20 Ogos 2015

Ke Mana Wang Zakat Kita Disalurkan?



Dalam kita dok tengok kat surat khabar tentang pungutan zakat yang berpuluh juta setiap tahun, kita tertanya-tanya...ke mana wang zakat kita pergi...ye la...mesti akan ada yang dengar keluarga susah (Islam) yang susah-susah dekat mana-mana dalam Malaysia ni...jadi kita tertanya-tanya...

"Kenapa tak guna duit zakat yang ada untum bantu mereka ni?"...

Apa yang aku nak tulis ni adalah dari hasil berita yang aku tulis tentang Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) sepanjang aku cover majlis MAIPk ni...

Daripada setiap majlis MAIPk yang aku pergi, baru aku dapat tahu yang MAIPk sentiasa membantu golongan yang susah ni (asnaf) untuk keluar dari dunia kemiskinan mereka...

Antara projek yang dah dibuat oleh MAIPk macam Program Pemerkasaan Ekonomi Asnaf (PROPER A), bukak kedai dobi dan yang terbaru, bukak D'Asnaf Cafe yang diuruskan oleh golongan-golongan asnaf yang menggunakan duit zakat dari orang ramai...

Dan lain, MAIPk jugak ada bangunkan Madrasah atau sekolah agama di perkampungan orang asli di Tasik Banding untuk mereka yang dah memeluk Islam.

Dari pemerhatian aku, MAIPk dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) antara yang aktif menggunakan duit zakat dengan sewajarnya...aku tak cakap yang pusat zakat negeri lain guna duit zakat untuk perkara lain atau tak membantu golongan yang memerlukan, tapi ini cuma apa yang aku nampak...

Macam LZS, aku tahu bantuan yang diberikan melalui Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) yang sentiasa 'laju' menghulurkan bantuan bila tahu ada orang yang memerlukan...sama macam MAIPk dan aku rasa, sama macam majlis zakat di negeri-negeri lain..cuma tak diwar-warkan...

Macam D'Asnaf Cafe ni, semua produk yang dijual, termasuklah pekerjanya adalah golongan asnaf..jadi dari sini dah nampak yang MAIPk membantu golongan ni dengan menggunakan wang zakat...jadi kita tak perlu risau ke mana wang zakat kita pergi...

Macam MAIPk, mereka tak berikan bantuan dalam bentuk wang, tapi bagi modal untuk golongan ni berniaga supaya dapat bergantung pada sumber yang lain selain daripada bantuan zakat.

Apa yang aku dimaklumkan, ada beberapa golongan asnaf ni dah berjaya dan minta bantuan zakat bulanan kepada mereka ni dihentikan sebab mereka dah mampu berdiri sendiri, malah ada yang dah bayar zakat pun...

Macam ada pepatah ni la...

"Kalau anda memberi ikan, dia cuma dapat makan untuk sehari sahaja...tapi kalau anda mengajarnya memancing, maka dia akan dapat makan untuk setiap hari..." lebih kurang macam tu la bunyinya...

Kat sini...aku sediakan link yang MAIPk dah buat dan semua berita ni, aku yang tulis...

1. http://peraktoday.com.my/2015/08/maipk-sasar-1-daerah-1-pusat-dialisis/

2. http://peraktoday.com.my/2015/07/maipk-belanja-rm73-juta-hingga-jun-2015/

3. http://peraktoday.com.my/2015/07/maipk-komited-bantu-usahawan-asnaf/

4. http://peraktoday.com.my/2015/08/kerajaan-negeri-maipk-sedia-dana-baikpulih-surau-2/

5. http://peraktoday.com.my/2015/08/dasnaf-cafe-bantu-golongan-asnaf/

Dan ini pulak tentang LZS yang dibuat oleh Ben Ashaari dan beberapa blogger dari KBBA...owh lupa nak bagitahu...KBBA adalah rakan media sosial rasmi untuk LZS...jadi, jangan main-main dengan blogger ya...sebab blogger pun memainkan peranan untuk hebahan yan bermanfaat...

1. http://www.benashaari.com/2015/07/zakat-oh-zakat.html?m=1

2. http://ninamirza.blogspot.com/2015/04/anda-bayar-zakat-program-zikra-2015.html?m=1

3. http://www.bonikacak.com/2015/04/lembaga-zakat-selangor-susah-nak.html?m=1

4. http://www.blogieta.com/2015/07/bantuan-lembaga-zakat-selangor.html?m=1

5. http://www.azurarahman.com/2015/04/projek-zikra-lembaga-zakat-selangor-dan.html?m=1

Jujurnya, aku tak dapat sebarang bayaran daripada mana-mana pihak untuk naikkan mereka...aku buat berdasarkan pemerhatian aku dan jugak hasil kerja aku selama ni...

Jadi, kepada umat Islam di luar sana, jangan risau tentang ke mana wang zakat anda pergi...semua wang zakat yang kita bayar, akan diberikan kepada mereka yang memerlukan...

Okay..mungkin ada yang tertanya-tanya...siapa golongan asnaf tu?? Kat sini aku senaraikan 8 golongan asnaf...aku ambil info ni daripada laman web Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

Bagi menentukan asnaf yang layak menerima bantuan zakat di Wilayah Persekutuan, Bahagian Baitulmal telah menggunakan takrifan asnaf berpandukan kepada Mesyuarat Jawatankuasa Hukum Syarak Wilayah Persekutuan kali ke-51 pada 13 Mac 1999.

1. FAKIR

Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau pekerjaan atau menerima pendapatan dari sumber-sumber lain yang jumlahnya tidak sampai 50 peratus daripada keperluan harian dan keperluan tanggungannya dan tidak sampai 50 peratus daripada belanja hidup seseorang yang hidup sederhana dan orang-orang tanggungan.

2. MISKIN

Seseorang yang mempunyai pekerjaan atau hasil usaha yang hanya memenuhi sebahagian keperluan asasinya tetapi tidak mencukupi untuk menampung keperluan harian dan juga menampung orang-orang tanggungannya.

3. AMIL

Mereka yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat samada individu atau organisasi bagi mengurus dan mentadbir hal ehwal zakat termasuk pemungutan, agihan, urusan kewangan dan sebagainya.

4. MUALLAF

Mereka yang dijinakkan hatinya atau mereka yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam (tetapi belum kukuh Islamnya) ianya dibahagi kepada dua iaitu :

a) Beragama Islam

+ Baru memeluk agama Islam
+ Ketua-ketua kaum Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
+ Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah iman tetapi masih ditaati oleh orang- orang di bawah pimpinannya.
+ Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh.

b) Bukan beragama Islam

+ Boleh dipujuk supaya masuk Islam.
+ Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang Islam.


5. AL-RIQAB

Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman perhambaan dan penaklukan samada dari segi cengkaman fizikal atau mental seperti cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan orang-orang tertentu.

6. AL-GHARIMIN

Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga tanggungannya atau masyarakat yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

7. FISABILILLAH

Mana-mana orang atau pihak yamg melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau aktiviti menegak, mempertahankan dan mendakwahkan agama Islam serta kebajikannya.

8. IBNU SABIL

Mana-mana orang dalam perjalanan bagi maksud-maksud yang diluluskan oleh syarak dari mana-mana negeri atau negara yang memerlukan bantuan.
posted from Bloggeroid

2 ulasan:

yoorin melacolea berkata...

terbaik fir.. dah macam2 fitnah didengar pasal ni.. tak tau jangan lah viralkan kann..

Izzati Suhaide berkata...

Jalan-jalan sini sambil makan kacang..dh follow fir berabad lamanya la...hahaha

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...