04 Ogos 2015

Kenapa Aku Perlu Bayar Semula PTPTN...


Tadi, lepas habis waktu kerja, aku saja melepak dekat pejabat..layan Facebook dulu, dengar lagu raya dulu dan macam-macam...tiba-tiba aku terjumpa satu link dekat Facebook ni dari The Vocket...

Pasal PTPTN..macam semua orang tahu..95% pelajar dekat U, ambil PTPTN untuk 'hidup' dekat sana...sama macam aku..dari Diploma dan RM15,000 dan Ijazah dan RM19,500..campur dua-dua tu dah dekat RM40,000..itu tak termasuk upah lagi...campur semua lebih kurang aku rasa ada la dalam RM50,000...jangan risau..tak sampai RM2.6 billion..hahaha

Bila aku baca pendapat dari The Vocket, boleh click sini untuk baca...aku setuju dengan semua point yang dia bagi...

Kita boleh habiskan duit kita dekat benda lain yang mungkin tak berapa berfaedah untuk kita, lebih pada untuk bermegah-megah dengan kawan-kawan, tetapi kita tak nak bayar hutang yang memang wajib dibayar...

Ya..mungkin ramai yang laungkan nak 'free education' dan sebagainya...tapi, cuba bayangkan kalau kita dapat pendidikan percuma, kita nak ke belajar betul-betul?

Lagipun, PTPTN dah umumkan, siapa yang dapat First Class Degree, duit pinjaman tu akan diubah menjadi biasiswa, secara automatiknya, dah jadi 'Free Education' macam yang kita nak...

Aku tak nak cakap dari segi hukum hutang sebab aku pun tak pandai sangat bab-bab tu...cuma yang aku tahu, hutang wajib dibayar...

Apa yang menyebabkan aku nak bayar, mula-mula dah tentu la sebab hutang...tapi yang kedua, aku fikir untuk generasi akan datang...

Aku takut, kalau kita tak bayar, untuk anak cucu kita nanti, dah tak ada PTPTN ni...untuk keluarga yang kaya, mungkin takda masalah, tapi macam mana untuk keluarga yang susah? Takkan nak bergadai tanah kat kampung?

Lagi satu, itu dah tanggungjawab kita...kita guna dan kita pun dah setuju dengan syarat-syarat yang dah dinyatakan masa kita nak tandatangan borang tu...sampai masa kita bayar la...

Insya Allah, kalau perancangan kewangan kita baik, kita dapat selesaikan semua tu...

~ini sekadar pendapat peribadi~

1 ulasan:

adk dayah berkata...

firrrr...adkdayah datang sini =)

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...