02 September 2015

Food Review: Omm Cafe, Ipoh


Satu lagi Cafe Hipster yang aku rasa baru saja dibuka dekat Ipoh ni, iaitu Omm Cafe...hari ni baru dapat cuba sebab lepak dengan kawan-kawan MPMP yang kebetulan ada kat Ipoh...masa ni la nak bergosip dan bergurau senda...sejujurnya...MPMP tak pernah berkumpul dengan lengkap kecuali masa Persidangan tahun lepas...

Okay..balik ke Omm Cafe...aku suka dengan suasana Cafe ni yang nampak klasik dan aku rasa tema Cafe ni adalah jam dan seterika...





Dan...apa yang menarik, untuk meja-meja kat dalam Cafe, meja ni disediakan nombor dengan meletak seterika lama...

Disebabkan sekarang Omm Cafe ada promosi Merdeka sampai 6 September ni, maka aku pesan Fish and Chips dan ada yang pesan spaghetti meatballs dan chicken chop...














Pertama kali aku order Fish n Chip..selalunya kalau ada pilihan antara Chicken Chop dengan Fish n Chip, aku akan order Chicken Chop..tapi disebabkan masa sampai tadi aku tengok pelayan tu hantar Fish n Chip dan aku tengok macam menarik, terus aku tukar...


Okay...bagi aku...puas hati makan dekat sini...aku bagi 5/5 bintang untuk Cafe ni...servis tip top, tak lambat walaupun orang agak ramai, makan sedap dan memenuhi citarasa aku...

Blackpepper sos untuk Chicken Chop pun cukup rasa, cuma kurang pedas dan panas bagi aku, tapi tu tak membantutkan selera...spaghetti...walaupun nampak macam 'banjir', tapi kuah tu masih sedap, tak masin, tak manis, tak masam..perfecto...

Fish n Chip..untuk orang yang pertama kali makan...bagi aku sedap...cuma muak sikit la...berbanding ayam, bagi aku, ikan lagi cepat muak kalau makan banyak tanpa nasi...

Ohh..satu lagi, kelainan yang takda di Cafe Hipster lain di Ipoh ni...ada mesin ni...


Aku tak tahu apa nama dia...'jukebox' kot kalau tak silap aku...boleh pilih-pilih lagu...

Bagi aku, cafe ni memang terbaik...kalau mana yang datang Ipoh tu, aku cadangkan datang ke sini...lokasi? Dekat dengan Gerbang Malam, Ipoh dan sebaris dengan Chekodok Reggae yang terkenal tu...betul-betul tepi jalan utama..cuma parking la susah sikit..kalau nak senang, kena parking area belakang, tapi menapak sikit la...berbaloi weh datang sini....
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Izzati Suhaide berkata...

perghhh...sedapnya.

eliana berkata...

menarik!! kena try ni klu p sana :D

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...