18 Ogos 2015

Makna Tanggungjawab Yang Sebenar...

Kalau nak cakap pasal tanggungjawab ni, perkara sangat subjektif...setiap perkara yang kita lakukan, ada sebabnya yang tersendiri dan kenapa kita kena lakukan perkara tu...jadi, makna tanggunjawab ni berbeza dalam setiap perkara yang kita lakukan...

Cuma, satu persamaan antara semua perkara yang kita lakukan tu adalah, setiap perkara yang kita lakukan kita mesti TANGGUNG akibatnya dan JAWAB jika ada persoalan yang timbul...sebab tu dipanggil TANGGUNGJAWAB.

Akibat dari perbuatan kita tu mungkin baik, mungkin buruk...dan kita kena jawab dengan Allah SWT di akhirat kelak sama ada prkara yang kita lakukan tu, kita betul-betul buat atau tidak...

Aku pun kadangkala memandang ringan istilah 'TANGGUNGJAWAB' ni sebab terlalu leka, bila dah terlalu leka, sampai aku abaikan semua tanggungjawab aku sampai tiba masanya, aku rasa menyesal...

Kadang-kadang aku takut nak pikul tanggungjawab yang dah diamanahkan sebab aku rasa aku ni tak mampu nak hadapi semua tu...tapi kalau aku lari dari tanggungjawab yang seharusnya aku pikul tu, apa kata yang lain? Kenapa kita perlu lari dari perkara yang memang sepatutnya kita buat?

Apapun..semua tu berbalik pada diri kita sendiri...tepuk dada, tanya hati...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...