02 Ogos 2015

Aku 'Ulat Buku'...

Aku memang seorang yang suka membaca...tapi aku rasa aku mungkin macam orang yang lain, suka membaca tapi bukan buku-buku akademik...sebab aku tak tahu kenapa, setiap kali aku buka buku-buku akademik, mesti akan menguap dalam masa tak sampai 5 minit...hahahaha...

Jadi, untuk menggantikan buku-buku akademik ni, aku baca buku-buku lain yang buatkan aku tertarik nak baca...



Aku tak nafikan yang aku ni mat novel...aku suka baca novel..dekat rumah aku, satu rak penuh novel..tapi, semenjak aku sambung belajar dekat Shah Alam, aku dah kurang baca novel-novel ni, tapi aku banyak beli buku-buku motivasi, buku pasal isu-isu semasa (MH370,MH17, Syiah,Zionis dan lain-lain) serta biografi, terutamanya tentang Tun Mahathir...

Bagi aku, kalau kita tak suka baca buku-buku akademik, gantikan dengan buku-buku macam ni sebab sekurangnya pengetahuan kita bertambah walaupun isu atau perkara tu tak dibincangkan secara umum.cukup sekadar untuk pengetahuan sendiri...

Mungkin ada yang ingat aku ni membosankan sebab baca buku yang bosan-bosan kan?salah tu, aku suka baca buku yang santai dan tak beratkan kepala hotak...sebab tu, aku heli Mastika setiap bulan, lepas tu aku akan beli buku-buku lain macam buku Amran Fans, Catatan Mat Luthfi, Rosli Mengamuk...



Buku ni memang santai gila, sama macam buku-buku lain...jenis aku, aku perlu fokus bila aku baca novel-novel cinta..sebab teruja nak tahu apa yang akan jadi...tapi bila baca buku-buku macam ni, aku boleh berhenti membaca dekat mana yang aku nak...

Sekarang ni, sejak aku bekerja, aku dah target untuk sekurang-kurangnya beli satu buku setiap bulan...tak kisah buku apa pun, yang penting buku...kalau ada duit lebih, mungkin aku beli dua...kena buat peruntukkan khas ni untuk buku...hahahaha...



Dua hari lepas, aku masuk Popular, aku dah nampak dua buku menarik untuk dibeli...tapi, kita tengok dulu bajet bulan ni macam mana..cukup ke tak..hahaha...
posted from Bloggeroid

1 ulasan:

Fendi Rocka berkata...

membaca macam senaman jugaklah..cuma tak bersifat fizikal

Jom Usharrrr

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...