12 Ogos 2015

Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan UiTM

Semalam keputusan UPU dah keluar kan??mesti ada yang sangat seronok sebab dapat kursus yang korang minat, mesti ada yang seronok tapi sedih sebab dapat kursus yang tak berapa minat dan mesti ada yang kecewa sebab tak dapat sambung ke IPT.

Kepada yang tak dapat tu, jangan kecewa, jangan sedih..rezeki Allah tu luas...mungkin ada rezeki lain yang lebih baik di masa akan datang...jangan berhenti berdoa..teruskan berusaha okay?

okay...kali ni aku nak ceritakan sikit pasal kursus Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kepujian) Kewartawanan UiTM. Untuk pengetahuan semua, kursus ni dibawah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media (FKPM) atau lebih glamour dengan nama MassComm... dibawah Fakulti ni ada 8 kursus yang ditawarkan iaitu Kewartawanan, Penyiaran, Pengiklanan, Penerbitan, Perhubungan Awam, Communnication and Management Policies (CMP) dan dua lagi kursus lain yang aku tak ingat apa..hahahaha...


Okay, seperti yang sedia maklum, aku ni tukar kursus daripada Diploma Pengurusan Pelancongan ke Ijazah Sarjana Muda Kewartawanan. Bagi pelajar dari Fakulti lain yang berpindah masuk ke Fakulti ni, aku perlu jadi pelajar Semester 1 semula. Kalau pelajar Diploma Masscomm, dorang dah terus jadi Semester 3. walaupun aku masuk Semester 1, aku dapat pengecualian kredit untuk beberapa matapelajaran macam CTU dan Ko-kurikulum dan yang paling penting, tak ada minggu orientasi sebab aku masuk lewat seminggu.

Okay...aku teruskan dengan pengisian aku..aku cerita dari segi Ijazah Sarjana Muda je la..sebab kalau aku nak cerita dari Diploma, aku bukan Diploma Masscomm...

Untuk makluman, pada semester 1, macam biasa, semua yang kita belajar adalah benda-benda asas tentang bidang kita tu..dan masa semester ni jugak, kita dah boleh pilih satu subjek Minor (kalau Cohort baru rasanya dah tak ada minor)...subjek minor ni senang cakap, kita ambil subjek daripada kursus lain..macam aku, untuk semester satu aku ambil CIT...subjek masa semester satu ni lebih kepada kita tahu perkara-perkara asas menulis berita dan juga etika-etika kewartawanan.

Masa semester dua, kita akan belajar lagi benda-benda yang agak advance sikit la...semester ni, kita perlu pilih dua subjek minor dari mana-mana kursus..macam aku masa semester dua, aku pilih Penyiaran dan Perhubungan Awam sebab kedua-dua ni memang boleh kaitkan dengan kursus yang aku ambil. 

Semester tiga, kita kena pilih satu daripada 3 subjek minor yang pernah kita ambil masa Semester Satu dan Dua...jadi, daripada CIT, Perhubungan Awam dan Penyiaran, aku pilih Perhubungan Awam. subjek-subjek lain masih belajar macam biasa.

Ok, bagi aku, semester 4 paling best sebab belajar tentang wartawan penyiaran. macam mana korang tengok wartawan penyiaran kat TV tu, macam tu la kami kena buat. Kamera kena berebut dekat fakulti (berebut tempahan) dan kamera bukannya guna DSLR, tapi guna kamera yang betul. Lepas tu edit la sampai jadi macam berita yang kita tengok kat TV tu...ada pembaca berita, wartawan lokasi dan sebagainya. Masa semester 4 ni la baru nak gaduh-gaduh dengan member kelas, tak cukup tido, makan tak sempat..memang agak sibuk...

Semester 5, dah macam Perdana Menterin sikit..semester 5 ni aku akui agak tekanan dengan subjek Statistic. Untuk pelajar yang ambil Add Math atau Matematik Tambahan mungkin tak ada masalah, tapi kalau macam aku yang tak pernah ambil, memang agak pening la... untuk tiga bab terawal masih boleh masuk, lepas dari tu, masuk kelas, main fon..hahahahaha...tapi Alhamdulillah, masa dekat-dekat nak exam hujung semester tu, buat study group yang betul-betul study, aku boleh faham...sebenarnya senang ja benda tu, cuma mungkin sebab aku dah malas, tak jadi buat...hahahahah....


Semester 6, macam biasa...praktikal dan buat Academic Writing...tapi dengar cerita Academic Writing pelajar akan buat masa semester 5 berdasarkan Cohort baru...tak tahu la betul ke tak...

oh selain subjek-subjek yang berteraskan Kewartawanan, kita jugak akan belajar tentang subjek-subjek yang mungkin bagi kita takda kaitan tentang MassComm, tapi sebenarnya ada...hahaha..contohnya kita akan belajar Sosiology, Psikology, Communication Theory (cuma belajar teori je) dan ada Bahasa Ketiga. Bahasa Ketiga ni korang boleh pilih apa sahaja yang korang nak kalau korang cepat..sebab kalau lambat, kelas dah penuh dan terpaksa pilih kelas lain. Yang aku ingat Mandarin, Arab, French, Jepun..tu je kot kalau tak silap aku...


Subjek lain, macam Political Communication best jugak untuk sesiapa yang minat tentang politik dalam media..lepas tu masa semester 4, korang kena buat satu surat khabar yang dipanggil 'Jurnalis Shah Alam'..korang sendiri yang kena keluar cari cerita di sekitar Shah Alam.. kemudian masa semester lima korang akan ada dua final projek, Kolokium Kritikan Media, dan Majalah 'Sasaran'..Kolokium kritikan media ni lebih kurang macam Forum, korang kena jemput orang lama dalam industri dan buat forum..majalah Sasaran ni lebih kepada nak latih pelajar untuk jadi penulis artikel...korang boleh tengok artikel-artikel yang aku buat dekat sini, dan sini ...

Ok,,rasanya itu saja kot, kalau ada yang nak tanya, boleh komen atau PM aku dekat Facebook, Firzz Radzi, insya Allah, aku akan bantu sekadar yang termampu....

6 ulasan:

yanie yusuf berkata...

wahh best nya.. dulu cita-cita teringin nak jadi wartawan atau dalam bidang penyiaran tapi tak kesampaian. Good luck tau..

Nim Muhair berkata...

Salam, saya baru je habis diploma bulan sept 2015 ni. So saya nak apply penerapan. Saya nak ambik journalism tapi yg ada just satu je, dia tulis mc220 sarjana muda komunikasi Massa. Okay, tu mcmana ye?

firzz duka berkata...

Diploma apa?kalau dip masscomm, memang dah penerapan, terus ke sem 3...tapi kalau dari dip lain, kena start dari sem 1 semula, cuma ada pengecualian kredit utk beberapa subjek...by the way, click je mc220 tu, nnt akan ada few choices yang lain...

Nim Muhair berkata...

Diploma creative writing. Okay then. Terima kasih ye.

Tanpa Nama berkata...

Boleh saya dapatkan no ws ? Saya nak tanya pasal ijazah mascom ni dn still blur

firzz duka berkata...

Maaf..harap tak terlewat..hubungi saya di FB Firzz Radzi atau 017 4564736

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...