08 Ogos 2015

Impian Bersalaman Dengan Sultan Nazrin Tercapai...

Ingatkan malam ni takda topik nak update blog, rupanya, disebalik aku pergi assignment malam ni dekat SUK, ada jugak la pengalaman aku nak kongsi dalam ni...

Hari ni aku ditugaskan untuk cover berita Majlis Makan Malam Bersama Masyarakat India yang turut dihadiri oleh Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri, Tuanku Zara...



Aku ni, bila bab melibatkan Sultan Nazrin, aku rasa sangat teruja sebab masa ni la aku dapat tengok dari dekat wajah Sultan dan Raja Permaisuri...

Kalau dulu aku berpeluang untuk bersalaman dengan Tuanku Zara semasa program PERSIS 2015, dan malam ni, impian aku untuk bersalaman dengan Sultan Nazrin tercapai...

Pada mulanya aku cuma berbaris di belakang barisan tetamu dan ambil gambar Tuanku dari jauh ja, tapi, bila Tuanku berjalan depan aku (mungkin Tuanku perasan aku teruja ambil gambar) dan Tuanku hulurkan tangan...



Aku apa lagi, kelam kabut simpan telefon, 'angkat' sembah, dan terus bersalam...masa bersalam tu, aku dah teruja gila...tambah-tambah dengar Tuanku tanya...

"Apa khabar" sambil tersenyum...walaupun mungkin Tuanku tak tanya dekat aku, tapi aku teruja..tapi aku yakin yang Tuanku tanya dekat aku sebab masa tu aku bersalaman dengan Tuanku...hahahaha...

Lepas jugak impian aku nak bersalaman dengan Sultan Nazrin yang selama ni aku tunggu...hahahaha....



Aku tak tahu kenapa, tapi aku sangat-sangat admire kan Sultan Nazrin...Tuanku ada aura dia tersendiri yang membuatkan aku lebih hormati Tuanku...mungkin sebab aku anak Perak sama...hahahaha.

Harapan aku pulak, aku mengharapkan aku akan dapat peluang untuk bergambar dengan Sultan Nazrin dan Tuanku Zara satu hari nanti...insya Allah...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Yuliana Wahit berkata...

singgah sini sambil baca entry.. jemput singgah http://sayeshukepink.blogspot.com/

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...