06 Ogos 2015

#MH370: Penantian 17 Bulan Berakhir...


Selepas 17 bulan menunggu, bermacam-macam teori muncul dalam benak fikiran rakyat satu dunia, malam tadi dapat satu khabar yang menggembirakan tapi dalam masa yang sama, menyedihkan buat kita...

MH370 yang hilang entah kemana dah disahkan ditemui di Pulau Reunion France...sejak seminggu ni, selepas flaperon tu dijumpai dekat pulau tu, ramai yang berharap tu kapal terbang MH370...walaupun berita ni sedih, tapi sekurang-kurangnya kita tahu dimana pesawat tu berakhir dan jumpa...

Cuma aku harap, janganlah ada yang mengaitkan penemuan MH370 ni dengan politik walaupun aku rasa memang ramai akan kaitkan...anggap ja ini semua satu kebetulan yang berlaku...mungkin ada petanda-petanda kepada sesuatu yang kita tak jangkakan...

Kepada keluarga mangsa, takziah dari aku, semoga tabah hadapi dugaan yang diterima...setiap kejadian ada hikmahnya...

Petikan daripada Berita Harian

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan serpihan pesawat yang ditemui di Pulau Reunion di timur Lautan Hindi minggu lalu milik pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370. 

Mengumumkan perkara itu kira-kira jam 2 pagi ini, Najib menyatakan siasatan pakar antarabangsa mengesahkan serpihan terbabit adalah sebahagian pesawat milik MH370 selepas 515 hari kehilangannya.

"Penemuan ini menunjukkan terdapatnya bukti fizikal pesawat MH370 terhempas di kawasan terbabit. "Saya turut menyampaikan dukacita kepada keluarga penumpang dan anak kapal pesawat MH370 walaupun maklumat ini agak menyedihkan. 

Kehilangan mereka akan terus diingati," katanya dalam sidang media khas MH370, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini. 

Najib turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada negara, organisasi dan orang perseorangan yang banyak membantu sepanjang usaha operasi mencari dan menyelamat (SAR) MH370. 

Pengesahan itu hasil analisis sekumpulan pakar dari Malaysia, Perancis dan Australia, termasuk wakil dari Boeing dan China. 

Kumpulan pakar itu melakukan pemeriksaan terhadap serpihan sayap pesawat di makmal DGA Technique Aeronautique di Balma, dekat Toulouse, Perancis. 

Pulau Reunion menjadi tumpuan dunia apabila komponen sayap pesawat, flaperon, ditemui di pesisir pantai pulau itu pada 29 Julai lalu. Pulau milik Perancis itu terletak di luar pantai Madagascar, kira-kira 4,000 kilometer (km) dari tempat usaha mencari pesawat MH370 dijalankan. 

Pada 31 Julai lalu, Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, mengesahkan flaperon yang ditemui antara komponen pesawat Boeing 777. 

Pesawat Boeing 777 MH370 yang membawa 12 anak kapal serta 227 penumpang, termasuk dua bayi, hilang dari radar ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 8 Mac tahun lalu. 

Pada 29 Januari lalu, Jabatan Penerbangan Awam Malaysia mengumumkan kehilangan pesawat itu adalah satu kemalangan mengikut peraturan penerbangan antarabangsa dan semua 239 penumpang serta anak kapal di dalamnya dianggap meninggal dunia.

Cumanya, ada beberapa persoalan yang pasti timbul dengan penemuan seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro ni, dan aku setuju dengan semua persoalan-persoalan yang dilemparkan ni...

2 ulasan:

dya mohamad berkata...

hermmm.sorry to say.ni sume propa government

firzz duka berkata...

Hahahaha...no komen...setiap orang ada pandangan masing-masing...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...