02 Ogos 2015

Buku 'Mahathir Bukan Kawan Saya'...

Foto:-mstar

Okay...ada satu lagi buku yang mengisahkan tentang mantan Perdana Menteri kita, Tun Dr Mahathir Mohamad. sebagai idola aku, aku akan cuba untuk cari buku-buku yang menceritakan tentang Tun Mahathir supaya aku dapat kenal lebih rapat tentang sisi Tun Mahathir yang kita tak pernah tau...

Mungkin ada yang beranggapan aku ni fanatik dengan Tun Mahathir, aku sikit pun tak kisah...sebab setiap orang ada pendapat masing-masing...bagi aku pula, Tun Mahathir adalah Perdana Menteri terbaik yang Malaysia pernah ada buat masa sekarang ni...

Okay, buku ' Mahathir Bukan Kawan Saya' ni ditulis oleh wartawan negara, Tan Sri Zainuddin Maidin...

ini aku petik dari berita Mstar, 

PUTRAJAYA: Tokoh wartawan negara Tan Sri Zainuddin Maidin atau lebih dikenali dengan panggilan Zam, muncul dengan buku terbaharunya ‘Mahathir Bukan Kawan Saya’.

Menerusi karyanya kali ini, beliau amat berbesar hati kerana individu ‘bukan kawannya’ itu jugalah yang sudi meluangkan masa melancarkan hasil penulisannya di sebuah kafe di Putrajaya, Sabtu.


Zainuddin berkata buku ini memaparkan pengalaman menarik beliau dan perkembangan politik serta sosial yang telah dilaluinya sepanjang berkhidmat dalam dunia kewartawanan dan kementerian.

"Buku ini turut memaparkan pengalaman saya berinteraksi dengan Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) ketika beliau menjadi doktor di Alor Setar dan juga ketika menjadi Menteri Pelajaran, Perdana Menteri dan sesudah bersara," katanya.

Mengenai tajuk buku ini yang dilihat unik dan mampu menarik perhatian umum, Zainuddin berkata bahawa beliau sememangnya menganggap Dr Mahathir bukan kawannya.

Tetapi katanya, orang ramai dan juga media sosial sering merujuk Zam sebagai kawan Dr Mahathir.


"Dr Mahathir sendiri menganggap Zam sebagai kawan tetapi adakalanya tidak menyenangkan.


"Anda akan dapat membuat hukuman sendiri setelah membaca buku ini sama ada Zam kawan atau bukan kawan Dr Mahathir," katanya.

Katanya, secara keseluruhannya buku ini diharap dapat memberikan gambaran ringkas untuk diadili sama ada anggapan ini benar atau sebaliknya.

Zainuddin mempunyai lebih 50 tahun dalam bidang kewartawanan, bermula daripada pemberita sambilan sehinggalah Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu.

Di gelanggang politik, beliau dilantik menjadi Senator, Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Timbalan Menteri Penerangan dan seterusnya menjadi Menteri Penerangan.

Sementara itu, Dr Mahathir dalam ucapan perasmiannya berkata beliau amat mengalakkan pesara-pesara yang memegang jawatan penting dalam kerajaan untuk menulis buku tentang pengalaman mereka.

"Buku berkenaan pengalaman seseorang amat penting. Saya percaya daripada pengalaman mereka kita dapat mempelajari yang mana baik, yang mana bukan, yang mana harus kita tiru dan kita elak," katanya.

Buku ini boleh diperolehi di kedai buku MPH dan kedai-kedai buku terplih pada harga RM25 senaskhah.
Jom ramai-ramai kita ke MPH terdekat untuk cari buku ni..insya Allah masuk gaji minggu ni, aku akan 'serang' MPH untuk cari buku ni...sebenarnya aku nak beli dua buku berkaitan Tun Mahathir...

Tiada ulasan:

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...