05 Ogos 2015

Koleksi Jam Tangan Lelaki Terkini Dari ZALORA

Secara jujur, aku bukanlah seorang yang suka memakai jam tangan. Selama ni boleh kira berapa kali ja aku pakai jam tangan. Bukan apa, bila pakai jam tangan, aku rasa macam 'berat' ja...tapi, bukan bermakna aku ni berat tulang ya...ahahahaha...aku pun lebih suka tengok jam dekat telefon bimbit aku dan itu pun agak menyusahkan aku bila dalam kecemasan atau nak cepat..

Tapi, tapi, tapi...fikiran aku terus berubah bila tengok koleksi terbaharu dari ZALORA ni. Aku yang tak berapa suka pakai jam tangan pun boleh tergoda dengan koleksi-koleksi yang ada ni. Mungkin aku boleh mula untuk 'mencintai' jam tangan ni semula.

Macam yang kita tahu, orang lelaki ni tak banyak aksesori berbanding perempuan. Jadi bila ada majlis, aksesori yang selalu lelaki pakai adalah jam tangan sebagai perhiasan, betul tak? Dan apa yang aku dengar dari kawan-kawan perempuan aku, lelaki ni akan nampak lebih maskulin bila berpenampilan kemas dan memakai jam tangan. Sebab bila lelaki ni pakai jam tangan, lelaki akan dilihat lebih menarik dan bergaya.

Dari masa ke semasa, jam tangan ni aku tengok makin lama makin mendapat sambutan. Walaupun secara logiknya dekat luar sana terdapat pelbagai aksesori yang boleh didapati tapi... tiada siapa pun yang dapat menafikan yang jam tangan adalah yang paling banyak digunakan sekali baik lelaki, mahupun wanita. Dengan rekaan yang versatile, membolehkan ianya dipakai untuk ke mana-mana tidak kira ke pejabat, majlis istimewa mahupun untuk aktiviti lasak pada hujung minggu bersama rakan-rakan.


Apa yang lebih menarik ialah koleksi jam tangan terkini lelaki menampilkan pelbagai rekaan yang lebih stylish. Dalam masa yang sama terdapat banyak pattern jam tangan yang lebib terkini sesuai dengan peredaran trend semasa. Ada juga variasi yang cukup meluas daripada segi saiz untuk jam tangan lelaki terbaru ni. Ini ternyara memberikan pilihan yang lebih pelbagai buat para pembeli di luar sana.

Harga yabf ditawarkan pun bagi aku masih mampu untuk kita beli dan aku yakin, dengan kualiti yang baik, jam tangan nj mampu tahan lama dan tahan lasak. Untuk wanita pula, apa kata beli jam tangan ni untuk suami, ayah, adik, abang dan semua...

4 ulasan:

mas saari berkata...

akak dan husband mmg suka kumpul koleksi jam tangan.. nanti boleh usha kat zalora!

Salina Johari berkata...

Warghh..cantik gak..

Reena Sidek berkata...

Cantik.

kaya berkata...

Nice watch...great...

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...