04 September 2015

21 Coffee & Cocoa, Taman Cempaka, Ipoh

Balik je event petang tadi, terus akak office aku ajak pergi cari Coffee dekat Taman Cempaka...mulanya nak pergi Coffee King, tapi tak bukak pulak, jadinya, terus ke gerai satu lagi...21 Coffee & Cocoa...

Lokasi gerai ni kat tengah-tengah blok bangunan kedai Taman Cempaka..senang ja nak cari, tengok khemah hitam...situ la kedai dia...

Kita tengok apa yang ditawarkan dekat sini..agak banyak pilihan berbanding Coffee King, tetapi berbeza sikit la dari segi harga...

Dekat 21 Coffee & Cocoa, harganya RM5 dan RM7, bergantung pada jenis coffee or tea yang mana korang minat...


Owh lupa...yang menariknya...semua perempuan yang jual...sejuk sikit mata masa nak membeli...two in one...hahahaha...tapi mungkin itu shift dorang kot...esok mungkin laki pulak yang jual...



Dan aku pesan Cappucino sebagai salam perkenalan aku kepada 21 Coffee & Cocoa..

Tak menyesal aku beli...secukup rasa...pahit coffee dan lemak susu tu sebati...ngam-ngam rasa coffee dia...







Buat masa ni, aku dah cuba dua gerai coffee hipster yang sedap...dan katanya ada beberapa lagi gerai coffee hipster yang ada di sekitar Ipoh...

Bagi penggemar coffee, sila cuba antara satu daripada beberapa buah gerai coffee hipster yang ada di Ipoh ni...


posted from Bloggeroid

1 ulasan:

ubai ismail berkata...

tengok muka happy tu pun dah kenyang dah kat sini.. hahaha

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...