04 Ogos 2015

Percutian Yang Dinantikan...

Baru sebulan kerja...aku rasa nak sangat pergi bercuti..rehat, lepak tepi pantai, gelapkan kulit aku yang cerah ni sambil menikmati kesegaran udara yang nyaman...cewahhh...



Bukannya apa...sejak aku praktikal bulan tiga hari tu...boleh cakap cuti yang aku ambil tu, ada saja benda nak buat...boleh kira dengan jari ja berapa kali aku cuti, aku duduk rumah dan berehat...selebihnya, aku pergi ke Shah Alam untuk Academic Writing aku, pergi ke sini, pergi ke sana...macam-macam la...

Jadinya, aku perlu bercuti untuk betul-betul berehat...bila lah aku dapat cuti yang betul-betul cuti..aku sangat nantikan percutian tu...

Kalau rancangan aku, aku nak cuti lima hari terus..sehari untuk perjalanan ke tempat percutian tu, tiga hari dekat sana lepas tu balik...lepas tu rehat sehari sebelum masuk kerja...



Jadi tak la penat sangat kan..takkan hari ni last cuti, esok nak masuk kerja..mesti penat..masalahnya...macam mana aku nak cuti macam tu?hahaha..cuti aku cuma sehari dalam seminggu...kalau nak cuti lama, aku kena kumpul cuti sebab aku masih tak ada cuti tahun lagi, buat masa ni la...

Harap-harap akan ada la masa untuk aku bercuti macam yang aku nantikan tu....

Tempat percutian idaman aku?tentunya pulau...sebab boleh tengok matahari terbenam dan lepak-lepak tepi pantai, mandi laut...takda tempat percutian yang seronok selain dari tepi pantai...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...