06 Ogos 2015

Majalah UJANG dan APO? Ditutup...



Aku rasa budak-budak yang lahir dalam tahun 90-an mesti tahu pasal dua majalah ni...majalah yang keluar dua kali sebulan(kalau tak silap) memang ditunggu...

Dulu, abang aku yang rajin beli majalah Ujang dan APO? ni boleh kata setiap bulan...dan aku, aku lebih suka baca majalah Ujang sebab lawak dia lebih sampai berbanding APO? Lawak-lawak Mat Despatch dengan RM2 nya, cinta Black dan Fira, Hantu Lampor, Katok, Cerkon PCD (Pak Cik Din), Lady D memang aku akan selak dulu setiap kali abang aku beli...

Aku mula beli majalah ni masa aku Diploma...masa sekolah menengah, aku jarang beli sebab bajet lari...hahahaha....walaupun ada sesetengah lawak dalam Ujang ni aku pernah baca di Facebook, tapi bila di ilustrasikan dalam kartun, memang akan lebih sampai dekat aku...

Tapi, sejak setahun lepas, aku dah jarang beli Ujang, tak tahu kenapa..cumanya, setiap kali aku pergi kedai buku, aku akan buka dan curi-curi baca cerita Mat Despacth, Hantu Lampor dengan Black dan Fira...hahaha...



Dari dulu lagi, kartun-kartun dalan Ujang ni lebih berubah..sekarang ni dah takda dah lawak Katok tu...walaupun lawak-lawak dan karakter kartun tu berubah, lawak dalam Ujang masih menjadi...

Dan aku ingat lagi, dulu aku selalu tekap dan lukis balik gambar-gambar karakter dalam Ujang...hahaha..lepas tu bagitahu kawan-kawan yang aku lukis sendiri tanpa tekap...

Tekap tau tekap?letak kertas lukisan atas kartun tu, dan lukis balik ikut bayang-bayang yang nampak tu...aku tak tahu la kan korang panggil apa...



Sekarang ni, apa yang dah dikecohkan dekat Facebook hari ni, dua majalah lawak ni dah ditutup atau dihentikan pengeluaran bermula hari ni...bila cakap dihentikan pengeluaran, maknanya dah takkan jumpa lagi majalah ni dekat pasaran...so sad...


Tak tahu la apa punca MOY Publication hentikan pengeluaran majalah ni...mungkin sebab GST, mungkin sebab dah kurang sambutan dari pembaca yang lebih suka baca di Facebook...

Lepas ni kena cari balik majalah Ujang yang aku ada ni, dan simpan elok-elok...lagend woo majalah ni...
posted from Bloggeroid

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...