zaman dulu-dulu..sekarang biarlah dengan Allah....

Ps: mungkin ada yang tak faham apa yang aku cuba sampaikan..baca2 la bagi faham...hahahaha....
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Khairul Hilmi Sidek berkata...

Betul tu. Kisah silam tak perlu diungkit. Dulu pernah Jumpe pakcik bertatu kat lengan kiri dan kanan kat masjid. Org masjid cakap dia dtg masjid 5 kali sehari. Dia pun ada kisah silam dia

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...