05 Ogos 2015

Tuan Rumah Sewa Yang Skema...

Malam ni aku ada 'mesyuarat' kononnya dengan tuan rumah yang aku sewa sekarang ni...katanya nak datang pukul 8 atau paling lewat pukul 9...alih-alih...pukul 10 baru sampai...

Masa dia telefon aku tengah hari tadi, dia cakap nak buat mesyuarat sikit..aku dah macam...

"Poyonya mamat ni..dengan nak meeting bagai..."

Pertama kali aku jumpa tuan rumah yang begituuuuuu complicated dan skema...hahaha...selama dua kali aku sewa rumah dari zaman Diploma sampai degree, tak dua-dua tuan rumah atau wakil tuan rumah yang secomplicated macam ni...hahahaha...

Pengalaman aku la kan... Selalunya tuan rumah akan jumpa masa nak serah kunci masuk, dan masa nak keluar...masa tu ja, yang lain memang tuan rumah takkan datang, kecuali kalau ada kerosakan...

Tapi yang ni, siap pesan lagi, kebersihan kena jaga, kasut kena susun elok-elok dekat pintu dan banyak lagi...dan aku pun masa dia cakap macam tu aku dah...

"Eh hello...ni rumah bujang kot...setakat kotor sikit-sikit, kasut berselerak depan rumah tu biasa la. Sedangkan rumah orang yang berkeluarga pun ada yang bersepah..."

Hadoiii..tak faham aku...dah la datang lambat, balik pulak lambat dekat pukul 12 dah...aku dengan member rumah dah bagi hint pun dia tak faham lagi..hahahaha...

Fikir punya fikir, aku ada jalan...aku whatsapp kawan aku dan bila dia reply, ku terus bangun ,siap-siap..aku cakap...

"Aku keluar kejap, nak pergi topup"

Selesai masalah aku...aku pergi kedai mamak, pekena meggi goreng telur mata...baru balik...selamat tuan rumah tu dah balik dah...hahahahaha...
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

Aku Penghibur berkata...

hahahha habis cerita.. tapi dpt tahu x ttg apa tuan rumah nak beritahu ? mungkin dia nk jaga kot agar rumah dia bersih sokmo

firzz duka berkata...

Hahahaha..dia nak suruh jaga bagi bersih rumah dia...kami tahu la...takkan la kami nak duduk dengan kotor-kotor semua bagai...tapi cara dia buat mesyuarat tu macam skema...hahahaha

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...