11 September 2015

Aplikasi Pengurusan Kewangan 'TouchStyle'

Setiap kali dapat gaji, mesti kita akan buat kira-kira dekat atas kertas atau dalam buku...macam merumitkan ja...ya la..kadang-kadang kita tertinggal semua tu dan akhirnya..kita lupa apa yang kita belanjakan untuk bulan tu, atau dalam sehari...

Jadi, lepas aku baca blog Ben Ashaari...baru aku tahu yang Bank Rakyat ni dah lancarkan satu aplikasi baru untuk membantu kita tahu kemana duit kita dibelanjakan...

Aku yang baru guna dua hari sejak dapat gaji kedua hari tu, terus download dekat Playstore... korang kalau nak cuba, boleh download aplikasi 'TouchStyle'...



Tak berat mana la applikasi ni kalau korang install dalam telefon korang...okay...lepas dah install..masa untuk explore apa yang ada dalam ni...


Okay..yang atas ni 'dashboard' bila korang masuk ke dalam applikasi tu...


Ini pulak korang boleh letakan gaji korang untuk sebulan dan berapa banyak yang korang target untuk simpan bulan tu...bila korang dah letakkan target simpanan korang, secara automatik, applikasi ni akan terus kirakan berapa perbelanjaan seharian korang...

Contohnya macam yang aku buat ni...contoh dalam bulan ni aku target nak simpan RM100, dan lepas ditolak, perbelanjaan harian aku cuma dalam RM45....


Kena ingat, kita kena tolak perbelanjaan yang wajib dulu..contohnya. macam duit kereta, duit rumah dan macam-macam lagi...ingat, tolak perbelanjaan yang wajib dulu..baru kita boleh susun perbelanjaan kita yang lain.


Okay..korang jugak boleh letakkan 'goal' korang berapa banyak simpanan yang korang nak dan apa tujuan korang simpan duit tu...


Dan akhir sekali, ada info-info terbaru dari Bank Rakyat yang korang boleh tahu...

Bagi aku, aplikasi ni sangat membantu kalau korang nak tahu ke mana duit korang dibelanjakan...jadi tak perlu dah usung buku catatan belanja harian korang ke sana sini..cukup la dengan teknologi yang memang ada kat dalam tangan kita ni...selamat mendownload....

posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...