01 September 2015

Coffee King, Ipoh

Hari ni, aku balik kerja awal...tepat pukul 5 aku dah keluar dari pejabat...fuhhh...tak pernah-pernah aku keluar awal...tapi disebabkan ada kerja lain, aku kena keluar awal..kalau tak..hujan, langsung tak boleh buat kerja apa...

Lepas beli tiket kat Stesen Amanjaya Ipoh, niat aku nak cuba Coffee King yang agak terkenal dekat Ipoh ni...walaupun dah dekat 6 bulan aku duduk dekat Ipoh ni, hari ni baru aku dapat beli..sebelum ni, malas nak beratur panjang...tapi, aku dah tetapkan dalam hati..beratur panjan macam mana sekalipun, aku nak jugak beli...

Dan alhamdulillah...masa aku sampai, tak ramai orang, walaupun dah pukul 6 petang...selalunya, memang orang beratur panjang...masa bulan puasa, ada yang beratur sampai 45 minit untuk dapatkan Coffee King ni..nampak tak kesedapan dia sampai tahap macam mana...


Terus aku beratur...dalam hati, aku terfikir, nak beli air apa ni...dah la tak pernah beli, cuma dengar cerita member-member ja...akhirnya..intai punya intai, dapat jugak tengok menu yang ditawarkan...
Gambar Google


Tak banyak pilihan...tapi biasa la tu kan..kalau banyak pilihan, lambat pulak siapnya...jadi, aku putuskan untuk beli Ice Cocoa...

Owh..setiap cawan Coffee King ni, berharga RM5...apa?mahal?bagi aku, berbaloi sebab cawan dia besar dan sedap...




Tapi kannnn....lepas aku beli, aku rasa menyesal...hahahaha...nak tau kenapa?bukan sebab RM5, tapi sebab aku salah beli..sepatutnya, bila sebut Coffee King, aku kena beli Coffee, bukannya Cocoa...sebab aku nak tahu apa yang sedapnya Coffee dekat Coffee King ni...

Tapi, Ice Cocoa ni pun sedap...sangat sedap...manis, pahit, rasa lemak susu memang cukup rasa...orang cakap tak muak la minum...aku dapat habiskan air ni pukul 8 malam...walaupun lama untuk aku habiskan air ni, tapi rasa kelat manis cocoa tu, masih ada, masih terasa masa minum...selalunya, bila dah lama, air akan jadi tawa4, tapi berbeza dengan Coffee King ni...

Apa yang kawan-kawan aku bagitahu, antara minuman yang terbaik dari Coffee King ni adalah Ice Green Tea dengan Ice Coffee...lepas ni aku akan cuba yang tu pulak...

Owh..untuk yang nak cuba Coffee King ni, setahu aku ada dua tempat..yang pertama dekat Taman Cempaka, dan yang kedua dekat Meru, Ipoh (dekat McDonald)...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...