05 September 2015

Bila hujung bulan tiba...


Sakit....hahahahaha...itu selalunya bila orang yang dah bekerja rasa...selalunya mula dari tengah bulan dah mula terasa tentang duit, dan mulalah Ops Catu sana sini, mula buat kira-kira sana sini..itu tak boleh beli,ini tak boleh beli...

Walaupun dah buat senarai perbelanjaan bulanan, aku yakin, sedikit sebanyak akan lari sikit anggaran perbelanjaan untuk bulan tu, walaupun kita dah cuba sehabis mungkin untuk minimakan perbelanjaan yang mengejut...dan aku tengah alaminya sekarang hahahahaha...

Berbanding masa belajar dulu, walaupun ada duit PTPTN, mesti masa hujung-hujung semester akan mula telefon mak ayah, kakak abang semua untuk tolong 'top up' perbelanjaan sebab selalunya hujung semester, duit belanja akan meningkat satu kali ganda...ya la, assignment semua nak kena print, tak termasuk lagi kalau ada assignment luar yang nak kena keluar...duit minyak, tol kereta sewa dan makan...

Tapi bila dah kerja, nak telefon minta 'top up' dari keluarga pun dah segan..sebab kita dah tahu macam mana rasanya nak tunggu sampai gaji seterusnya...jadi, langkah yang diambil, catu perbelanjaan...

Orang cakap, mungkin sebab gaji kecil..tapi pernah tak dengar peribahasa 'lagi besar periuk, lagi besar keraknya'...walaupun gaji kita besar, tak bermakna kita ada banyak 'duit lebih' untuk dibelanjakan. Tapi sebenarnya, lagi banyak gaji kita, lagi besar perbelanjaan kita sebab 'nafsu' belanja kita besar...jadi, sama ja untuk semua...

Untuk elakkan perkara ni terus berulang setiap bulan, kita boleh amalkan anggaran perbelanjaan yang teratur..pastikan ada sikit simpanan untuk kita gunakan dalam waktu-waktu terdesak, terutamanya hujung bulan...dan sila pastikan, duit simpanan tu kita tak gunakan masa gaji kita masih mampu dikawal...tapi jangan la sebab duit simpanan tu, kita belanja sampai 'lupa dunia'. Elakkan berhutang dan untuk elakkan, boleh gunakan duit simpanan...

Bila dapat gaji, asingkan sedikit untuk hujung bulan anggaran dalam seminggu sebelum dapat gaji yang seterusnya...

Contoh:
Dapat gaji (macam aku) antara 5-8 haribulan setiap bulan. Masalah kekurangan gaji mula terasa dalam 30 haribulan...lebih kurang seminggu sebelum gaji. Jadi, di awal bulan (masa dapat gaji sebelumnya), aku akan asingkan dalam RM200 untuk kegunaan dalam tempoh seminggu yang terdesak tu sekiranya duit perbelanjaan dah habis...kalau dapat gaji awal, duit 'simpanan' untuk guna waktu terdesak tu, boleh kita simpan terus. Dan buat perkara yang sama setiap bulan...

Faham? Senang je kan...tapi, anggaran perbelanjaan setiap bulan tu wajib buat supaya perbelanjaan kita tak terlebih (over-expenses)...
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Izzati Suhaide berkata...

Hihihi..bagus fir ...bagus

Si Galah Panjang berkata...

memang betul. kene buat perancangan yg teliti dan disiplin tu perlu :)

#jenjalan sini, jemputlaa ke blog saya nanti yea :D

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...